Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (1)
Apa yang saya sibukkan??? Membuat sesuatu yang semestinya saya suka. Saya suka sesuatu yang cantik. Saya suka sesuatu yang kemas. Saya suka sesuatu yang baru. Saya suka sesuatu yang menarik perhatian. Saya sukakan PINK, sebab sentiasa rasa muda, ahaks! Saya suka melayan anak-anak, Saya suka kalau saya dapat apa yang saya suka, hihihihi. Saya suka berblogging, Saya sukakan perhatian…(ye ke???). saya sukakan pangkat…(oh! Ini absolutely TIDAK) saya tak suka naik pangkat. Saya suka kedudukan saya sekarang, kerana kalau saya naik pangkat, saya tidak ada masa untuk kesemua yang saya suka.

Ok. Saya elaborate kan kesukaan saya tadi.

Nombor 1 : Saya suka membuat sesuatu yang saya suka

Saya nak hias rumah ni jadi cantik. Jadi saya akan pastikan apa yang berada di rumah ni bukan setakat cantik, tapi SAYA SUKA. Jadi, makcik yang memang penat dan tiada masa di tambah pula dengan melakukan ‘sesuatu’ yang disukainya pun masih lagi mereka=reka apa yang di sukainya. Aha… 'PAINTING'. Saya cat rumah saya dengan pelbagai warna. Tentu sekali dalam salah satu wall di rumah ni mesti ada warna PINK. Saya telah menyibukkan diri dengan mengecat semula rumah dengan color scheme yang saya SUKA. Bilik anak2 saya spendkan 2 minggu untuk menyudahkannya. Dan… ini hasilnya

Bahagian hall tempat makan, saya selesaikan dalam masa 2 hari sahaja, iaitu semasa cuti tahun baru. 1hb saya tampal ‘bunga-bunga’, 2hb saya demam, 3hb masa birthday hubby saya bangun pagi2 dari demam, terus buka tin cat. Bersemangat tak??? Kita akan bersemangat jika apa yang kita buat kita suka kan?? Dan ia menghasilkan sesuatu yang saya puas hati. Atau dengan perkataan yang saya suka guna SATISFACTION. That’s great things.

Tapi yang saya tak suka ialah……bahagian depan (living room) tak siap lagi…hua……….

Nombor 2: Saya suka sesuatu yang cantek….mmm

Tak payah elaborate rasanya, sebab dah elaborate kat atas, aha….hihihi hari tu saya pakai cantik2 pegi keje, apekehalnya aku ni? Dah kurg siuman ke hape? Sampai PM Haw Ah Bee tegur… ‘wah syima…cantik harini…make up and dressed up!’ Saya punya muka habis semua pink ‘termalu’. Ha tu la…sapa suruh pegi keje cantik2, bukan setakat sekali tu aje kene tegur, tapi 2-3 kali sampaikan masa saya tengah sibuk buat kerja di meja diorg pun si PM tu lalu dan tundukkan muka pandang muka saya dan tetap cakap. CANTIK! Ape ke jadahnya haku nehhhh!! Kenapa haritu saya tiba-tiba nampak cantik?? Sebab saya jarang tempek lipstick dan melawa datang ke opis. Selalunya saya pakai jeans, T Shirt, snearkers, dan jalan mcm orang di kejar hantuuu dan kelam kabut, masuk site kengkadang..pehtu kuar site berpeluh.. tapi hari tu…adess malu den! Tu namanya melawa tak kene tempat…padan muka saya. Dan namanya SUKA yang membawa padah.

Nombor 3 : saya suka sesuatu yang kemas.

Suka sangat la tu?? Baju kena sentiasa lipat dan letak di tempatnya. Kalau saya tak kemaskan…baju bersepah2 tu sama je ngan kepala otak saya yang tengah bersepah2. jadi saya akan pastikan kain baju walau sebanyak mana sekalipun mesti kemas lipat dan iron. Tapikan…rumah saya pula yang bersepah! Sebab saya consentrate satu menda saya terpaksa tinggalkan banyak benda. Adessss…..!!! mainan anak2 berterabur x kemas, sampah ade je dlm rumah x sempat sapu, apeke lagi…ishhh banyak lagi la barang yang saya tak suka akan berlaku jika saya melakukan satu perkara yang saya SUKA.

Nombor 4 : saya suka sesuatu yang baru

Contosnya (saya saja eja salah yer)…barang kemas. Wah!!! Kalau dapat yang baru kan best.. tapi tak semua best taw!!! Sedih pun ade, kalau tetap teringat barang ‘lama’ yang di kebas orang…sedih…sadis. Semua ada. Cincin merisik, cincin tuning, rantai tangan pemberian perkahwinan, rantai leher ‘itu’, ape ke lagi….nak menangis dah tak boleh rasanya….sebenarnya….kalau En. Daddy saya cuba menukarkan dengan yang baru…barang lama tetap jadi pujaan hatiku…

Nombor 5 : saya suka sesuatu yang menarik perhatian

Ape tu??? Sound like mmmmm ape yer…tadi saya ingat.. tapi bila tengah taip ni tetiba lupa plak makcik, makcik dah tua gamaknya. Nanti la saya update kalau saya ingat.

Nombor 6 : saya sukakan PINK

Mengapa pink??? Sebab pink tu macam muda remaja larh..huhuh. sian En Daddy, dia yang baik hati telah memberikan saya hp baru sbb hp saya kan di kebas perompak dalam siri rompakan mereka ke rumah kami tu?. Memang hp tu canggih..sangat canggih, dan en Daddy sangat baik hati cuba mereplacekan barang-barang saya yang di kebas. Saya masih ingat lagi haritu dia balik rumah dengan senyum sampai ke telinga dengan menghulurkan hp itu kepada saya, tapi……tapikan, saya tak suka TS (touch screen). Saya cuba senyum…tapi tak boleh. Dan tiap hari saya mesti akan merungut pasal TS hp tu pada En Daddy, kesian kan En Daddy??? Alah…saya tak suka bila saya buat kat En Daddy macam tu!!! Dan satu hari saya pegi beli hp yang saya suka. Kalian nak tahu mengapa saya suka hp tu? Sebab hp tu warna PINK. Baguih tak? Mmmmm saya sedikit pun tak kesahkan ape function hp saya tu, sbb kalau camera, saya ada kamera, kalau sbb walkmannya, saya x suka hiburan melampau, sbb dia ada wifi, hmmmm saya bukannya suka buka internet kalau ada masa lapang, saya suka baca buku. Dalam h/bag saya memang sentiasa ada sebuah buku. Sebab saya akan rasa sangattt rugi kalau ada 10 minit yang terluang contohnya tengah tunggu orang ke, tengah tunggu batu pecah ke (tenstile test yang saya tak suka tapi terpaksa tunggu C.O.W). Lepas beli hp yang saya suka, saya tulis msg kat En Daddy..’ abg nak tau x, ayg kan tengah tulis msg guna hp pink’. Tapi En. Daddy seorg yang sangat baik dan reply ‘wow! Tahniah…’, tapi kalau sayalah…saya mesti kecil hati sebab, barang yang saya bagi, orang tak nak. Saya tak suka orang lain sedih sedang saya gembira dengan apa yang saya suka.

Nombor 7 : saya suka melayan anak-anak

Target dalam hidup saya ialah…saya nak jaga anak saya dengan tangan saya sendiri, memberikan masa saya dan tak perlu hantar pada penjaga. Jadi apa yang harus saya buat? I’m tried to have my own store, so I will spend my time with them, walaupun bukannya sepenuh hari, mungkin saya boleh jaganya separuh hari. Maknanya macam ni…saya bagi pengasuh tolong jaga anak saya sampai pukul 12tghari, kemudian saya ambil. Sepanjang pukul 8 pagi -12 tgahri saya akan kelam kabut siapkan bisness paperwork, boleh tak macam tu bang?? Dan apabila bisness dah semakin lancar atau anak dah besar sikit, macam besar afif, saya tak payah la hantar mereka ke rumah pengasuh lagi… tapi anak yang seterusnya saya cuba akan beri fully BF( apeke jadahnya BF tu??? Breast feed le). Tapi saya tak suka bila anak saya menangis…mcmana tu?? Saya rasa mcm nak tutup pintu duduk dalam bilik sorang diri kalau diorg meragam. Adesss

Nombor 8 : Saya suka dapat apa yang saya suka

Saya akan senyum dan tidur sambil senyum-senyum kalau saya dapat apa yang saya suka. Contohnya, saya dapat jumpa kawan lama yang saya rindui dalam FB, bersemangat waja jer hari hari. Tapi saya tak suka bila kerja saya bertangguh sbb saya sangat teruja bila jumpa kawan-kawan……

Nombor 9 : saya suka berblogging

Mmmm ni memang masalah besar bagi saya. Saya curi masa saya bersama anak-anak selama satu jam utk mendrafkan apa yang saya suka. Paling kurang satu jam, paling lama 3 jam. Siann anak-anak saya kan? Kadang-kadang anak saya duduk atas riba dan taip perkataan-perkataan yang saya tak terpikir nak taip…mcm ni.. ’cdxxsdvgbbhnvlli,788om,/’ saya tak terfikir pun dahulu…mesti anak saya tak suka bila tiap kali saya berherbinasi dalam bilik study ni. Rasa bersalah plak rasanya.

Nombor 10 : saya sukakan perhatian

Ye ke?? Aku ke ni?? Bukannnnn

Nombor 11 : Saya sukakan pangkat

Yang ni pun bukannnn sebab saya tak heran pun pangkat kat tempat kerja ni. Sbb saya plan nak berhenti. Jadinya memang sangat tak kesah kalau gaji tak naikk, kalau pangkat tak tinggi, kalau di tindas ke hape ke…lantak la…sementara je…

Oh…! Semuanya ada 9 yang saya suka. Tapi kan kalian…bila saya elaboratekan, kebanyakan yang saya suka tu mesti akan ada kaitan dengan orang lain yang akan tak suka dengan keadaan atau kejadian apa yang saya suka. Jadi berbaloikah jika saya dapat apa yang saya suka? PN NORHASYIMAH…sila jawab sendiri yer. Ingat! Erti hidup pada memberi. Jika kita beri kebahagiaan kepada insan-insan lain…kita akan lebih di sayangi dan di senangi oleh insan-insan selain dari insan yang kita beri itu. Sila buka matamu norhasyimah.

Semenjak hari pertama Afif membawa kerja sekolah nya balik ke rumah pada minggu lepas...dia sangat rajin! Dia sangat-sangat rajin untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya selepas itu. semalam, kelmarin dan the day before yesterday... hari-hari dia bawa kerja sekolah balik rumah. dia juga sudah mula membaca IQRAQ secara berjadual.
Jika sebelum ini dia agak susah untuk membuat semua itu, tetapi bermula dari menulis perkataan B yang memeningkan saya, dia mula rajin untuk membuat semua kerja sekolahnya. Tapikan...saya tak dapat ambil gambar kerja sekolahnya itu kerana kamera kecil saya itu tidak dapat digunakan. kenapa??? hmmmm hari isnin saya bawa ke HQ dan mengecas bateri, tetapi saya terlupa untuk membawanya pulang, dan pada hari selasa iaitu semalam saya tidak masuk opis, jadinya bateri saya telah tercas selama 2 hari berturut-turut. saya x nak ambil pakai hp sbb hp punya gambar x secantik kamera saya punya gambar yang boleh focus dekat.MMMM saya akan tetap ambil pada kemudian hari jika sekiranya afif membawa buku yang sama balik rumah. (nanti afif besar afif baca ye sayang!)
Semalam En Daddy balik awai (iaitu waktu perdana) jadi saya boleh fokus di dapur meanwhile EN Daddy memberikan masanya melihat afif membuat kerja sekolah dan mengajarnya Iqraq. kan senang kalau ada EN Daddy...saya tahu dia akan memberikan kami masanya jika dia berkesempatan...dan semalam adalah salah satu hari di dalam beberapa bulan setelah kesibukan melampaunya.
Apa yang saya perhatikan, anak-anak akan berasa seronok melakukan sesuatu kerana mereka akan bersama dengan orang yag di sayanginya. mereka suka jika sesuatu perkara yang di lakukan di buat bersama-sama dengan ibu atau bapanya.. jadi mereka lebih bersemangat! Adiknya pun semakin rajin untuk menulis walaupun dia ke meja study hanya untuk memporak perandakan kerja sekolah abangnya. hihihihi

SELAMAT BELAJAR SAYANG!
Comments: (0)
Saya dedicate post ini untuk my friend...kalau bahasa org yg habis sekolah...my x classmate. FUHHHH!!!!!
Opis saya dan dia amat dekat. Kami di Jalan Sungai Besi. Kalau saya free waktu lunch i give her a called "weh...aku free harini...jom makan bawah jambatan!"....ewah...gitu2 le ayatnya.

Seronok weh kalo jumpe kawan lama, mulut kitorg ni x boleh diam...asek becakapppp je x berenti. Kekadang 2-2 org nak becakap...atey!! sape plak nak dengonye kan... hari-hari jumpe pon still banyak lagi topik yg nak di bualkan. tapi memang sangat syiok kalau jumpe kawan sekelas dan sekampung ni kan???? mcm saya jumpa hubby saya hari-hari kat rumah...., kalau die lewat balik saya akan isi masa dengan berblogging, jadi idea kat kepala ni x le beku sangat. kang kalau idea saya yg baik2 di biarkan..mesti saya akan jadi pelupa dan pemalas amat....
Ok berbalik kepada kawan saya itu: Pegawai JABATAN ALAM SEKITAR tu!!!! Cik Puan Khairul Aliza. Baik weh die ni...anak dah le comei comei belaka. Semalam adalah hari pertama saya berjaya mencilok gelang tangan cantek dari dia......hahahahahah!!! "weh khairul...dah lama dah aku perati...baru semalam aku berjaya memperolehi...nanti ko mintak kat mak ko lagi ekkk!" Gelang tangan yang baikkkk punye, dah le baru je 1st time dia pakai... tapi tup tup saya cilok...haahahahahahahahahahahhaahahhihihihiihi
ni gambar gelang yang dah berpindah tangan itu

Tiap kali kitorg jumpe mesti ade banyak pojek. dari pojek bina jambatan silaturrahim sampai le projek jambatan gantung. best weh dapat kawan sekepala ... tapi yang pasti die takut naik kereta dengan saya sebab saya suka bawa ala-ala micheal Shumacher...eh betul ke ejaan tu?

Psst....."ija, nanti kalo ade gelang tangan yg cantek2 ko pakei waktu jumpe aku taw!!!!!"

thanks my frend!
Comments: (1)



Harini hari pertama afif bawa kerja sekolah balik rumah. Saya tengok di bukunya, ustazah dah tandakan warna merah pada mukasurat kerja yang harus di siapkannya. Jadi saya take note (ms 5-6); ia mengandungi huruf A dan B.

Setiap khamis di kawasan rumah saya ada pasar malam. Pagi tadi afif buat hal nangis bagai…dia nak saya replacekan ultramannya yang patah kaki dengan suatu yang baru. Jadi saya pun memujuk…’xpe, nanti ibu janji beli baru..’

Balik saja dari kerja, saya sampai dalam pukul 7ptg di rumah opah sedara anak, sbb saya singgah rumah dulu..ada kerja yg nak d kerjakan sblm ambil anak, bla bla bla bla…dan drag sampai pukul 7ptg. Saya ajaknya ke pasar mlm utk find out ultraman yg di janjikan. Saya x pernah buat janji kosong pada anak, sbb saya x nak anak x respect saya, saya takut dia cakap saya suka mungkir janji, dan saya x nak dia belajar dari janji kosong bila dia dah besar nanti..Walau sekecil zarah sekalipun cakap saya itu saya mesti turuti. Dan kalau dia buat hal yg agak panas….saya x kan cuba pujuk dengan memberi atau menjanjikan sesuatu…melainkan pagi tadi sebab, dia berkelakuan baik sepanjang 2 minggu di sekolah… jadi janji membeli mainan adalah suatu hadiah.

Selesai membeli, kami pun balik. Dalam perjalanan saya bagi tahu dia.

‘dengar baik-baik cakap ibu. Balik rumah ni, buat kerja sekolah yg ustazah bagi, baru main ultraman, o.k???’ saya ulang sebanyak 3-4 kali. Sbb kali pertama anak x berapa dengar, cakap kedua, anak mendengar dan x faham. Cakap ketiga, dia faham. Cakap ke empat..maksudnya memang ibu x cakap main-main, maknanya memang kena buat keje sekolah dulu sblm main. Penat x….tu sbb ngape para ibu kengkadang suka membebel…..situasi yg membuatkan ia begitu…betul takk???? Hehehehe

Sampai je rumah…anak si ibu yg memang faham itu pun membuat kerja sekolah… (modenye ala-ala: ultraman…ko tunggu situ yer…jap je lagi afif main…alah!!! bukannya susah sgt keje sekolah tupon…kacang je) ala-ala gitu le gayenye.

Saya ke dapur, ambilkan pensel yang sesuai…sbb pensel case saya tinggalkan di cabinet dapur…kan saya ibu yang mana dan aje…… letakkan barang-barang….huhuh

Saya tengok…huruf A, memang ade rupe dan dia memang pandai nak buat…tapi yang huruf B tu…adessssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TUNSUN.. MAKCIK TUNSUN…. Nasib baik le Allah x jadikan aku che egu tadika…kalo le aku che egu tadika…udah habih dah anak orang aku kojekan… sib baik aku roje site…..malang le semua supervisor.

Saya tarik nafas. Ajar anak kecil macam mana nak tulis huruf B. ianya sama seperti dlm gambo nih.

Nombor 1 : Tarik batang dari nombor satu kebawah.

Nombor 2 : Dari hujung batang atas, lukis separuh bulat ke tengah batang.

Nombor 3 : Letak pensel di separuh bulat dan buat separuh bulat ke hujung batang.

Saya ulang dan siap tolong pegang tangan ajar dia sampai lebih dari 10 kali. Dan apabila dia tulis, step menulis B tu begini pula jadinya.

Nombor 1 : Tarik batang dari nombor satu kebawah (OK..BETUL)

Nombor 2 : Dari hujung batang atas, buat satu bulat (tu apetu??)

Nombor 3 : Letakkan pensel di separuh bulat, dan buat lagi satu bulatan. (hah!!! Apetu???)

Nak tengok hasilnya????

Macam nombor 18

Hah!!!!!!!!!!!!! Macam nehhh!!! (mode HANGIN)

Bukankah saya cakap saya x pandai ajar budak-budak???? Ade sape-sape che egu sekolah tadika x kat sini yang boleh jawab soalan saya nihhh!!! Situasi ini menjadi masalah besar bagi saya…..ia amat menguji kesabaran kan mengajar budak kecik??????? Adesssss………………..

Comments: (1)
2hb januari 2010 saya demam, afif telah bertanya…

‘ibu nape..’sbb dia lihat ibunya kesejukan dan x larat berjalan, sakit seluruh badan. Dlm mempersiapkan diri ke klinik, dia x henti-henti, memegang tangan dan memimpin saya. Cuba bawakan purse saya, pegang tangan, duduk di sebelah sambil tanya…ibu nak afif picit kepala ke.. dan saya angguk. Tapi baru 5 kali picit dia bg tau ‘ ibu, tangan afif ni sakit le bu…’ saya kata..ok le..afif duduk je sebelah ibu, x yah picit…caring kan? Saya lihat anak saya sudah boleh menjadi orang besar…..dan esok dia akan bersekolah. Allah mengurniakan saya nikmat berkeluarga, dan saya himpunkan segala isi kandungan kecintaan saya di dalamnya, dan ia menerbitkan rasa amat bahagia di hati saya. Saya bahagia dengan semua ini.


Afif di sekolah

Saya dan suami telah berpakat hendak menghantarnya ke sekolah lantaran kalau dia duduk di rumah pengasuh dia langsung tiada apa-apa perkara BAIK YANG DI LAKUKAN MELAINKAN MENONTON tv. Kesemua rancangan TV tu dia dah tahu jadual. Wonderpet pukul berapa, jimmy neutron pukul berapa, tah ape2 lagi le. Lantaran daripada perkara tersebut….tanggal 4hb 1 2010, kami menghantarnya ke PASTI yang berhampiran rumah. Mula2 saya rasa dia akan O.K. sebab dia budak yang mudah bergaul…tapikan………

Apa yang berlaku?

Dia x nak duduk atas lantai sama rakan2 lain semasa essembly 1st day…..saya susah hati.

Suruh angkat tangan pon xnak…soh jawab soalan pon tanak….’die takut!!’

Tiba-tiba ada ramai org, ramai ustazah, ishhhh banyak la lagi.

Dah la saya agak segan kerana anak saya x bawa beg sekolah sebagaimana orang lain…dia bawa beg plastic beli barang dari kedai surveniour aquaria semalam. Termalu saya…itulah akibatnya kerana tidak mengechek apa yang anak bawa kesekolah kan???????

Tapi…bila dah masanya msuk kelas masing-masing iaitu budak umur 4 tahun masuk kelas 4 tahun, umur 5tahun masuk kelas 5 tahun dan seterusnya. Dia memula jadi mcm anak ketam bila saya bawanya masuk kelas….alah!!!! jalan ala-ala anak ketam yg sengat2 sebelah badan melekat kat badan ibunya itu!!! tapi bernasib baik sbb….jeng jeng jeng….

Ada sorg budak kecik boy yang comel sebaya die juga berada di kelas itu!!! FUHHH lega makcik….!

Ibu: ni ha kawan afif…ha…nama sape? ‘ saya tanya

Haziq : Haziq. Jawabnya selamba. Dia budak yang O.K sbb maybe dia anak bungsu dan maknya telah membiasakan dirinya dlm persekitaran tersebut. Baginya berpisah dan environment baru adalah seronok……

Ibu: ‘Haziq meh sini gambar ngan Afif….’

Hmmm Haziq telah memakai uniform kerana saya rasa ibunya mempunyai connection dengan sekolah tersebut…dan tenaga pengajar di situ pon kenal si Haziq nih… kalo mcm tu sonang la keje den! Boleh le tinggaikan dia sorg2…..saya pon la lalalala…balik rumah dan tunggu pukul 245ptg utk mengambilnya semula…..

Mlmnya saya dan en daddy sembang tanya afif.

Daddy: seronok x sekolah afif

Afif : seronoklah….

Daddy: Afif makan apa tadi?

Afif: makan makanan yang ibu cakap x elok tu (junk food)

Saya x ajarnya makan makanan mcm tu…kalau saya dapat tahu….abis la peluang anak2…ia terlalu banyak MSG,x elok perkembangan minda anak. Even saya pon x suke makan. Tapi saya rasa x mungkin itu makanan yg d beri oleh pihak sekolah…ianya cuma iras2 junk food je kott! Ok sambung dialog kami.

Daddy: afif makan ke makanan x elok tu?

Sebelum dia jawab, dia lihat saya…dia tengok mood saya ok dan dia jawab

Afif: makan, tapi afif rasa je!! Ustazah bagi…

Ibu: afif rasa je ke afif makan? Kalau rasa…maknanya makan sikit2 je…tapi kalau makan, maksudnya makan banyak2. sekarang ni afif makan banyak ke makan sikit?

Afif: makan banyak sikit la….(waktu ni muke x pandang saya, punggungnya tonggang tonggek kat kusyen…dia takut jawab soalan saya)

Ibu: maksudnya afif makan banyak la…bukan rasa je la kan????

Afif: (diam)


Hari kedua sekolah

Saya hantarnya juga. saya buat ni semua kerana saya seronok dan bahagia apabila menghantarnya. ‘Anak suka ibu percaya…..’, ataupon untuk memberikannya semangat untuk belajar.

Semalam, pulang saja dari sekolah selepas menghantarnya mendaftar diri, saya meluangkan masa untuk membeli botol air. (botol air ayam). Saya nak dia tahu bahawa minum air itu baik untuk otak…saya x belikannya beg baru atau pensel case baru atau whatever yang baru2 untuk kesekolah..kerana……seminggu sblm dia ke sekolah saya pernah cakap sesuatu dengannya berbunyi:

Ibu: ‘nanti kita beli beg afif taw…sbb minggu depan afif dah start sekolah.. ‘ suatu hari yang indah semasa saya cuba memberitahunya bahawa dia akan start belajar secara formal.

Afif: ‘ehhhh…afif dah ada beg spiderman dah….!’ Jawab dia lantang.

HA itu la sebab kenapa saya x belikannya barang2 baru…sampai botol air pon saya terlupa belikan….dan anak saya bawa beg plastic ke sekolah pon saya x perasannnn!!!! X pe jangan ajar die memboros kan? Selamat dah duit saya kan?

Eh, apa yang berlaku pada hari kedua? Dia seronok ke sekolah..kerana telah memakai uniform macam kawannya Haziq.

Even semasa saya menggosokkan bajunya pon dia dah tersenyum2…’EEiiii afif suke la bu!!’

Sampai je kelas…terus buka beg sekolah dan kuarkan botol air ayam tu…tunjuk kengkawan…

Haziq: ‘dah ada beg dah?’

Afif: ‘ afif ada botol air ayam….’ Sambil buka dan tunjuk.

Saya tinggalkan mereka dengan dialog masing2.


Hari ketiga

Tiada apa yang berlaku….ianya seperti biasa. Sbb harini Daddy yang hantarnya. Daddy hantar lewat, sbb motor daddy x boleh start. Manakala kereta x boleh kuar sbb stuck, ada lori parking. MMMmmm pehtu Daddy telah di beri muka baikkkk punya dari pihak sekolah..hihihihi

Comments: (0)
03/01/2010

Hari jadi abang! Hepi besday tu you…hepi best dey tu you… Allah selamat kan kamu, Allah selamatkan kamu….’ditujukan untuk En Daddy’

Hari ini adalah hari ketiga cuti. Start 1hb pada jumaat, disambung 2hb pada sabtu dan hari ini 3 hb pada ahad. Pada hari jumaat En Daddy telah jatuh demam, ia disambung pula pada hari sabtu saya pula telah demam, dan ahad alhamdulillah kami dan anak-anak telah sihat sepenuhnya. Saya Cuma sakit tekak, kerana kalenjar saya bengkang. Manakala En Daddy selsema. Pagi hari kami telah membuat rumah kami sebegini

Sebenarnya projek ni dari hari pertama cuti. Tetapi ia telah postponed kerana kami jatuh sakit pula. Jadi pagi-pagi sebelum anak-anak bangun, kami telah membuat ini.

Petang pukul 4ptg…baru kami berpeluang untuk berjalan sekitar KL. Tempat yg dipilih ialah…AQUARIA…. Dah 2 tahun saya rasa ingin kesini.Walaupun selama 2 tahun itu saya bekerja di site glomac tower @ Jalan P.Ramlee yang sangat hampir (jalan kaki je) dengan aquaria tapi x pernah plak berkesempatan ke sini. Tapi baru hari ini berkesempatan.

Wah…ikannya besar2 belaka, duit nak masuk pon besar. RM72 hengget untuk kami sefamily. Di awal pintu masuk mereka menunjukkan pelbagai jenis reptilia, tetapi dah masuk dalam, ada bbbbanyakkkk ikan. Tiba dalam terowong lagi banyak ikan…besarnya jerung!!!!!!!!!! Besar pari!!! Besarnya kerapu!! Besarnya bawal dan kawan-kawan!!!! Masak golai pon sodap!! Tapi semasa di dalam terowong, afif terjerit2. dia takut amat!

Tengok gambar orang yang tengah nangis dalam stroller itu,

adiknya relax… jer! Sebab dia ingat ikan jerung, kerapu, pari yang dekat dengan kami tu akan gigit saya, daddy, dan adiknya, jadi dia jerit. ‘Ibu…jaga adik!!!!’ Ibu…jalan dekat sini!!!” Daddy….pegi ikut ibu tuh!! Iishhhh macam2 le…bingit dan kelakar plak rasanya….

Dan…ia ‘percutian yang hebat’!! mengapa saya kata hebat? Kerana….hari ini orang x ramai, mereka semua x keluar KL, sebab masing-masing sibuk dengan persiapan menghantar anak-anak kesekolah esok! Tengok gambar2 di bawah..x ramai orang kan? Kami boleh bergambar sesuka hati, boleh bising2 sesuka hati, boleh minta tolong awek pintu masuk ambilkan gambar….mmmmmm konklusinya ia adalah percutian hebat di Kuala Lumpur kan? Semasa di kedai surveniour, saya belikan anak pelekat peti sejuk dan pensel case untuk afif, kerana yang lain mahal amat! Saya beritahu…afif kene beli pensel case sebab esok afif start pegi sekolah tau!!

Balik dari aquaria pukul 6ptg, kami rushing balik sbb, kami x solat lagi. Kami solat di petronas tepi jalan, dan meneruskan ketempat yang saya suka. Saya suka kedai itu…kan abang kan? Nanti saya cari kedai yang ala-ala lebih kurang kedai tu.ekekek. balik rumah, solat makan dan En Daddy pergi kerja pula. Bukankah saya sudah cakap yang En Daddy saya seorg yang sangat sibuk dengan tugasnya menjaga keharmonian masyarakat.Selepas menghantar Daddy di muka pintu, saya masuk dalam rumah dan terkujat amat… anak saya sudah pandai melukis gambar ikan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! menjerit sekuat hati saya dengan bakat yang di tunjukkan oleh afif. Walaupun semasa di aquaria tadi dia terjerit2 bagai sebab takut saya, daddy, dan adiknya di makan oleh sang jerung, tapi dia boleh ingat rupa jerung itu.!! Ini gambar pertama afif lukis yang ada bentuk selain dari bentuk bulat2 ‘biasa’. Jadi ibu masukkan di dalam blog ibu ni.

Comments: (0)

0 tahun
0 tahun
5 tahun berikutnya

Pada 24hb December 2009, usia perkahwinan kami mencapai 5 tahun. Ramai yg mengatakan, kebiasaannya bila dah 5 tahun mula lah macam2 perangai keluar…ia ke? Ia ke mcm tu? Boleh terima ke? Pada saya totally different. Saya x percaya semua itu. Mengapa??? Tadi dalam perjalanan saya ke HQ) di jalan sungai besi, saya telah mendengar satu rancangan dari radio IKIM.fm. menerangkan bagaimana menjalinkan hubungan yang sentiasa berseri di antara suami dan juga isteri. Bagaimana untuk kedua-dua pasangan sentiasa rasa dirinya diperlukan di hargai dan menghargai. Bagaimana keluarga yang dikatakan sentiasa mencintai dan di cintai…..MMMM panjang. Dan bab ini saya ingin menghuraikan dengan panjang lebarnya. Panjang dan tiada sebarang alasan lain melainkan saya sangat menyayangi, mencintai dan menghormati suami saya selepas Allah dan Nabi Muhammad.

Saya dan suami saling mengenali semenjak kami di tingkatan 4. saya berpindah ke sekolahnya iaitu sekolah menengah dato’ seri maharaja lela kerana sekolah saya tidak menawarkan sains tulen. Saya tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana sekolah asrama penuh atau teknik kerana saya telah terlambat mengisi kesemua borang tersebut. Kami dari keluarga yang daif, jadi kebanyakannya kami tidak mengetahui bagaimana cara untuk melepaskan diri saya ke sekolah baik itu. Atau, inilah jalan yang telah Allah buka kepada kami untuk berjumpa. Apa yang saya tahu pada waktu itu, dia ialah Mohamad Niza Fakarudin, my classmate. Itu je, selalunya saya datang ke kelas, belajar dan jalan balik asrama. Rutin berlaku seperti biasa. Saya memang x ambek port pun pasal dia datang sekolah ke, dia tidur kat kelas ke, die mengorat anak org ke, die main hoki pemain sekolah terhandal ke, ape ke…bla bla bla ke…semua x ambil tahu. Mmmmmm conclusionnya, saya cuma tahu dia adalah rakan sekelas apabila di dalam gambar kelas wujudnya dia. Bagus x??? huhuhu…

Hubungan kami terputus begitu sahaja. Kami tidak mengontek ke hape ke sampailah saya dalam tahun pertama melanjutkan pelajaran dalam degree. Itupon dalam keadaan yang amat terkejut kerana saya sangka org yang tiba2 berhenti di tepi jalan di Teluk Intan adalah seorg India yang cuba meragut beg tangan atau seorg peragut. Fuhhh, lega bila pasti itu adalah kawan sekelas. Bermula dari situ, dia cuba mengontek, tapi nombor rumah kampong sahaja, kerana saya tidak memakai hp. Pendek kata apabila saya bercuti dia akan menelefon saya sekali, dan saya cuma menganggapnya kawan yang saja ambek peduli pasal saya, apakah saya bengap beno??? X paham2 ke hapeke entah le. Selepas menghabiskan ijazah, saya telah menjadi seorg penganggur yang berjaya. Yeahhh!! Pada waktu itulah baru saya terfikir nak mempergunakan kawan-kawan saya yang telah bekerja untuk mendapatkan kerja bagi saya, dan dia salah seorg dari kawan saya itu. Pada masa itu dia telah memasuki pusat latihan polis iaitu PULAPOL. Saya minta sapa2 yang ada contact dengan tempat lama hendaklah memberi info dan saya akan menghantar resume, dia salah seorg dari kawan saya itu. Saya sebenarnya tidak pernah memberi nombor hp saya kepada org lain kerana saya tidak suka d ganggu, atau dengan kata lain, ape ye….mmmm saya sudah ada boipren. Ha…hahhahaa. Tapi padai. Dan waktu itu saya terpaksa memberikan nombor saya juga kerana, untuk kepentingan saya sendiri. Tetapi rupa2nya saya bukannya dapat kerja yang saya minta, sebaliknya saya ‘bertemu’ dengan bakal suami saya.

Dari awal perkenalan dengan mana-mana lelaki saya amat berhati-hati. Saya cuba untuk tidak menyakiti hati mereka dan amat berharap bahawa itulah yang pertama dan dia jugalah buat selamanya. Keperitan itu berlaku juga apabila saya harus memilih lagi. dia atau dia. Dan paling layak saya bertanya adalah siDia yang maha Esa. Istakharah dilakukan sebanyak mungkin dan cuma berserah kepadaNya, semoga jalan hidup saya akan bergerak sempurna. Perit apabila memilih. Perit membuat keputusan. Serba salah amat, kejam…tapi hidup mesti di teruskan. Jalan hidup ini Allah yang tentukan, jadi harus pandang kehadapan. Saya melakukannya dengan jaya.

Saya telah memberitahu bahawa pilihan saya adalah Muhamad Niza Fakarudin. Seminggu selepas saya memberitahu, En. Daddy terus menghantar rombongan merisik, 5 bulan (1/5/2004) selepas itu kami bertunang dan 7 bulan selepas itu kami berkahwin (24/12/2004). Sepanjang perhubungan sebelum kami berkahwin, kami hanya berjumpa 2-3 kali sahaja. Kerana dia telah dihantar bekerja di Sarawak selepas sahaja saya dirisik. Kami tiada masa untuk bercinta seperti pasangan lain, dan ia sangat bagus. Maksudnya kami tidak di beri peluang untuk berdosa. Saya berserah sepenuhnya kepada Allah, bahawa dia adalah pasangan saya sehingga akhirnya. Betul pilihan yang Allah beri untuk saya. Dialah yang terbaik. Dan dari saat pertama saya mengenalinya, dia sangat berlembut dengan saya, memahami apa yang saya mahukan dan keluarga kami mahukan. Dia suami saya, saya sangat menyayanginya. Kami membina keluarga adalah atas dasar yang telah ditetapkan iaitu NO pegang-pegang, NO jumpa selalu, NO macam-macam lagi. Kepada kawan-kawan yang saya sayangi, saya nasihatkan, binalah keluarga anda atas dasar restu Ilahi, kerana perkahwinan kita akan di jagaNya, jagalah solat kalian, banyakkan mengaji Al Quran, carilah ilmu kekeluargaan, kerana hidup bekeluarga amat payah, syaitan ada di mana-mana, sentiasa mencari peluang. Dan kalau boleh spendkan masa anda untuk membaca buku ‘aku terima nikahnya- dari hasrizal’ ia buku yang terbaik pernah saya jumpa.

(saya telah menerima beberapa panggilan dari rakan-rakan, buku yang mana satu? ini dia bukunya saya update.sila klik di sumber untuk membeli pada tuannya sendiri melalui online. saya pengikut setianya ya!)

tulisan ustaz Hasrizal yang sangat baik (sumber)

Dan hari ini apabila telah genap 5 tahun perkahwinan, dia tetap ‘sama’. Malah lebih baik dari hari pertama saya mengenali serta tahun pertama kami bergelar suami isteri. 5 tahun berkahwin membuat ikatan kemesraan semakin erat. Kalau mana-mana pasangan mesti akan berkata. ‘5 tahun perkawinan mesti ada sesuatu berlaku’ tetapi tidak bagi kami. Tiada yang berlaku dan ia semakin utuh. Kami membina keluarga dengan menginginkan restu Allah. Sepanjang perkahwinan ini, Encik daddy telah berhenti merokok. Ada banyak sebab mengapa kita jangan merokok. Effect kepada org sekeliling yang anda harus bayar di akhirat nanti. Sudah berapa banyak org yang anda hembuskan asap sepanjang merokok. Pernah x anda terfiikir ada diantara mereka suffer dengan perbuatan anda. Contohnya ‘saya’. Saya pesakit asma. Soal suffer…oh…sangat tak tahan. Memang suffer. Itu baru satu…yang lain-lain bagaimana pula? Contohnya effect kepada diri sendiri anak-anak, pembaziran. Fikirkan.

Saya mendoakan kami bahagia selamanya bersama untuk hari ini, esok, lusa dan selamanya hingga akhirnya. Saya sayang abang selepas Allah, Muhammad. Saya amat sayang abang kerana Allah dan tiada kata yang boleh meluahkanya.

Comments: (0)
Bila saya ingin menutupi titik titik terakhir setiap akhir tahun, saya akan mengkaji, melihat, menilai, apa pencapaian terBAIK yang telah saya lakukan sepanjang tahun? Apa contribution yang terbaik yang pernah saya lakukan sepanjang hidup saya yang amat pendek ini? Mmmmm banyak persoalan. Kengkadang termenung memikio kan sampai terlelap, terkadang pula sampai terlupa si anak…huhuhu.

Dan, saya melihat setiap detik kejadian di dalam kamera kecil saya itu. Wahhhh…. Banyaknya kejadian yang saya tak sempat nak tulis dalam blog yer…. Sudah malas kah saya untuk berblogging? Ngape mcm gini? Ini x buleh jadi..nanti bila anak2 saya besar, anak2 akan bertanya…ibu, dulu masa afif umur 3 tahun, afif buat apa masa tu? Apa yang afif suka? Afif makan apa? Kita kemana? Sapa tu? Sapa ni? afrina pula akan tanya; macam mana lampin kain afrina ni glamour? Macamana ibu boleh terfikir nak jual lampin? Dulu afrina kecil2 afrina suka makan apa? Buat apa? Perangai afrina dulu macammana HAHAHHA…banyak kan? En daddy kesayangan saya pon selalu cakap…’ibu cerita la banyak stori yang ibu simpan dalam kamera ibu tu, nanti diorg dah beso2 nanti tengok…banyaknye pengalaman ibu semasa jaga diorg kecil2. cerita la sejarah contengan adik dan abang tu, adik berenti hisap jari, abang yang terlalu pandai bercakap, abang yang boleh di harap untuk menjaga adik, abang yang sibuk main ps2, pengalaman kerja econpile, ceritera kelakar mr bos yang banyak…kawan kawan..perniagaan kita mcmana bermula, pasar malam, geng niaga, tragedi pahit kita sekeluarga, tahun ni banyak kejadian tau ayang? nanti dah agak dewasa boleh baca..best tau YANG’ (daddy beri galakan).

Dan dengan semangat yang waja, saya pada hari ini bangun seawal 430 pagi untuk menulis semua kejadian. Sementelahan en.daddy sibuk dengan tugasannya menjaga keamanan negara di luar sana, saya di rumah bangun untuk menulis diary keluarga. (padahal saya takut tidur).Dan saya akan detailkan setiap satu perkara yang berlaku. Saya bukannya x nak tulis, saya cuma tunggu waktu sesuai. Ekekek… tak lah, sebenarnya kalian, saya takut untuk berada di hall atau mana-mana bahagian rumah saya ni..saya masih trauma dan takutkan lembaga jahat itu. Jadi saya berhibernasi di dalam bilik tidur secukupnya. Kalau en daddy ada dirumah baru saya agak berani untuk bangun dan jalan kesana ke mari. Sampai mcm tu sekali??? Ha….memang saya TAKUT.(full stop). Kalau setakat jin dan syaitan saya x kisah…baca je ayat2 yang Allah turunkan itu…tapi kalau manusia???? Ishhhhh….cukup2 jangan fikir…nanti x sempat saya nak cerita diari tahun ni.

Awal Tahun (Tahun Baru Cina) 2009

Kami sekeluarga telah menspendkan masa bersama-sama ke sungkai hot spring. Mula-mula saya mengajak en.daddy ke suatu tempat makan angin sambil bercuti dengan aman damai. Tapi nampaknya en daddy x setuju. Dia kata ‘lebih baik pegi dari rumah, makan-makan dan lepas tu balik’ mmmm…saya ajak sebab kami sekeluarga x pernah bercuti bersama. Alahhhh ala-ala bercuti dengan senang lenangnya hati. Sebab jadual kami sangat padat, sampai saya rasa semakin kurangnya masa bersama anak-anak. Bila tiba hujung minggu biasanya kami akan drive kereta dengan laju untuk balik kampung (sambil berniaga), dan apabila time x balik kampong, kami akan tidur dan berhibenasi d rumah. Oooooh sungguh x seronok jadual kami itu. Tapi proposal saya nampaknya telah d tolak. Mmmm x pelah. Lain kali cuba lagi. Saya akan cuba persuade en daddy lagi. Dia sememangnya dari semenjak kahwin x berminat aktiviti bercuti, saya x faham. Tapi xpe…bagi dia masa.

Mmm ni antara gambar-gambar di sungkai (gambar tengah sibuk mandi, oh! gambar gigi afrina pun ada????). Time ni org lain semua tengah sengkek x berduit…huhuhuh, tetapi poket saya penuh sebab econpile bagi bonus dan duit angpau. Mmmm jadi saya contribute pada semua untuk percutian sehari kami ini. Anak-anak mandi manda dengan seronoknya. Suka saya melihat si abang bermain air sehingga matanya merah.

3hari sebelum ni kami baru lepas terkena jangkitan cirit birit. Entah kenapa tiba-tiba si adik muntah-muntah dan cirit birit air selama 2 hari. Kemudian keadaan itu telah terkena kepada si abangnya pula, dan akhirnya aku pon terkena jangkitan. Aku x penah terpikir akan terkena cirit birit yang sebegini hebat.

Gambar adik tengah sakit cirit birit sian benar rupanya.

Mula-mula kena aku rasa cirit birit biasa, tapi……cukup 2 jam lepas ke tandas yang pertama……ia semakin mengganas. Keadaan aku masa tu sangat worse, 3-5 helai baju bertukar2. x sempat masuk toilet tiba-tiba keluar. Sambil aku baring2, secara x sedar ia keluar sendiri. Sakit perut yang sangat x dapat x d ceritakan, badan terasa amat lemah. 2 anak yang terkena jangkitan langsung aku x ambik tahu. Sehari lebih kami d rumah tanpa berbuat apa-apa melainkan ke toilet. Aku ke toilet pada hari itu labih kurang 30 kali. Setiap 2-5 minit aku akan berlari ke toilet. Sampaikan en daddy terkena tempias, kalau dia tengok aku berlari mcm di kejo hantu ke belakang tu maksudnya….aku dah masa le tu…Fuhhhh! Ini rekod sakit yang aku x pernah buat sepanjang hidup. Si afif pon sama. Siannnn sangat pada dia. Tapi waktu ni dia masih berpampers, jadi bile dia dah terberak banyak kali baru kami menyalin pampersnya. Xde lah memberi masalah…Cuma mukanye penyek macam muka aku. Dah la sakit perut, nak makan kang kuar balik…adeh…sian…si adik dah sihat time aku dan afif sedang sakit. Dan amat bernasib baik en daddy x terkena sakit itu. Sangat bernasib baik apabila dia sepenuh masa menjaga kami bertiga yang sakit.. aku rasa, aku telah menggajikan seorang nurse lelaki yang hensem….alangkah bahagianya..huhu

Saya? Aku??? Ahhh biokan le.

Kejadian Yang menyayat hati 2009

Rumah kami di masuki perompak. Sedih, trauma semuanya ada di sini. Banyak yang kami pelajari. Dan kedua-dua report ini (saya akan upload kemudian) aku scan sebagai bukti betapa pedihnya perkara pahit yang berlaku kepada keluarga kami. Dugaan yang datangnya dari Allah. Dia tidak akan memberi dugaan kepada hamba yang dia tidak mampu boleh menanggungnya,sesuai dengan ketetapan Allah. Maha besar Allah. Kejadian ini telah membuka peluang perniagaan yang lebih hebat kepada kami.

Mungkin di sebabkan kejadian ini pintu rezeki kami telah dibukakan olehNya. Kami telah ‘berjumpa’ peluang meniaga lampin kain. Direct from China. Dan kami akan berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya. Walau sesusah mana sekalipun kami tetap akan berusaha.

Saya telah membuka 3 blog untuk saya berblogging sesuka hati saya disini. Satu blog butik afrina (menjual lampin kain, beg, brooch, tudung dan Islamic product dalam bahasa melayu), cloth diaper (lampin kain blog dalam bahasa inggeris), dan satu lagi one stop method statement yang menyediakan pelbagai jenis method statement for construction, dan sedang berjinak-jinak dengan ebay. Kalian…doakan kami berjaya…kerana kami x putus2 berusaha.

Kami telah berniaga di 2-3 tempat di pasar malam area kg dato’ harun ni demi kerana ingin memperkenalkan kepada umum tentang baiknya penggunaan lampin kain berbanding lampin pakai buang yang membazir. Kami ingin membuka mata mereka…marilah semua bersama menjaga alam sekitar demi anak-anak2 yg di sayangi. Lampin pakai buang itu boleh menghancurkan bumi…kerana ianya hanya akan terurai selama 500 tahun…kalian…sila buka mata….macam tu la. Dan sangat berbaloi kerana ia dapat di pakai untuk baby kita itu dan adik2nya boleh kongsi sekali. Begitu lah agenda perniagaan kami.

Berbalik kepada tragedy pahit yang amat menyayat hati itu. Rumah kami telah di masuki pencuri pada bulan julai 2009, dan tak sempat kami bangun dari kejatuhan…sedang berkira-kira untuk bangun, sekali lagi kami berdua telah dikejutkan dengan lagi satu kejadian kecurian yang berlaku pada 1 oktober 2009. selang masa diantara dua kejadian tersebut ialah sebanyak 2 bulan lebih je.

Pada hari kejadian ke2 iaitu hari Jumaat, kami berdua (saya dan suami) pulang kerumah bersama. Memang kebiasaannya saya tidak membawa kereta ke tempat kerja. Mengapa??? Saya punya opis di tepi KLCC, parking rate area situ ialah RM5 ke atas, dan RM5 hanya boleh didapati pada awal pagi, kalu lambat…maksudnya melepas. Cuba bayangkan kos membawa kereta sebulan (RM5 + tol pegi balik (RM5.50) = RM10.50 x 20 hari) = RM210. itu belum campur duit minyak. Duit minyak dalam RM200 lebih. Abis tu macamana nak kaya kalau saya bawa kereta kan? Jadinya saya akan tumpang hubby ke tempat kerja dan balik rumah sendiri naik lrt dan d sambung dengan komuter. Pegi keje En Daddy anto, balik keje sendiri RM3.60…mmmm duit minyak xde, duit parking xde…jimat dan masa yang di ambil adalah lebih kurang dengan jammed membawa kereta jugak. Cumanya saya terpaksa mengecilkan diri didalam tube ‘tong sardin’ ciptaan Malaysia (lrt putra la…). Kereta saya parking di depan rumah pengasuh, rumah pengasuh dekat je ngan stesen komuter dato’ harun. Kalau org2 opis tempat keje saya tanya saya parkir kereta d mana saya akan jawab, ‘I park my car @ baby sitter’s house’ – diorg akan blur. Manakala saya buat bodoh2 x faham apa yg mereka blurkan.

Eh?? Cerita saya meleret kah??? Belum abis lagi cerita kecurian tu. Balik sahaja ke rumah, En.Daddy membuka pintu manakala saya masuk parking kereta matikan enjin dan dukung anak2 masuk dalam rumah. Selangkah sahaja saya nak masukkan anak2 dalam rumah, En daddy jerit ,’JANGAN!’ saya blur….ape pasal tetiba laki aku garang semacam? Saya tanya…nape bang? Dia x jawab sambil tunjuk bumbung kami telah terbuka. ‘pencuri masuk melalui bumbung dan melarikan diri melalui pintu dapur!!!!!!!!! Sedih, amat sedih. Terlalu banyak barang yang hilang. Duit modal untuk bangun dari 'kejatuhan' bisness kami telah berjaya dicuri. Kami baru sahaja mengeluarkannya beberapa hari dan dan dan dan……….. ia telah diambil.. YA allah…pada masa itu hanya Dia sahaja yang tahu pedihh sangat bagai di tusuk2 kejadian tu berlaku kembali. Sangat sedih dan pedih.

Sebelum kejadian saya telah memberitahu En daddy supaya memasukkan kembali wang yang banyak itu, tetapi….apakan daya. Allah yang menentukan perjalanan hidup kami, kami cuma merancang. Allah juga yang pasti mengetahui mengapa di memberi kami dugaan sebegini. Jadi kami pasrah…tetapi kami tetap akan bangun dan masih mecuba nasib kami. Setiap kejadian mempunyai hikmah sebaliknya kan? Jadi jangan risau. Allah sentiasa ada di samping kita. Kami sedang bangun Ya Allah.

Anak-anak 2009

Sepanjang tahun 2009 ini, saya banyak amat cerita mereka, tapi…alah…dah terlupa kebanyakannya. Bila saya scroll gambar-gambar, wahhhhhhh banyak bangat cerita mereka yang saya tinggalkan.

Semenjak pindah kerumah ini pada…x ingat apa tarikh.bulan January..tapi x ingat tarikh. Anak-anak amat sukakannya. Lihat! Ibunya x berhajat menanam bunga…tetapi nasib baik ada juga bunga tumbuh meliar di simen itu! Afrina dan Afif tengah berekperimentasi dengan bunga tersebut! Jakunkah anak-anakku?

(AFRINA dan bunga)

Tahun ini cukup umur Afrina cukup 1 tahun pada 18th Feb. manakala afif pula genap 3 tahun pada 22nd March

Di antara gambar birthday afif ialah......

Dia menghisap jari dan mempunyai selimut musyuk. Selimut musyuk gambar Kemana saja dengan jari dan selimutnya itu. tapi semenjak 2 minggu lalu kami cuba memberhentikan habitnya menghisap jari…kerana ia akan membuatkan giginya ke depan dengan kata yang lebih dasyat ‘jongang’. Nanti Afrina x boleh jadi kiut. Huhuhu. Pengasuh telah menggesel sejenis daun yang pahit amat ke tangannya, dan semenjak dari itu dia tidak pernah lagi ingin memasukkan jari kemulut. Tapi pada hari pertama dia x nak jari….sehingga ke pukul 3 pagi jugalah kami menidurkannya. Dia x selesa dan x tahu bagaimana dia nak tidur, beralih kesana salah, beralih kesini salah…dan akhirnya menangis sekuat hati.

Ini adalah di antara kenangan gambar afrina semasa menghisap jari dan selimut musyuknye


Sampai lah saya menggantungkannya buaian…tapi tetap x mahu tidur. En. Daddy yang balik kerja lewat pon x boleh tidur kerana bertukar shift dengan saya yang menjaganya. Lama ke lamaan saya dodoikannya dengan lagu baru ciptaan saya sebagai ibu yang memang rasa macam nak nangis, tersentuh dengan kesusahan dirinya (Kuatkan hatinya Ya ALLAH, tabahkan hatinya Ya ALLAH, permudahkan dia ya ALLAH, cerdikkanlah ia ya Allah, solehah kan ia ya ALLAH, baikkan dirinya ya ALLAH, cukupkan baginya ya ALLAH, sempurnakan imannya ya ALLAH, tabahkan hati YA ALLAH) berulang kali saya nyanyikan untuknya. Berselang seli dengan bacaan surah al insyira’ akhirnya dia tidur. Dia memang tabah. Amat tabah. Bukan senang nak berenti weiii!!! Esok dan lusa saya tetap nyanyikan lagu itu untuk dia. Dan abangnya berkata kepada saya ‘ ibu, afif suka la lagu yang ibu nyanyi ni.’ Hah! Ada bakat saya rupanyanye? Hahah

Dari pemerhatian kasar, afrina cepat belajar, kerana dia mempunyai idola (abangnya). Apa yang abang buat, dia sama akan buat. Abang main transformer dan kereta lumba, dia pon sama. Bila saya belikannya doll, dia x berminat langsung!! Jadi akhirnya doll itu terperok di merata. Tapi saya cuba berada di tengah antara kedua mereka, jadi saya beli permainan masak-masak. Nampaknya menjadi. Tapi yang lebih menjadi apabila mereka masak di sinki saya. Habis semua kain baju basah sebab main air. Adeh!

Mereka berdua banyak projek. Projek secara sulit mahupun projek terang-terangan. X boleh di biarkan diam-diam senyap sunyi sepi beruda-duaan, kerana ia mengundang bahaya kepada saya contohnya membuang bedak sehingga habis seluruh bilik dan bertukar jadi musim salji. Banyak kerja kan? Menenyeh tanah liat ke atas permukaan tikar karpet buluh (yang bawah buluh tu ade karpet), sampai saya rasa macam nak buang tikar tu, sbb dah bertukar pelbagai warna, merah, oren, kuning.. bukannya senang nak removed tanah liat tuh! Memang banyak projek. Manakala projek secara sulit mereka pula ialah…projek yang saya x sedar langsung. Contohnya conteng kaki ibunya ketika ibu sedang tidur mati. Kesan contengan yang di buat mereka pada mlm hari. Saya cuma tersedar apabila esok pagi saya sedang bersiap ingin memakai stokin masuk site. Saya lihat… HUALAMAK!!! Kaki saya di conteng anak2 malam tadi la….!!!!! Saya tidur mati sampai x sedar apa barang pon. Keletihan amat. Manakala anak2 yang saya suruh mereka masuk tidur rupa2 x tidur, mereka membuat projek senyap. Saya terus ambil gambar dan mms En Daddy, saya kata…’ini dia kesan org yg tidur mati semalam’

Afrina juga adalah model CD saya. CD AFRINA. Jadi modelnya haruslah bernama AFRINA kan? Ibu harap perniagaan ibu dan Daddy dalam menjual CD AFRINA ni berjaya.

AFIF pula sangat dapat di harap. Dia boleh take care adiknya, ibunya dan daddynya. Kalau adiknya menangis terjatuh atau terperangkap di dalam wardrobe (sbb mereka suka main wardrobe mcm naik bas kesekolah) dia akan berhenti dari bermain dan akan pujuk adiknya. ‘nape…adik nape…ni abang ade ni…takut yer….xpe xpe…ni abang ade’ sambil tangan topok2 si adik. Adiknya pon apelagi…ngengada manja le…. Pada kejadian tersebut saya ada di situ sedang solat, manakala afif tengah main kereta lumba, dan adiknya masuk dlm wardrobe dan x tau mcmana nak keluar.