Afif: Ibu, napa kita x pegi umah ibu tu dulu? - sambil tangannya menunjukkan arah jalan rumah sewa kami dahulu. Rupa-rupanya dia sangat mengenali setiap pelusuk jalan area kami tinggal..dan tiap kali lalu depan rumah lama dia akan cakap...ni umah ibu!!! Dan saya akan reply,
Ibu: O...umah kecik kecik ni umah ibu...yang kita tinggal sekarang ni umah sapa?
Afif: Umah afif la....
Si adik cuma memasangkan telinganya sahaja tanpa sebarang komen. Pendengar setia.
Ibu: Nape afif tanya? afif nak balik ke umah tu ke?
Afif: X nak lah!! tapi nape hah ibu? kita x pegi umah tu lagi?
Ibu: Tu rumah sewa... dan kita dah pindah kerumah kita sendiri, x payah sewa-sewa lagi. Walaupun rumah kita tu masih bukan milik kita sepenuhnya, tapi sekurang2nya nama loan rumah itu tertera nama ibu!
Actually jarak di antara rumah kami, rumah sewa, rumah pengasuh anak2 adalah dekat2 belaka...dalam 3-5minit sahaja. Sebab dah terbiasa tinggal di kejiranan itu dan x jammed. Boleh saya cakap gitu?? ke KL dekat, ke Putrajaya dekat, ke Shah Alam dekat, mana-manalah..dan sangat convenient walaupun padat.
Sampai sahaja rumah, saya terus kedapur, buat2 baik nak masak konon..hehehe.. ni time ade mood. Sebab hubby selalu balik lewat, dan dia x makan di rumah. Walaupun saya di dapur, saya tetap jenguk2 ke depan untuk melihat apa yang anak2 tengah buat..sbb derang bedua ni banyak pojek 'mega'. Saya lihat afif tengah baring, sambil kakinya di angkat vertical ke dinding, sebelah tangan sedang memicit2 kepala. Dan saya kembali ke dapur tanpa menghiraukannya. Sedang saya sibuk2 di dapur, Afif menjerit dari depan...
Afif: Ibu!!!!!! UMAH SEWA TU APE???????
Hah! tu dia...saya dah jumpe nape anak saya pening2 lalat kat depan...rupanya dia x tau ape ke jadahnya umah sewa. Saya terbaca artikel keibu bapaan dalam 'aku terima nikahnya' - ustaz tu bagi tahu jawab soalan anak-anak sebagaimana kita menjawab soalan orang dewasa yang lain. Jangan sesekali menganggap anak- anak ialah anak kecil dan x faham. Kerana anak-anak akan membesar, dan jika mereka ingat jawapan yang di beri adalah salah, mereka mungkin berkata ibubapa suka menipu, atau ibu bapa x pandai, atau ibu bapa selalu buat tak kisah atas apa yang di soalkan...yang penting sekali ibu bapa x kisahkan mereka. Padahal jawapan yang diberikan sebagaimana orang besar itulah yang bakal merembeskan otak anak-anak untuk jadi seorang yang memahami dan bagaimana cara mereka berfikir.
Mmm... jadi saya tutup api dapur, dan duduk di sisi anak yang sedang berbaring di depan. Saya beritahunya dari A-Z. Rumah sewa ialah rumah yang bukan milik kita. Kita cuma pinjamnya sahaja dan pemilik akan mengenakan bayaran yang di panggil duit sewa. Pemilik rumah kita tu alah seorang kakak yang kadang2 dia akan datang kerumah kita dan tanya O.K ke tak... Kakak tu la yang punya rumah tu...bukan kita, kita cuma duduk sekejap je. Tapi rumah yang kita duduk sekarang ni adalah milik kita, cumanya Daddy kene bayar jugak tiap bulan, tapi bukan pada pemilik rumah, sekarang ni kene bayar pada bank pula..sebab kita pinjam bank untuk dapatkan rumah ni. Saya terangkan satu satu satu dan persatu...dan anak saya dengar dengan penuh hati-hati. Macam orang faham. tapi selepas lama saya terangkan...dia reply.
Afif: Ibu, kakak (tuan rumah sewa) yang rumah tu pakai baju warna apa hah???? - dan saya rasa macam nak gelak tapi jawab
Ibu: pakai baju warna oren
Afif: Ada gambar katun tak?
Ibu: Ada...gambar garfield...dan saya bangun terus ke dapur...tapi senyum selebar mungkin! HAHAHAH
'Duhai anak-anak.. suatu hari nanti dikau akan lebh pandai dari ibu, dan ilmu adalah harta terbaik yang dapat ibu berikan kepadamu....'

Saya tahu, lately saya terlebih memberi masa menceritakan mengenai perkembangan pembelajaran afif. Saya sangat teruja apabila afif telah mula bersekolah, jadi diary ni menceritakan keterujaan saya itu. Semoga saya tidak jemu sebagaimana saya tidak pernah jemu terhadap anak-anak.
Setiap khamis di kawasan rumah saya ada pasar malam. Pagi tadi afif buat hal nangis bagai…dia nak saya replacekan ultramannya yang patah kaki dengan suatu yang baru. Jadi saya pun memujuk…’xpe, nanti ibu janji beli baru..’
Balik saja dari kerja, saya sampai dalam pukul 7ptg di rumah opah sedara anak, sbb saya singgah rumah dulu..ada kerja yg nak d kerjakan sblm ambil anak, bla bla bla bla…dan drag sampai pukul 7ptg. Saya ajaknya ke pasar mlm utk find out ultraman yg di janjikan. Saya x pernah buat janji kosong pada anak, sbb saya x nak anak x respect saya, saya takut dia cakap saya suka mungkir janji, dan saya x nak dia belajar dari janji kosong bila dia dah besar nanti..Walau sekecil zarah sekalipun cakap saya itu saya mesti turuti. Dan kalau dia buat hal yg agak panas….saya x
Selesai membeli, kami pun balik. Dalam perjalanan saya bagi tahu dia.
‘dengar baik-baik cakap ibu. Balik rumah ni, buat kerja sekolah yg ustazah bagi, baru main ultraman, o.k???’ saya ulang sebanyak 3-4 kali. Sbb kali pertama anak x berapa dengar, cakap kedua, anak mendengar dan x faham. Cakap ketiga, dia faham. Cakap ke empat..maksudnya memang ibu x cakap main-main, maknanya memang kena buat keje sekolah dulu sblm main. Penat x….tu sbb ngape para ibu kengkadang suka membebel…..situasi yg membuatkan ia begitu…betul takk???? Hehehehe
Sampai je rumah…anak si ibu yg memang faham itu pun membuat kerja sekolah… (modenye ala-ala: ultraman…ko tunggu situ yer…jap je lagi afif main…alah!!! bukannya susah sgt keje sekolah tupon…kacang je) ala-ala gitu le gayenye.
Saya ke dapur, ambilkan pensel yang sesuai…sbb pensel case saya tinggalkan di cabinet dapur…
Saya tengok…huruf A, memang ade rupe dan dia memang pandai nak buat…tapi yang huruf B tu…adessssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TUNSUN.. MAKCIK TUNSUN…. Nasib baik le Allah x jadikan aku che egu tadika…kalo le aku che egu tadika…udah habih dah anak orang aku kojekan… sib baik aku roje site…..
Saya tarik nafas. Ajar anak kecil macam mana nak tulis huruf B. ianya sama seperti dlm gambo nih.
Nombor 1 : Tarik batang dari nombor satu kebawah.
Nombor 2 : Dari hujung batang atas, lukis separuh bulat ke tengah batang.
Nombor 3 : Letak pensel di separuh bulat dan buat separuh bulat ke hujung batang.
Saya ulang dan siap tolong pegang tangan ajar dia sampai lebih dari 10 kali. Dan apabila dia tulis, step menulis B tu begini pula jadinya.
Nombor 1 : Tarik batang dari nombor satu kebawah (OK..BETUL)
Nombor 2 : Dari hujung batang atas, buat satu bulat (tu apetu??)
Nombor 3 : Letakkan pensel di separuh bulat, dan buat lagi satu bulatan. (hah!!! Apetu???)
Nak tengok hasilnya????
Macam nombor 18
Hah!!!!!!!!!!!!! Macam nehhh!!! (mode HANGIN)
Bukankah saya cakap saya x pandai ajar budak-budak???? Ade sape-sape che egu sekolah tadika x kat sini yang boleh jawab soalan saya nihhh!!! Situasi ini menjadi masalah besar bagi saya…..ia amat menguji kesabaran
‘ibu nape..’sbb dia lihat ibunya kesejukan dan x larat berjalan, sakit seluruh badan. Dlm mempersiapkan diri ke klinik, dia x henti-henti, memegang tangan dan memimpin saya.
Afif di sekolah
Saya dan suami telah berpakat hendak menghantarnya ke sekolah lantaran kalau dia duduk di rumah pengasuh dia langsung tiada apa-apa perkara BAIK YANG DI LAKUKAN MELAINKAN MENONTON tv. Kesemua rancangan TV tu dia dah tahu jadual. Wonderpet pukul berapa, jimmy neutron pukul berapa, tah ape2 lagi le. Lantaran daripada perkara tersebut….tanggal 4hb 1 2010, kami menghantarnya ke PASTI yang berhampiran rumah. Mula2 saya rasa dia akan O.K. sebab dia budak yang mudah bergaul…tapikan………
Apa yang berlaku?
Dia x nak duduk atas lantai sama rakan2 lain semasa essembly 1st day…..saya susah hati.
Suruh angkat tangan pon xnak…soh jawab soalan pon tanak….’die takut!!’
Tiba-tiba ada ramai org, ramai ustazah, ishhhh banyak la lagi.
Dah la saya agak segan kerana anak saya x bawa beg sekolah sebagaimana orang lain…dia bawa beg plastic beli barang dari kedai surveniour aquaria semalam. Termalu saya…itulah akibatnya kerana tidak mengechek apa yang anak bawa kesekolah
Tapi…bila dah masanya msuk kelas masing-masing iaitu budak umur 4 tahun masuk kelas 4 tahun, umur 5tahun masuk kelas 5 tahun dan seterusnya. Dia memula jadi mcm anak ketam bila saya bawanya masuk kelas….alah!!!! jalan ala-ala anak ketam yg sengat2 sebelah badan melekat kat badan ibunya itu!!! tapi bernasib baik sbb….jeng jeng jeng….
Ibu: ni ha kawan afif…ha…nama sape? ‘ saya tanya
Haziq : Haziq. Jawabnya selamba. Dia budak yang O.K sbb maybe dia anak bungsu dan maknya telah membiasakan dirinya dlm persekitaran tersebut. Baginya berpisah dan environment baru adalah seronok……
Ibu: ‘Haziq meh sini gambar ngan Afif….’
Hmmm Haziq telah memakai uniform kerana saya rasa ibunya mempunyai connection dengan sekolah tersebut…dan tenaga pengajar di situ pon kenal si Haziq nih… kalo mcm tu sonang la keje den! Boleh le tinggaikan dia sorg2…..saya pon la lalalala…balik rumah dan tunggu pukul 245ptg utk mengambilnya semula…..
Mlmnya saya dan en daddy sembang tanya afif.
Daddy: seronok x sekolah afif
Afif : seronoklah….
Daddy: Afif makan apa tadi?
Afif: makan makanan yang ibu cakap x elok tu (junk food)
Saya x ajarnya makan makanan mcm tu…kalau saya dapat tahu….abis la peluang anak2…ia terlalu banyak MSG,x elok perkembangan minda anak. Even saya pon x suke makan. Tapi saya rasa x mungkin itu makanan yg d beri oleh pihak sekolah…ianya cuma iras2 junk food je kott! Ok sambung dialog kami.
Daddy: afif makan ke makanan x elok tu?
Sebelum dia jawab, dia lihat saya…dia tengok mood saya ok dan dia jawab
Afif: makan, tapi afif rasa je!! Ustazah bagi…
Ibu: afif rasa je ke afif makan? Kalau rasa…maknanya makan sikit2 je…tapi kalau makan, maksudnya makan banyak2. sekarang ni afif makan banyak ke makan sikit?
Afif: makan banyak sikit la….(waktu ni muke x pandang saya, punggungnya tonggang tonggek kat kusyen…dia takut jawab soalan saya)
Ibu: maksudnya afif makan banyak la…bukan rasa je la
Afif: (diam)
Hari kedua sekolah
Saya hantarnya juga. saya buat ni semua kerana saya seronok dan bahagia apabila menghantarnya. ‘Anak suka ibu percaya…..’, ataupon untuk memberikannya semangat untuk belajar.
Semalam, pulang saja dari sekolah selepas menghantarnya mendaftar diri, saya meluangkan masa untuk membeli botol air. (botol air ayam). Saya nak dia tahu bahawa minum air itu baik untuk otak…saya x belikannya beg baru atau pensel case baru atau whatever yang baru2 untuk kesekolah..kerana……seminggu sblm dia ke sekolah saya pernah cakap sesuatu dengannya berbunyi:
Ibu: ‘nanti kita beli beg afif taw…sbb minggu depan afif dah start sekolah.. ‘ suatu hari yang indah semasa saya
Afif: ‘ehhhh…afif dah ada beg spiderman dah….!’ Jawab dia lantang.
HA itu la sebab kenapa saya x belikannya barang2 baru…sampai botol air pon saya terlupa belikan….dan anak saya bawa beg plastic ke sekolah pon saya x perasannnn!!!! X pe jangan ajar die memboros
Eh, apa yang berlaku pada hari kedua? Dia seronok ke sekolah..kerana telah memakai uniform macam kawannya Haziq.
Even semasa saya menggosokkan bajunya pon dia dah tersenyum2…’EEiiii afif suke la bu!!’
Sampai je kelas…terus buka beg sekolah dan kuarkan botol air ayam tu…tunjuk kengkawan…
Haziq: ‘dah ada beg dah?’
Afif: ‘ afif ada botol air ayam….’ Sambil buka dan tunjuk.
Saya tinggalkan mereka dengan dialog masing2.
Hari ketiga
Tiada apa yang berlaku….ianya seperti biasa. Sbb harini Daddy yang hantarnya. Daddy hantar lewat, sbb motor daddy x boleh start. Manakala kereta x boleh kuar sbb stuck, ada lori parking. MMMmmm pehtu Daddy telah di beri muka baikkkk punya dari pihak sekolah..hihihihi

