Afif: Ibu, napa kita x pegi umah ibu tu dulu? - sambil tangannya menunjukkan arah jalan rumah sewa kami dahulu. Rupa-rupanya dia sangat mengenali setiap pelusuk jalan area kami tinggal..dan tiap kali lalu depan rumah lama dia akan cakap...ni umah ibu!!! Dan saya akan reply,
Ibu: O...umah kecik kecik ni umah ibu...yang kita tinggal sekarang ni umah sapa?
Afif: Umah afif la....
Si adik cuma memasangkan telinganya sahaja tanpa sebarang komen. Pendengar setia.
Ibu: Nape afif tanya? afif nak balik ke umah tu ke?
Afif: X nak lah!! tapi nape hah ibu? kita x pegi umah tu lagi?
Ibu: Tu rumah sewa... dan kita dah pindah kerumah kita sendiri, x payah sewa-sewa lagi. Walaupun rumah kita tu masih bukan milik kita sepenuhnya, tapi sekurang2nya nama loan rumah itu tertera nama ibu!
Actually jarak di antara rumah kami, rumah sewa, rumah pengasuh anak2 adalah dekat2 belaka...dalam 3-5minit sahaja. Sebab dah terbiasa tinggal di kejiranan itu dan x jammed. Boleh saya cakap gitu?? ke KL dekat, ke Putrajaya dekat, ke Shah Alam dekat, mana-manalah..dan sangat convenient walaupun padat.
Sampai sahaja rumah, saya terus kedapur, buat2 baik nak masak konon..hehehe.. ni time ade mood. Sebab hubby selalu balik lewat, dan dia x makan di rumah. Walaupun saya di dapur, saya tetap jenguk2 ke depan untuk melihat apa yang anak2 tengah buat..sbb derang bedua ni banyak pojek 'mega'. Saya lihat afif tengah baring, sambil kakinya di angkat vertical ke dinding, sebelah tangan sedang memicit2 kepala. Dan saya kembali ke dapur tanpa menghiraukannya. Sedang saya sibuk2 di dapur, Afif menjerit dari depan...
Afif: Ibu!!!!!! UMAH SEWA TU APE???????
Hah! tu dia...saya dah jumpe nape anak saya pening2 lalat kat depan...rupanya dia x tau ape ke jadahnya umah sewa. Saya terbaca artikel keibu bapaan dalam 'aku terima nikahnya' - ustaz tu bagi tahu jawab soalan anak-anak sebagaimana kita menjawab soalan orang dewasa yang lain. Jangan sesekali menganggap anak- anak ialah anak kecil dan x faham. Kerana anak-anak akan membesar, dan jika mereka ingat jawapan yang di beri adalah salah, mereka mungkin berkata ibubapa suka menipu, atau ibu bapa x pandai, atau ibu bapa selalu buat tak kisah atas apa yang di soalkan...yang penting sekali ibu bapa x kisahkan mereka. Padahal jawapan yang diberikan sebagaimana orang besar itulah yang bakal merembeskan otak anak-anak untuk jadi seorang yang memahami dan bagaimana cara mereka berfikir.
Mmm... jadi saya tutup api dapur, dan duduk di sisi anak yang sedang berbaring di depan. Saya beritahunya dari A-Z. Rumah sewa ialah rumah yang bukan milik kita. Kita cuma pinjamnya sahaja dan pemilik akan mengenakan bayaran yang di panggil duit sewa. Pemilik rumah kita tu alah seorang kakak yang kadang2 dia akan datang kerumah kita dan tanya O.K ke tak... Kakak tu la yang punya rumah tu...bukan kita, kita cuma duduk sekejap je. Tapi rumah yang kita duduk sekarang ni adalah milik kita, cumanya Daddy kene bayar jugak tiap bulan, tapi bukan pada pemilik rumah, sekarang ni kene bayar pada bank pula..sebab kita pinjam bank untuk dapatkan rumah ni. Saya terangkan satu satu satu dan persatu...dan anak saya dengar dengan penuh hati-hati. Macam orang faham. tapi selepas lama saya terangkan...dia reply.
Afif: Ibu, kakak (tuan rumah sewa) yang rumah tu pakai baju warna apa hah???? - dan saya rasa macam nak gelak tapi jawab
Ibu: pakai baju warna oren
Afif: Ada gambar katun tak?
Ibu: Ada...gambar garfield...dan saya bangun terus ke dapur...tapi senyum selebar mungkin! HAHAHAH
'Duhai anak-anak.. suatu hari nanti dikau akan lebh pandai dari ibu, dan ilmu adalah harta terbaik yang dapat ibu berikan kepadamu....'
Saya selalu ingat dia. dan saya selalu cerita pada kawan-kawan sekerja..
Dulukan masa akak belajo2 dulu ade sorg kawan akak sanggup drop paper hanya kerana nak sambung belajo bahasa mandarin kat Mainland of China (Beijing). Dia balik je dari study...dia terus sambung balik degree nya yang pernah terhenti.
Tapi tu cerita dulu. Bagi saya...saya sukakan caranya. Sebab saya sukakan bahasa. Kalaulah saya di beri peluang...saya tentu akan buat sepertinya. Sebagaimana sifu Encik Tn. Haji Hasrizal (Penulis Buku Aku Terima Nikahnya) belajar bahasa Turki, Arab,English sehingga menjadi sangat fasih. Masih ingat lagi saya ketika menghabiskan pembacaan bukunya yang bertajuk secangkir teh pengubat letih.. kadang kadang tersenyum dan ketawa sendiri apabila membaca bait-bait kata yang dihujahkannya. Bagaimana dia cuba menterjemahkan kumbang yang mencari bunga di dalam bukunya itu...Bagi orang turki, kumbang adalah sangat hodoh untuk digunakan sebagai peribahasa, dan dia cuba mencari haiwan lain sebagai ganti...dan apa yang dijumpainya adalah kelebet (rama-rama)...Haaha... masih ingat..masih sangat ingat. Dan ingatan saya masih ingat dengan ceriteranya yang menceritakan mengapa ayam turki mempunyai nama yang berbeza di setiap negara.. Hmmm negara kita guna nama ayam itu sebagai ayam belanda, negara barat memanggilnya Turkey, Negara turki panggilnya apa?? Ayam Rome.. Hahah...kenapa panggil nama ayam tu di pelbagaikan untuk setiap negara? Oh... bila di hayati dan dilihat dari aspek sejarah...lihat lah bagaimana susahnya Barat (Empayar Rome) ingin menguasai Turki suatu ketika dahulu...mereka berperang yang amat dasyat untuk mendapatkan Turki..tetapi Turki memberikan tentangan yang amat garang...begitu juga negara kita...sebagaimana pihak belanda yang datang ke Melaka menjajah kita dengan merampas segala apa yang ada, anak bini, tanah, harta, hasil pertanian..semuanya diorang nak ambil..sampai ada pepatah yang mengatakan 'dah macam Belanda dapat tanah......'
Ok...berbalik kepada Kak Aisyah. Baru-baru ni saya telah terjumpanya di One Utama. Waktu tu saya refreshment di Popular. Hmm...rupanya banyak jugak buku yang saya ketinggalan semenjak tidak berada di site Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur. Dulu saya selalu menghabiskan masa membaca dari muka ke muka dari sebuah buku ke sebuah buku semasa menunggu dan berada di dalam train. Sekarang, saya tidak naik train lagi...dan masa saya, saya habiskan dengan mendengar lagu....Ohoh!!!!
Sekarang ni kan kawan-kawan....Kak Aisyah dah kerja dengan Media Prima. Sebagai translator di 8TV. Kalau korang semua tengok cerita pukul 830mlm yang sepatutnya orang Korea cakap tapi telah dimandarinkan tu...translatornya adalah kakak kiter!!!!! AHAH! Kakak kita telah mentranslatekan bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu untuk SATU MALAYSIA lah.... Wah wah wah.....dia cakap nanti Syima tengok kat hujung2 cerita yang tunjuk nama translator tu..Aishah binti Abd RAhim...Tu akak lah....hahahah...sukenye saya.....
Kak Aishah tetap maintain cute gitew. Dan expected for 3rd baby...just 2 month. I'd asked her Fb...tapi dia kata dia tak active...alah kak aisyah ni...kalu ade FB kan syiok...boleh bertukar2 maklumat kalo. Dan saya tanyanya...tidak mahukah dia belajar bahasa Korea...Dia jawab nak jugak...teringin jugak katanya...alah kak Aisyah...saya ni tengah bertatih-tatih...Doakan saya yer!
Dan lagi die tanya, awak masih Enginiurkah...saya jawab...iyer..saya! Tapi satu hari nanti saya ingin menjadi Ingeniur kek.hahaha...sebagaimana akak..saya pun mempunyai sesuatu yang saya suka....Saya suka kek, bahasa, dan kawasan2 yang sewaktu dengannya...
Greedy i am??? YEZZA!!
I AM GREEDIEST, STINGIEST FOR THE KNOWLEDGEd....
Regards
Syima
Pstt: Kak Aishah kata saya masih maintain sama dolu2 walaupun sula ala lua olang anak...hahaahahahahahahahah HAIPPP!!!
Masalah sendiri...
Bukan susah pun
Tapi dah delay seminggu
Tapi masalahnya saya malas
Semua benda lain saya dah selesaikan termasuk lah kemas2 semua meja...
Semata-mata nak running that kind of task
Tapi....semenjak semalam semua kerja d ofice yg tertangguh saya dah selesaikan hanya untuk kosong hari utk selesaikan tugas itu
Tapi......masih x jalan2
Sekarang....saya buntu
Mereka bertanya
Ada yang betanya
Sudah siap belum?
Adehhhh....masalahnya saya MALAS
Daddy: tak...daddy x kasi
Saya dan afif duduk di hadapan sambil mengadap TV..cite ape ntah? Tapi memerlukan penumpuan sepenuhnya...huhu, Lepas tu saya terdengar..ngiung ngiung ngiung...gitu2 la kat telinga...oleh x ibu?- lebih kurg mcm tu sbb x ambik peduli punye pasal. dan saya jawab..
Ibu: Boleh
Terdengar jeritan daddy dari bilik.
Daddy: Nape ibu cakap boleh??? dia nak jadi polis la tu...dia tanya...
Ibu yang x ambik peduli tadi dengan mata terbuntal mengalihkan pandangan...
Ibu: Hah??? Ape? Adik nak jadi pulis? xleh...adik xleh jadi pulis...adik kene jadik Doktor.
(kataku, fullstop!)
Tiba-tiba si Afrina/adik terus bertanya.
Afrina: Ibu sakit apa?
Ibu: Hah??? (dalam hati terus aku dapat menangkap...cepatnya faham!)
Ibu: Ibu sakit perut...
Afrina: Ibu buka mulut
Ibu: A.....(menganga)
Sambil afrina memasukkan jari telunjuk 2-3 saat kat kuarkan
Afrina: Eii...manasy (panas)! ibu demam ke?
Ibu: Amboi...pandainya......
Tiba-tiba abang yang sedang asek bermain game jerit...
Afif: Ibu! abang plak nak jadi ape?
Ibu: Abang kene jadi pilot.
dan tiba-tiba si abang bertanya
Abang: Ibu nak g mana??
Ha haha...aku sker, otak yang sangat cepat menangkap.....!!
Jatuh bangun adalah sebuah kehidupan. Cehhh! Itu kata mereka...tapi kengkadang aku pun guna ayat yang sama...Tapi kejatuhan yang satu ni aku memang x boleh nak terima. Selama aku berkecimpung dalam bidang pembuatan kek ni, sebijik kek pun yang aku buat x jadi. Kebanyakannya ia akan jadi. MENJADI. Sebab semangat yang amat kental, walaupun bukan lahir dan mempelajari bidang tersebut, tapi aku tetap yakin, dengan kredibility yg ada dalam diri aku...senang je nak tepis semua tu. Dan moto hidup aku ialah...LIFE IS EASY, just make it SIMPLE n brigth, semua masalah pun akan hilang dengan senangnya...WAhhhh, kalau rasa stress, pasang lagu kuat2 nyanyi suka hati dalam kereta tanpa peduli kereta sebelah anda yang menjeling...hehehehe
Ia berlaku 2 hari lalu. Aku dah publish pun dalam FB, kek yang x lawa, x puas hati itu telah di tayangkan ke umum.. Malu kalo EDNA DE Cruz nampak anak sedara (anak murid) webnya buat kek cenggitu....! sungguh malu..., malu dia nak ngaku anak murid..huhuh
Kebiasaannya saya akan bangun seawal 3pagi untuk mendecorate-kan kek, dan tak pernah berlaku sebagaimana 'hari itu' saya decorate dan ianya tidak menjadi... SEDIH sangat rasanya sampai ke hari ini tetap sedih. Baru saya tahu, jika anda berlari sejauh mana sekalipun jika Allah tidak membenarkannya untuk terjadi, ia tetap akan tidak jadi... YA Allah...dugaan yang hebat rasanya. Dari seawal 3 pagi sampai 8mlm, saya stress out to that cake. x siap even tho masa hubby balik umah nak buat penghantaran. Apa yang saya rasa??? PENAT! nak NANGIS! nak MUNTAH...mengeluh sendirian
Ni hasil pertama kali ia dibuat, macam kek yang terjatuh kat dalam buttercream icing kan??? macam hampeh! Hopefully next time Allah x uji dengan ujian ini lagi, boleh ke saya buat pilihan sebegitu? Tentulah tidak....selagi masih hidup di atas mukabuminya saya masih layak untuk di uji....dan Ya Allah...tabahkan hati ini untuk menghadapi dugaan yang mendatang....
Ahad 19042010
Jadual saya malam ni sangat banyak yang harus saya langsaikan. Seharian ahad ini saya tidak banyak membuat perkara yang bertangguh seperti hari ‘ahad biasa’. Saya perlu menyiapkan…banyakkkkkkkkkk sangat to do list within 4hours. Mampukan saya.??
Saya mengidamkan untuk:
- update blog saya yang berbahasa English itu
- update blog bahasa melayu juga
- update blog diary saya….saya kepingin sangat mengepost lambakan draft2 yang tidak terdaya untuk saya mengeposnya
- lipat lambakan baju yang pending dari hari khamis. (baju ahad-rabu sudah dilipat pada hari pagi khamis)
- iron baju saya dan incik daddy…(oh! Kalau daddy ada mesti dia memberikan tangannya untuk men-setlekan baju2 kami yang telah-lama-saya-berhenti-menggosok-nya itu)
- habiskan membaca buku-buku yang saya beli tempohari. (kebanyakan buku saya itu saya spendkan masa untuk membacanya tiap kali menunggu hubby tersayang pulang dari kerjanya di awal pagi. Contohnya, saya akan terjaga pada pukul 1230tghmalam..saya lihat jam didinding menunjukkan pukul 1230tghmalam, sedang incik Hubby berpesan pada saya tadi sekurang-kurangnya dia akan balik pada pukul 12tghmalam….ni dah 1230 xde lagi???? lalu saya akan menelefonnya bertanya pukul berapa si dia akan habis bekerja…dan dia akan memberikan time frame…pukul 3pg,4pg,230pagi atau 130 pagi. Jadi…saya bertindak tidak akan masuk tidur dan menghabiskan masa untuk membuat sesuatu yg saya suka…iaitu membaca….Hmmmmm…banyak dah buku yang saya beli haritu habis di baca, ewahhhhh padahal 1setengah buku saja yang saya baru habiskan..huhuh)- masih ada lagi separuh rindu pohon tin…apabila buku rindu pohon tin itu habis…saya akan menghabiskan secangkir teh pengubat leti pulah…dan bla bla bla……tuttttttttttttttttttt.
Adakah saya akan berjaya membuat keenam-enam checklist itu sedang saya di masih sini, dan ..masih lagi menaip-naip seperti ayam yang sedang mematuk???? Huhuhu…. Dannnn kalian…mengapa saya nak buat semua benda itu sekarang??
Alasan terbaik ialah…anak-anak saya tidur awal. Pukul 8mlm kedua-duanya selamat tidur..siang tadi mereka tidak tidur kerana sibuk bermain dan tengok Cd dengan ibunya dan daddynya cerita Adnan Sempit…wahhhh lawak cerita itew. Dan alasan yang kedua ialah, Incik Daddy tiada. Beliau keluar menjalankan tanggunggajawabnya. Wah wah wah…kalau incik daddy ada…saya akan padam beberapa checklist itu untuk saya lakukan, dan meminta tangan incik daddy untuk selesaikannya terutama checklist nombor 5..Huhuhu…baikkan Incik daddy saya?
‘Pukul berapa cik Daddy mahu pulang yer…..’
Saya amat-amat teringin mengepos post ini. Post yang menceritakan segalanya. segala-galanya...tetapi apakan daya
Ada masanya saya seorang yang amat tabah bagi menghadapi ujian dari Allah...tetapi kadang kala...saya seperti sekarang, tidak kuat..memerlukan satu platform untuk bercerita. Bersharing is caring...tapi kadang kala..rasa macam-macam..... Macamana.... apa yang perlu dilakukan...sejauh mana hati saya begitu tabah, saya sangat bersangatan gusar...banyakkk sangat kena fikir dlm satu masa. Ya Allah...ujian yang datang kali ini membuatkan diri hambamu ini sangat daif, berasa sangat kerdil. Jika dugaan yang Kau berikan kepadaku ini adalah salah satu platform untuk aku menjadi insan cemerlang, aku redha...kuatkan imanku, tabahkan hatiku....
Saya rasa ingin menangis..menangis...kerana terlalu dalam saya telah 'terjatuh'. Terlalu berat, sangat berat...
Aku sentiasa berdoa
Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah...Jangan bebani aku dengan beban yang tidak layak untuk aku memikulnya, tambahkan imanku, jangan Kau kurangi ia Ya Allah, dekatkan hatiku dengan sentiasa mengingatiMu, aku mohon petunjuk dariMu, permudahkan jalan dalam setiap dugaan yang Kau berikan padaku ini, tabahkan hatiku, lembutkan hatiku, ampuni dosaku, insan yang terlalu banyak membuat dosa kepadamu,.....
Kalian...doakan diriku. Aku seperti kamu semua, kadangkala jatuh dan perlukan menangis...menangis....kerana tangisan dapat meredakan gelodak di hati....moga ia cepat berlalu.
Dan jeng jeng jeng...walaupon tahun ni tak berpeluang untuk meluangkan masa sendirian ke sana seperti tahun sebelumnya...(saya pegi sorang-sorang tau tahun lepas! 2 kali saya pergi...sebab banyakkk sangat yang saya nak singgah dan terujakan.) Kalau ajak hubby, sian lak kat anak sebab sabtu memang hari jagaan hubby pada anak-anak manakala saya kerja. tapi saya menggunakan peluang bekerja pada sabtu itu untuk keluar lunch awal sket dan pergi ke pesta buku. Itu lah yang berlaku pada tahun lepas....sangat puas hati.
Oh! apakah perkara jeng jeng jeng itu??? Saya pergi bersama dengan boifrend kecik. Muhammad Afif bin Mohamad Niza Fakarudin. Hmmm dia betul-betul lagak seorang boifrend kecik...best la bawak budak kecik ni g shopping......berdua-duaan.... Kami di drop by oleh Incik Daddy di PWTC, sebab Afrina baru saja tidur...dan saya pula memang sudah ada buku dalam kotak fikiran yang mana satu untuk di beli. Cuma beri saya masa 1/2 jam untuk sampai ke tempat tersebut...ambil dan bayar!
Kedai yang di pilih ialah....GALERI ILMU SDN BHD. Di situlah semua buku yang baik-baik dan yang menghabiskan duit saya beli. Dalam otak saya ada 4 buah buku...sepatutnya saya beli 4-4 buah buku yang di tulis oleh Ustaz Hasrizal Jamil.....tapi nape tah dalam kesibukan itu saya terbeli 3 sahaja bukunya...sebab otak saya tak dapat nak berfikir apa lagi satu bukunya yang saya belum beli. Ia adalah Aku Terima NIkahnya2 (Bercinta Sampai Kesyurga), Murabbi Cinta, Rindu Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Saya terlupa tajuk buku yang last itu...secangkir teh pengubat letih itu...setelah anak mata melihat buku-buku lain yang pernah berada di kotak minda saya dan juga pernah bernanah di hati saya...HAHAHHA...bernanah??? -Bertahta la...yang saya agak berkeinginan untuk membelinya suatu ketika dahulu. Saya telah terbelikan buku Kembara Afiq Wasif. Mata saya sangat-sangat-sangat-bersangatan keliru nak beli...rasa macam nak beli bbbbaaaanyakkkkkkkkkkk sangat buku... GREEDY X SAYA??????
YUP! buku Syumail Muhammad tahun lepas pun x abis baca lagi...(sebab mak pinjam, pehtu saya terlupa minta balik). Haritu mata saya macam pening sana sini tengok buku-buku yang saya sangat suka itu...U turn ke jalan lurus, Bawa Hatimu kepada Tuhan, I Love u too, satu cinta dua rasa....Ya Allah...banyak buku!!!!
Orang kata, banyak membaca membuatkan kita banyak ilmu. betulkah??? Cuba Cik Daddy bagi komen kejap.
Ehem...ni lagi satu yang menarik...usai saja saya bayar buku2 Utz Hasrizal itu saya di beritahu penulisnya ada duduk di suatu tempat....kalau nak dapatkan Autograf..boleh direct pegi minta. Saya yang x sabo2 neh...dengan berkasut tinggi bagai (sebab baru balik dari kenduri), menolak...ewah! x la...saya minta laluan dengan baik lah! Saya sambil memimpin tangan sikecil kesayangan pergi ke arah ustaz, kerana sangat berusaha untuk mendapatkan autograf dan tangkap satu gambar afif bersama ustaz.
Saya cakap: Ustaz, boleh x saya ambil gambar ustaz dengan anak saya??
Afif gambar ngan ustaz sekejap ye sayang??? -saya cuba beritahu anak. Dan hasilnya ialah......
Oh! Sekarang saya sukakan penulis buku kan?? Bukan kah hebat kalau saya suka penulis buku semenjak azali lagi??? Maksud saya...masa sekolah. Mesti saya pandai bangat waktu tu kan?? Huhuhu
Kalian....buku tulisan hasrizal ni sangat bagus. Jalan cerita yang cuba di lontarkan amat dekat dengan kita. Corak cerita yang bersahaja tetapi tetap meletakkan diri sebagai hamba Allah dan sangat sangat memberi pedoman kepada kita yang sedang tercari-cari jalan pulang kepadaNya. Cuba kalian baca satu...mesti jatuh cinta untuk semuanya. Sebagaimana saya cintakan buku dan suami saya!
Incik Daddy... I love u Tooooooooo!
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
“Kepalaku!” kata Aisyah.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.
Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.
Merajuk.
Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.
Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.
SAKIT YANG BERTAMBAH
Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.
Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!
“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.
Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.
Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.
Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.
Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?
HARI-HARI TERAKHIR
Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:
Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.
Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.
Anakanda itu menangis.
Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.
Fatimah ketawa.
Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”
Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”
Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!
“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!
Aku menangis…
Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!
Aku ketawa”
Sesungguhnya…
Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!
DETIK SEMAKIN HAMPIR
Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.
Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.
Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.
“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.
Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.
Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!
Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.
Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.
Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.
Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!
Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.
Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]
Kami rindukanmu.
Murabbi cinta!
sumber : saifulislam.com
Afrina di rumah lebih di kenali sebagai 'adik'. dialah adik yang terbaik buat abangnya, walaupun sekarang ni saya perhatikan mereka semakin suka bergaduh! Sikit-sikit carik pasal.... kadang-kadang tu saya lihat adik yang suka mengacau abangnya dan akhirnya dia yang beriya2 nangis mintak kasihan semua orang...hamboi hamboi......tu yang sakit pala otak di buat anak-anak.
Semenjak dua menjak ni jugak, ibu notice yang adik semakin manja dengan ibu. Tapi yang ibu lagi perasan adalah adik adalah 'pemanis' bagi kami sekeluarga, segala keletahan dia yang pandai bercakap, sampai kengkadang tu ibu dan daddy tak faham apa yang adik cuba nak sampaikan, dan terpaksa merujuk kepada kamus bergerak (afif). Adik adalah segalanya, no.1... bila time die gelak-gelak masa main dengan abang, dia tak ubah seperti seorang budak yang berusia 12 tahun. ketawa bedekah2 bagai....tapi time menangis...Ya Allah...tuhan sahaja yang tahu...macam baby umur 12 hari! makin dia membesar, makin dia manjakan dirinya...sekarang ni dia tidur dalam buaiyan...cuba kawan-kawan bayangkan budak umur 2 tahun tidur dlm buaian...x ke pelik tuh! dulu masa dia baby, kemain lagi eloknya dia tidur atas katil!
Kami akan mengadakan majlis yang agak formal untuk birthday adik dan birthday abang pada 20hb March ni taw!!! xpe kan kek kecil-kecil dahulu..
“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.
Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.
Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.
“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.
Kereta saya berhentikan di tepi jalan.
Cuaca sangat panas.
Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.
“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.
Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.
“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.
Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.
“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.
Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.
Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.
Allahu Akbar!
Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!
Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.
“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.
Saya menelan air liur.
Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.
Marahlah anak.
Tetapi jangan sampai melabelnya.
“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”
Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.
Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.
BUKAN UNTUK BERGAYA
Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.
Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!
Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.
“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.
TRAGIS
“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.
“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.
Tangan meraba-raba poket.
“Eh…” saya kebingungan.
Thahurun Insya Allah…
Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sumber : Saiful Islam.com'fittings YES, but where is the outlet? macamana aku nak basuh ni kang...!!! ponin pale den!'
aku check from one toilet to another. semuanya sama. Disebabkan aku ni memang jenis membawa kamera ke serata dunia, jadi aku rakamkan supaya korg x cakap aku ni penipu... Ni ha...tengok!! Baik toilet duduk or cangkung...memang xde air. Saya periksa sama ada ayonye keluo (airnya keluar) kot bowl tu, tapi nampaknya xde sebarang saluran air bawah bowl. Pening tau!! sampaikan kawan saya tu...(hihihihi...die tunggu saya lama sebab saya sibuk buat inspection n take the photo - dah macam wartawan rasanya), kawan saya kata berak batukah saya???? i just found 1 yang ade air dari bawah bowl...itupon toilet org cacat. yang lainnya semua seperti gambar di bawah ini.
Keluar dari toilet saya senyum2 kambing dan cakap.
saya :' ..ko mesti pehni x nak kuar ngan aku lagi...lame x haku betapa dalam tu?'
my friend: 'ha...itu la, aku baru je nak bg msg kat ko...ko berak batu ke hape?'
saya: 'mmm first time dalam hidup aku masuk toilet xde ayo (air)...'
my friend: '?????!!*^%$#$%^%....???' -
saya: 'kalo ko x caya ko tengok ni...aku dah jadi investigator ni....' - sambil saya tunjukkan gambar dari
kamera.
'Aku kalo pegi oversea aku x kesah kalo ia berlaku di sana. Ni kan 1 malaysia yang di
warwarkan....negara islam konon!!!! Kalau negara Islam, toiletnya mesti ade air...sebab cara
bersuci/taharah dalam islam ialah dengan menggunakan air yg suci lagi menyucikan kan???? ni macam
mana boleh berlaku kat sini???'
Time ni aku terfikir.....
Mana Authority yg meluluskan pembinaan?
Mana Authority yang sibuk membuat joint inspection? and finally it happend?
Mana Authority yang sentiasa memberikan kami yg bekerja di site ni saman everytime kerja melebih2 dari masa yang ditetapkan?
What r u doing guys....!! Makan duit saman je ke yang tau...keje u all mana?????
I x nak salahkan developer or contractor, because diorg ni kebanyakannya terdiri daripada kafir lakhnatullah...tapi yang bagi kelulusan ialah authority yang kebanyakannya beragama ISLAM. kan kan??? i will forward this to them. wait n see ya!
i'm work @ this industry so really particular about all of this. How this thing happend? Ni baru satu yang i highlite....Belum lagi surau yang sempit nan kecil di lain-lain shopping complex. dan i belum lagi searching surau lagi kat tropicana tuh!

Saya tahu, lately saya terlebih memberi masa menceritakan mengenai perkembangan pembelajaran afif. Saya sangat teruja apabila afif telah mula bersekolah, jadi diary ni menceritakan keterujaan saya itu. Semoga saya tidak jemu sebagaimana saya tidak pernah jemu terhadap anak-anak.
Ok. Saya elaborate
Nombor 1 : Saya suka membuat sesuatu yang saya suka
Saya nak hias rumah ni jadi cantik. Jadi saya akan pastikan apa yang berada di rumah ni bukan setakat cantik, tapi SAYA SUKA. Jadi, makcik yang memang penat dan tiada masa di tambah pula dengan melakukan ‘sesuatu’ yang disukainya pun masih lagi mereka=reka apa yang di sukainya. Aha… 'PAINTING'. Saya cat rumah saya dengan pelbagai warna. Tentu sekali dalam salah satu wall di rumah ni mesti ada warna PINK. Saya telah menyibukkan diri dengan mengecat semula rumah dengan color scheme yang saya SUKA. Bilik anak2 saya spendkan 2 minggu untuk menyudahkannya. Dan… ini hasilnya
Bahagian hall tempat makan, saya selesaikan dalam masa 2 hari sahaja, iaitu semasa cuti tahun baru. 1hb saya tampal ‘bunga-bunga’, 2hb saya demam, 3hb masa birthday hubby saya bangun pagi2 dari demam, terus buka tin cat. Bersemangat tak??? Kita akan bersemangat jika apa yang kita buat kita suka
Tapi yang saya tak suka ialah……bahagian depan (living room) tak siap lagi…hua……….
Nombor 2: Saya suka sesuatu yang cantek….mmm
Tak payah elaborate rasanya, sebab dah elaborate kat atas, aha….hihihi hari tu saya pakai cantik2 pegi keje, apekehalnya aku ni? Dah kurg siuman ke hape? Sampai PM Haw Ah Bee tegur… ‘wah syima…cantik harini…make up and dressed up!’ Saya punya muka habis semua pink ‘termalu’. Ha tu la…sapa suruh pegi keje cantik2, bukan setakat sekali tu aje kene tegur, tapi 2-3 kali sampaikan masa saya tengah sibuk buat kerja di meja diorg pun si PM tu lalu dan tundukkan muka pandang muka saya dan tetap cakap. CANTIK! Ape ke jadahnya haku nehhhh!! Kenapa haritu saya tiba-tiba nampak cantik?? Sebab saya jarang tempek lipstick dan melawa datang ke opis. Selalunya saya pakai jeans, T Shirt, snearkers, dan jalan mcm orang di kejar hantuuu dan kelam kabut, masuk site kengkadang..pehtu kuar site berpeluh.. tapi hari tu…adess malu den! Tu namanya melawa tak kene tempat…padan muka saya. Dan namanya SUKA yang membawa padah.
Nombor 3 : saya suka sesuatu yang kemas.
Suka sangat la tu?? Baju kena sentiasa lipat dan letak di tempatnya. Kalau saya tak kemaskan…baju bersepah2 tu sama je ngan kepala otak saya yang tengah bersepah2. jadi saya akan pastikan kain baju walau sebanyak mana sekalipun mesti kemas lipat dan iron. Tapikan…rumah saya pula yang bersepah! Sebab saya consentrate satu menda saya terpaksa tinggalkan banyak benda. Adessss…..!!! mainan anak2 berterabur x kemas, sampah ade je dlm rumah x sempat sapu, apeke lagi…ishhh banyak lagi la barang yang saya tak suka akan berlaku jika saya melakukan satu perkara yang saya SUKA.
Nombor 4 : saya suka sesuatu yang baru
Contosnya (saya saja eja salah yer)…barang kemas. Wah!!! Kalau dapat yang baru
Nombor 5 : saya suka sesuatu yang menarik perhatian
Ape tu??? Sound like mmmmm ape yer…tadi saya ingat.. tapi bila tengah taip ni tetiba lupa plak makcik, makcik dah tua gamaknya. Nanti la saya update kalau saya ingat.
Nombor 6 : saya sukakan PINK
Mengapa pink??? Sebab pink tu macam muda remaja larh..huhuh. sian En Daddy, dia yang baik hati telah memberikan saya hp baru sbb hp saya
Nombor 7 : saya suka melayan anak-anak
Target dalam hidup saya ialah…saya nak jaga anak saya dengan tangan saya sendiri, memberikan masa saya dan tak perlu hantar pada penjaga. Jadi apa yang harus saya buat? I’m tried to have my own store, so I will spend my time with them, walaupun bukannya sepenuh hari, mungkin saya boleh jaganya separuh hari. Maknanya macam ni…saya bagi pengasuh tolong jaga anak saya sampai pukul 12tghari, kemudian saya ambil. Sepanjang pukul 8 pagi -12 tgahri saya akan kelam kabut siapkan bisness paperwork, boleh tak macam tu bang?? Dan apabila bisness dah semakin lancar atau anak dah besar sikit, macam besar afif, saya tak payah la hantar mereka ke rumah pengasuh lagi… tapi anak yang seterusnya saya
Nombor 8 : Saya suka dapat apa yang saya suka
Saya akan senyum dan tidur sambil senyum-senyum kalau saya dapat apa yang saya suka. Contohnya, saya dapat jumpa kawan lama yang saya rindui dalam FB, bersemangat waja jer hari hari. Tapi saya tak suka bila kerja saya bertangguh sbb saya sangat teruja bila jumpa kawan-kawan……
Nombor 9 : saya suka berblogging
Mmmm ni memang masalah besar bagi saya. Saya curi masa saya bersama anak-anak selama satu jam utk mendrafkan apa yang saya suka. Paling kurang satu jam, paling lama 3 jam. Siann anak-anak saya
Nombor 10 : saya sukakan perhatian
Ye ke?? Aku ke ni?? Bukannnnn
Nombor 11 : Saya sukakan pangkat
Yang ni pun bukannnn sebab saya tak heran pun pangkat kat tempat kerja ni. Sbb saya plan nak berhenti. Jadinya memang sangat tak kesah kalau gaji tak naikk, kalau pangkat tak tinggi, kalau di tindas ke hape ke…lantak la…sementara je…
Oh…! Semuanya ada 9 yang saya suka. Tapi