Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Semenjak hari pertama Afif membawa kerja sekolah nya balik ke rumah pada minggu lepas...dia sangat rajin! Dia sangat-sangat rajin untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya selepas itu. semalam, kelmarin dan the day before yesterday... hari-hari dia bawa kerja sekolah balik rumah. dia juga sudah mula membaca IQRAQ secara berjadual.
Jika sebelum ini dia agak susah untuk membuat semua itu, tetapi bermula dari menulis perkataan B yang memeningkan saya, dia mula rajin untuk membuat semua kerja sekolahnya. Tapikan...saya tak dapat ambil gambar kerja sekolahnya itu kerana kamera kecil saya itu tidak dapat digunakan. kenapa??? hmmmm hari isnin saya bawa ke HQ dan mengecas bateri, tetapi saya terlupa untuk membawanya pulang, dan pada hari selasa iaitu semalam saya tidak masuk opis, jadinya bateri saya telah tercas selama 2 hari berturut-turut. saya x nak ambil pakai hp sbb hp punya gambar x secantik kamera saya punya gambar yang boleh focus dekat.MMMM saya akan tetap ambil pada kemudian hari jika sekiranya afif membawa buku yang sama balik rumah. (nanti afif besar afif baca ye sayang!)
Semalam En Daddy balik awai (iaitu waktu perdana) jadi saya boleh fokus di dapur meanwhile EN Daddy memberikan masanya melihat afif membuat kerja sekolah dan mengajarnya Iqraq. kan senang kalau ada EN Daddy...saya tahu dia akan memberikan kami masanya jika dia berkesempatan...dan semalam adalah salah satu hari di dalam beberapa bulan setelah kesibukan melampaunya.
Apa yang saya perhatikan, anak-anak akan berasa seronok melakukan sesuatu kerana mereka akan bersama dengan orang yag di sayanginya. mereka suka jika sesuatu perkara yang di lakukan di buat bersama-sama dengan ibu atau bapanya.. jadi mereka lebih bersemangat! Adiknya pun semakin rajin untuk menulis walaupun dia ke meja study hanya untuk memporak perandakan kerja sekolah abangnya. hihihihi

SELAMAT BELAJAR SAYANG!

0 comments:

Post a Comment