Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)

muka masam sebab kaunter tiket dah tutup

Ini ialah gambar mereka berdua pada 2 minggu lepas bersamaan 11 June 2011. Mereka bertiga-tiga ke Zoo tanpa mommy. Mommy letih sangat bekerja sehingga tidak mahu menemankan mereka pergi. Tapikan, Daddy telah terpergi lewat sikit. Mereka sampai ke depan itu zoo pada pukul 430ptg dan semua kaunter telah ditutup kerana waktu melawat haiwan ialah sampai pukul 5ptg sahaja. Sian kesemua wajah anak-anak. Macam orang nak nangis pun ade...sian anak-anak ibu!

Manakala yang ini pula ialah gambar mereka semasa minggu lalu iaitu 18 June 2011. Ibu bersama-sama mereka sekali walaupun ibu banyak duduk dari berjalan. Ianya aktiviti yang memenatkan. Saya hairan dengan Incik Daddy...mengapa bila kandungan saya yang berusia 9bulan barulah dia terbuka pintu hatinya untuk membawa anak-anak ke sana...Oh! mungkin hero kecil yang semenjak 2 menjak ni tak henti2 memujuk kami gamaknya....haish!!!!

eeyap yang dikongsi-kongsi

Di sebabkan kesuntukan masa...kami tidak pergi banyak tempat...sebaliknya memfokuskan bahagian mana yang harus dilawati dan sangat-sangat wajib. Ianya di situ...alah....disitu, tempat yang ade sang Eeyap = Giraffe. Encik Eeyap ni amat glamor di rumah kerana ia ialah toys kesayangan si anak. Bila nak susu..mesti ingat eeyap, bila nak tido..dua-dua berebutkan ekor si eeyap. Dulu si eeyap ni ialah kepunyaan si afif, tapi bila afif dah besar, dan afif Cuma menyusu bila mahu masuk tidur sahaja…encik eeyap ni telah bertukar ke tangan farina. Tapi kalau dua-dua nak isap susu tima nak tidur…kengkadang derang gaduh rebut2…tapi lately kedua2nya akan sama-sama mengalah, sapa yang dapat dulu takkan berebut2 dengan yang lagi sorang. Lagipun afif dah sangat jarang menyusu.

Jadinya saya terpaksa bersenaman berjalan-jalan dengan hidung yang kembang kempis menuju le savannah walk. Hmmm…pelawat yang lain memerhatikan saya mesti berkata-kata, dah begini besar punya blue hippo pun masih lagi mahu berjalan-jalan di sini? Tak nak naik kenderaan lak tu, jalan kaki terkengkang-kengkang.. haish! 9 bulan yang memenatkan.


Puaskah hati anak-anak?

‘Eeyapppp!!! Cinila….’ Panggil adik. Tapi bila si eeyap tu dating dia pulak takut.

‘Tingginya eeyap!’

‘Bucuk cangatla tempat ni…’ refer to tempat hippo.

‘Daddy…bolah tak adik nak pegang belon eeyap tu…!’ sambil tangannya menunjukkan salah satu belon yang terjual di gerai2 di dalam zoo tu.

‘ mahalla sayang…lagipun karang adik bukan main sangat! Tak baik bazir-bazirkan duit’ beritahu saya.

‘mmm betul tu’ daddy menambah.

Tapi si abangnya tak berkata apa-apa sebab dia sudah faham bonar dengan makbapaknya. Kami cuba mengajar anak untuk memahami situasi.. tak semua yang dihajati akan diperolehi. Dapat apa yang patut-patuttt sahaja walaupun duit anda sangat banyak! Sebab ada ramai manusia yang di dunia ni yang masih berlapar dan bersusah untuk mendapatkan sesuap nasi…apalah salahnya duit lebih sedikit itu di contribute ke situ kan?

Comments: (0)

Teh Jun Liang @ Kenny Teh
Suatu masa dulu, kawan Cina saya, akan selalu susah hatinya jika dia mendapat tahu saya telah mengandung. Dia selalu merungut-rungut susah hati...

'syima...kalau you 'mengantung' lagi, nanti u nak namakan anak u apa? yang pertama Afif, yang kedua Afrina. habistu kalau lagi sorang keluar lagi nanti u mau namakan anak u apa?'

'yang u susah hati aku mengandung lagi tu ngape?' soal saya

'ya la...saya mesti susah hati ma...u kan kawan baik saya......'

'pandai la saya nak carik nama apa...u jangan risau, buat masa sekarng ni 2-3 tahun saya takkan mengantung lagi lor.....! yang dua ni pun bagai nak pengsan..'

'haiya! u ni betoit-betoit senang..nanti kalau sampai masa nanti u susah...'katanya lagi

Tak lama lepas dialog saya dengannya, esok pagi dia datang hampir dengan saya sambil menjinjing lappynya.

'syima...saya sudah dapat nama apa sesuai untuk anak u..'

'lor....haku hengat buat hape die tercegat sini pagi2...' saya terkejut senyum dengan clerk yang berhadapan dengan saya...

'hah! u nak letak nama apa?'

'kalau u mengantung anak lelaki...namanya AFRICA, kalau perempuan...AFGHANISTAN'

'hampeh! suka hati u lah....janji rupa anak aku bukan macam africa....'

Itu dialog saya dan dia 3 tahun lepas dan dia selalu bertanya saya sudah ready dengan africa @afghanistan ke belum, sedang saya selalu tanya u bila mau kawen...dah la tiap sabtu disuruhnya saya membawa kedua-dua anak ke office untuk senang lenang dia bermain-main dengan anak saya. Kalau lama saya tak bawa anak-anak...nanti saya yang akan di marah. Dia kawan yang sangatttt baik. Saya takkan lupakannya, takkan lupakan kebaikannya, dia bos dan rakan seperjuangan yang sampai bila-bila pun saya takkan lupa. Saya banyak belajar ilmu darinya daripada mula masuk kerja di sini sampailah saya boleh berdikari dan kebanyakan ilmunya telah di absorb oleh saya. Dia pandai dalam semua bidang, bukan kalau setakat nak ambil Ir bila-bila masa dia boleh...tapi dia sahaja yang tidak mahu.

Tetapi sekarang dia berada di kompeni lain...kompeni yang uwangnya berkali-kali ganda berbanding bekerja di sini. Dia macam biasa tetap seperti dulu selalu calling-calling saya dari hari ke sehari. Kalau lama x jumpa dia akan datang site, ajak makan, ajak sembang..kengkadang 2-3 puluh minit bergayut2 menyembang.. Kadang-kadang makan-makan di malam hari dengan incik suami dan anak-anak..sebab rumah kami berhampiran.

Baru-baru ini dia datang lagi dan tanya.

'Itu barang dalam apa gender?'
'Afghanistan' saya reply
'Haiya...x baik la itu Afghanistan..sebab Bin Laden sulah mati...saya fikirkan nama lain la untuk u..'
'Fikir le kenny woi....'
'Hah! Sula dapat...Aloha...hahaha...'
'Taknak la aku aloha...bau busuk...tiap pagi kalu lalu tepi...Iyarkkkk...bau muntah!' - saya refer pada kelab aloha di Jalan P.Ramlee. Dulu site kami aialah Glomac Al Bhata di Jalan P.Ramlee... Sepanjang jalan P.Ramlee tu korang paham-paham je la...ade Modestos, Rum Jungle, apetah beach, poppy...ishhh dari saya tak tahu ia membuatkan saya serba tahu kesemua kelab2 yang area situ. Yang penting saya x sukakan bau area situ dan selalu wish...bilalah projek nak abis neh!

saya pekerja berwawasan!

Mula-mula semasa saya disahkan mengandung, saya harap saya akan mengandungkan seorang boy, supaya saya boleh 'berhenti'. Cukuplah 3... Nama yang sesuai pun saya dah jumpa, sangat teringin pada Muhammad Al-FAteh. Teringin anak yang mempunyai peribadi sepertinya yang cekap, bijak mengatur strategi, pemimpin berwibawa dan bermacam-macam lagi. Saya menghabiskan novel sejarah Muhammad Al FAteh di awal kandungan dan mencari membaca setiap perilaku dan strateginya dari hari kehari..

Tapi bila dah scan 2-3kali ianya ialah girl. Dan Incik Daddy berkata
'kita namakan anak kita Fatehah la kalau cam tu...'
alah......, tidak mahu la nama lelaki di perempuan kan...Kami kemudian merangka nama anak perempuan pula. Tapi saya sudah membuat persiapan gegirl semenjak 3 bulan yang lalu. semuanya berunsurkan pink. Baju raya untuk si gegirl pun sudah siap dibeli. Tapi kalau tiba-tiba ia adalah Al Fateh bagaimana?? Nama ada, tapi bukan pakaian....


Dan untuk 'kawan' saya Incik Teh Jun Liang, saya pun ada nama sedap untuk anak u
Teh Oh Ais - anak lelaki
Teh Oh Laichee - anak perempuan
amat sesuai dengan nama u yer incik teh!
Semalam, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja saya seperti biasa mendengar radio kegemaran, IKIM.FM. ada banyak ilmu disitu, dan kebiasaan siaran pada pukul 5-6ptg adalah guidance untuk sebuah kehidupan.

Biasanya Hari isnin - Cara untuk mendidik anak (by prof Sidek Baba)
Hari Selasa - Isu rumahtangga ( lately isunya adalah perceraian)
Hari Rabu - Didikan anak-anak ( by Yamng mulia Dr. Tg Ismadi)
Hari Khamis - Islam adalah agamaku (by saudara baru)
Hari Jumaat - hukum2 (lately tajuknya ialah hukum sumpah menyumpah)
Fuh! x sangka saya hafal rancangannya.

Semalam ialah rabu. Jadi telinga saya menadah mendengar apa yang dikatakan oleh oleh dr Tg Ismadi. Diantara yang diberitahu ialah apa yang saya sedang praktikkan dirumah. Saya praktik setelah membuat banyak pembacaan cara untuk mendidik anak-anak, cara didik anak-anak untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah, cerdik, dan macam2 lagi lah. Kerana ibu harus menambahkan ilmu pengetahuannya untuk anak-anak.....
Dr Tg Ismadi berkata:
1. Jawab soalan anak-anak sebagaimana anda menjawab soalan orang besar.....tidak mengapa jika anak-anak tak faham untuk masa sekarang, tetapi dia akan menggunakan otaknya berfikir bila sampai waktunya. Dan otak anak anda akan cepat membesar, maksudnya boleh berfikir waras dan cepat mumayyiz.
Dlm sebuah buku pendidikan anak-anak yang saya baca..,jawablah soalan anak-anak dengan ikhlas, contohnya jika anak bertanya...
'mengapa semua kapal terbang warna putih?' -Seorang bapa mat saleh akan menjawab dengan seikhlas hatinya dari mula pengilangan kapal terbang dilakukan sehinggalah proses itu berakhir dan kesemua kapal terbang akan diwarnakan dengan warna putih...dan kita orang melayu pula akan menjawab bagaimana? Jangan rasa serik untuk menjawab soalan si anak walaupun anak tekak anda makin kering.....kering sbb jenuh nak jawab...dan jangan marahnya kalau soalan dilontarkan berkali kali.
Sepanjang saya berpengalaman sebagai ibu yang akan sentiasa mengelaboratekan jawapan anak-anak walaupun penyudah jawapan saya itu ialah afif atau adik tak berapa faham...tapi mereka tidakakan mengulang soalan yang sama.
contohnya soalan si Afrina yang berdaya saing pening pening kepala otak ibu daddy nak jawab ialah.
soalan pertama : Kenapa Depan tu kite kene panggil depan dan yang belakang kene panggil belakang ye bu? - dia bertanya pada pukul 1130malam sedang saya memandu kereta pulang ke kampung. sedang mata saya kelabu-kelabu asap menahan rasa mengantuk...sedang incik daddy memang dah x boleh tahan matanya untuk tidur di kerusi sebelah...

soalan kedua : Kenapa lampu belakang kereta tu lain dengan lampu di hadapan?

soalan ke empat: Kenapa kene letak traffic light kat situ? sapa yang letak?

soalan kelima : Kenapa baby dalam perut ibu ni tak keluar2 lagi? Saya jawab belum masanya...dia tak matang untuk keluar... dan dia bertanya lagi 'mmmm adik tahu kenapa, sebab dalam perut ibu ni ade kunci..sebab kunci tu tak buka-buka, sian baby ni kan bu?' dan saya senyum pening pening nak jawab macammana.

soalan ke enam: 'Ibu...baby dalam perut ibu tu tak kencing ngan berak ke?' saya jawab baby kencing dan berak yang di panggil berkumuh.... 'abis tu cane?' tanya nya lagi....dan saya pening le nak jawab soalan adik ni......nasib baik die menyambung kembali percakapannya...'mmm adik tahu, bile ibu pegi toilet...ibu dan baby sama-sama buang air dan berak la...kan?' kan baby tu ada dlm perut ibu...kan kan?' hmmmmmm...penat menjawab tu mmg penat tuan tuan dan puan puan....tapi anak kite sedang bereksplorasi ingin tahu..

2. Jangan cakap pelat-pelat ikut apa yang anak anda cakap.....sebab anak-anak akan agak lambat untuk menjadi pandai. Tetapi cakaplah seperti ayat biasa.... Itu sudah semestinya sebab saya dan incik daddy takkan melayan anak bercakap pelat. Kami akan cakap...'ibu tak faham adik/afif cakap apa...cakap betul-batul...'- we are very straight!

3. Adakan masa untuk setiap anak walaupun ia mencabar masa anda. Fuhhh.....ini part saya kena sacrifice. part yang Incik Daddy terpaksa buat 'bayaran' boleh gitu? Incik Daddy selalunya 'tiada' di rumah. keluar sepuluh pagi pada 13hb dan cuma akan menjengukkan mukanya pada pukul 8pagi pada 14hb. Hmmm...jadinya masa untuk anak-anak, didikan anak-anak, memberi makan untuk anak-anak adalah di bawah pemerhatian saya sepenuhnya. Penat? Yezzza! Saya penat tapi inilah 'suatu' jalan yang Allah sediakan untuk saya berjaya di akhirat sana. berjaya mendidik anak-anak menjadi sesempurna mungkin, maksudnya saya berjaya menemui pencipta saya dengan kendongan harap-harapnya 'pahala' yang setimbun. Kalian...doakan saya sentiasa bersabar dengan dugaan Allah ini. Dan Incik Daddy...kita sama-sama dikurniakan masa yang kurang. Kurang tidur dan kurang untuk masa sendiri.

4. Ajar anak supaya faham keadaan.
Jangan main bola dalam rumah - nanti pasu semua barang-barang dalam rumah pecah...tapi bukan kaedah melayu mudah iaitu...'jangan main bola dalam rumah...nanti mama x nak bawa makan...' beri description dengan sebuah kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan.
Beritahu anak jika kita tiada kemampuan untuk menyediakan apa yang dihajati walaupun ia adalah barang yang terbaik sepanjang hayatnya dia meminta.
Kalau Incik Hero saya...iaitu Afif dia selalu minta kami belikannya PSP...dan jawapan saya tetap sama. Ibu takkan letakkan diri ibu di dalam jurang neraka yang dalam sebab memberikan anak suatu kelalaian di atas dunia. Ada banyak benda lain yang boleh dimain, tapi bukan PSP. FULL STOP! Dan sampai bilapun dia takkan dapat.


Dan hari ini, iaanya sudah terbayar...

Saya dan incik Daddy ke sekolah afif untuk berjumpa gurunya mengenai prestasi si anak. Hari sebelum itu si Afif sudah membawa kertas jawapan periksanya balik ke rumah. Saya cuma review dan tengok...tidak mengharapkan apa-apa. Sebab saya sendiri bukanlah dikalangan yang pandai semasa di sekolah rendah...asek dapat nombor 4-6 dari belakangggg saja. Biasanya saya akan dapat lebih dari nombor 30..itulah ranking saya semenjak di sekolah rendah. Sebabnya? saya syok sendiri...main-main dan asek sakit (asma) saja dari kecik.....bila masuk sekolah menengah baru bintang saya bersinar...hahah Jadi bagi saya tiada masalah kalau anak anda tidak pandai semasa kecil...selagi dia menjadi anak yang soleh...itu sudah cukup! Dan apabila besar..dirinya tahu yang mana baik dan yang mana buruk!

Si pengetua sekolahnya yang juga penjaganya (saya minta ustazah tu bawkan afif balik rumah sebab saya tiada masa untuk jemput afif di sebabkan waktu kerja, saya cuma akan jemput pada selepas waktu kerja) sudah memberikan 'sign' terlebih dahulu...dia kata ibu ngan daddy kene belikan hadiah untuk afif....haha...saya masih tak faham sebab memang tak nak over expectation.

Dan selepas beberapa lama menanti giliran, akhirnya sampai ke giliran kami. Saya dan Incik Daddy diterangkan yang si afif ni begini begitu begini dan begitu. Segala pencapaiannya direkodkan didalm buku ini dari satu muka ke satu muka surat. Rasa 'segan'! Sebab tak banyak masa diluangkan untuk mengajar sianak. Ustazah tu kata..'die ni suka main!' tiap hari tengok dalm beg mesti ade 'robot' kalau tak...kereta... haishhh!!! ini mokcik malu tang ni ni..... Mokcik memang x kesah dia nak bawak bape banyak mainan pun sebab dia yang nak bawa...kalau x bagi muka akan di tarik 400x berjeling2 dengan saya atau incik daddy!!! Adess... tapi ustazah tu kata...memang la anak lelaki memang cam tu.

Lepas tu ade sesi soal menjawab sianak dihadapan ibubapa dan guru..macam, sesi ujian lah...dia nak bagi tahu yang pencapaian serta pengetahuan si anak sudah sampai kemana..dan kebanyakannya anak saya boleh jawab. Tapikan.....die tulis terbalik untuk bahagian matematik. kalau huruf 7 tu die ter tebalik tulis...dan ustazah kata ini harus ada backup dari rumah..sebab diorg tak cukup masa nak ajo...
saya harus korbankan masa untuk ajarnya menghafal surah ini.......

Description of the record book
tenaga pengajar

Secara keseluruhan, inilah bagusnya perjumpaan ibubapa dan guru rupanya....dan..saya serta incik suami semakin dekat dengan panggilanNya. Maksudnya kami semakin tua..Saya dan Incik Daddy tahu tahap perkembangan sianak...apa yang dibuat, bagaimana pergaulan dengan rakan sekelas...mmmm

Afif mendapat Nombor 1!