Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Comments: (0)
Lamanya tak update blog.....RINDU

Rasanya hampir 3 bulan ade kot..lepas tu macam-macam bersarang dalam otak yang saya simpan tapi sepatutnya sehari lepas kejadian di tuliskan disini...tetapi tidak di buat. Kenapa ia berlaku???
1. tak de mood - tak de mood akan menyebabkan penyakit M.A.L.A.S... malas akan sebabkan semua kerja tertangguh....MALAS jugak akan membuatkan saraf dalam badan LEMBAB... Malas jugak akan sebabkan semua kerja tak menjadi...semua semua semua semua lah.....mmmmmmmmmm itu penyakit saya.
2. ENvironment - huhuhu...kol 8 kuar g kerja, balik umah kol 6ptg baru sampai, pas tu semenjak saya menceburkan diri dalam dunia cake ni...semua passion saya di habiskan ke kek...sampai je rumah..kengkadang terus buat bancuhan kek untuk order yang seterusnya. Saya akan ambil anak pada pukul 7-730ptg...anak pun saya ambik lewattttt???? Ya Allah...kesian anak-anak. Pukul 8-9mlm adalah jadual biasa, mandi..bla bla bla bla bla............. dan akan masak kek...sambil2 masak kek..saya masak utk mkn mlm...kengkadang saya kemas rumah..kengkadang, saya lipat baju...saya rasa dunia saya pada waktu itu adalah dunia yang sempit..SEMUA KERJA NAK BUAT DALAM SATU MASA...how it could be? - jaDI KESIMPULAN NYA..apa yang saya boleh buat kenapa saya tak update blog ialah....SAYA BANYAK ALASAN..hihihi

Suatu hari nanti, jika anak-anak sudah besar, pandai membaca sendiri, anak saya tiada kenangan untuk di baca untuk diri mereka yang di tulis dari ibu tersayang. Banyak perkara yang mereka lalui tidak di coretkan di sini. Sekurang-kurangnya saya akan memberikan mereka suatu yang 'berharga' yang susah untuk di perolehi daripada ibu bapa yang lain. Betulkan? Betul tak kalian? YUp..

Anak-anak...adalah suatu yang amat berharga. Pengalaman membesarkan mereka memberi suatu gambaran kepada saya sebagai seorg ibu bagaimana kedua ibu dan bapa saya membesarkan saya. Masa kedua mereka membesarkan saya dulu..kami susah. Kami tergolong dalam golongan MISKIN.. Miskin amat, kengkadang akan termiss makan nasi. kengkadang akan makan rebusan ubi kayu beberapa hari. Makan nasi tu pun dah cukup bagus.... tak boleh sesekali saya nak samakan apa yang di harungi oleh ibu bapa saya dan saya semasa membesarkan buah hati masing masing. Cuma diary ini saya tulis untuk memberitahu betapa sayangnya ibu kalian kepada kalian... oh ouch...silap..bukan ibu, but daddy ngan ibu. Daddy tu dia x tulis, tapi dia yang selalu suruh ibu tulis taw!! Dia bagi alasan bahawasanya ibu pandai tulis..tapi ibu tulis nanti akan jadi berat sebelah...ibu akan tulis banyak ibu dari daddy..hahahah
Comments: (0)
03/01/2010

Hari jadi abang! Hepi besday tu you…hepi best dey tu you… Allah selamat kan kamu, Allah selamatkan kamu….’ditujukan untuk En Daddy’

Hari ini adalah hari ketiga cuti. Start 1hb pada jumaat, disambung 2hb pada sabtu dan hari ini 3 hb pada ahad. Pada hari jumaat En Daddy telah jatuh demam, ia disambung pula pada hari sabtu saya pula telah demam, dan ahad alhamdulillah kami dan anak-anak telah sihat sepenuhnya. Saya Cuma sakit tekak, kerana kalenjar saya bengkang. Manakala En Daddy selsema. Pagi hari kami telah membuat rumah kami sebegini

Sebenarnya projek ni dari hari pertama cuti. Tetapi ia telah postponed kerana kami jatuh sakit pula. Jadi pagi-pagi sebelum anak-anak bangun, kami telah membuat ini.

Petang pukul 4ptg…baru kami berpeluang untuk berjalan sekitar KL. Tempat yg dipilih ialah…AQUARIA…. Dah 2 tahun saya rasa ingin kesini.Walaupun selama 2 tahun itu saya bekerja di site glomac tower @ Jalan P.Ramlee yang sangat hampir (jalan kaki je) dengan aquaria tapi x pernah plak berkesempatan ke sini. Tapi baru hari ini berkesempatan.

Wah…ikannya besar2 belaka, duit nak masuk pon besar. RM72 hengget untuk kami sefamily. Di awal pintu masuk mereka menunjukkan pelbagai jenis reptilia, tetapi dah masuk dalam, ada bbbbanyakkkk ikan. Tiba dalam terowong lagi banyak ikan…besarnya jerung!!!!!!!!!! Besar pari!!! Besarnya kerapu!! Besarnya bawal dan kawan-kawan!!!! Masak golai pon sodap!! Tapi semasa di dalam terowong, afif terjerit2. dia takut amat!

Tengok gambar orang yang tengah nangis dalam stroller itu,

adiknya relax… jer! Sebab dia ingat ikan jerung, kerapu, pari yang dekat dengan kami tu akan gigit saya, daddy, dan adiknya, jadi dia jerit. ‘Ibu…jaga adik!!!!’ Ibu…jalan dekat sini!!!” Daddy….pegi ikut ibu tuh!! Iishhhh macam2 le…bingit dan kelakar plak rasanya….

Dan…ia ‘percutian yang hebat’!! mengapa saya kata hebat? Kerana….hari ini orang x ramai, mereka semua x keluar KL, sebab masing-masing sibuk dengan persiapan menghantar anak-anak kesekolah esok! Tengok gambar2 di bawah..x ramai orang kan? Kami boleh bergambar sesuka hati, boleh bising2 sesuka hati, boleh minta tolong awek pintu masuk ambilkan gambar….mmmmmm konklusinya ia adalah percutian hebat di Kuala Lumpur kan? Semasa di kedai surveniour, saya belikan anak pelekat peti sejuk dan pensel case untuk afif, kerana yang lain mahal amat! Saya beritahu…afif kene beli pensel case sebab esok afif start pegi sekolah tau!!

Balik dari aquaria pukul 6ptg, kami rushing balik sbb, kami x solat lagi. Kami solat di petronas tepi jalan, dan meneruskan ketempat yang saya suka. Saya suka kedai itu…kan abang kan? Nanti saya cari kedai yang ala-ala lebih kurang kedai tu.ekekek. balik rumah, solat makan dan En Daddy pergi kerja pula. Bukankah saya sudah cakap yang En Daddy saya seorg yang sangat sibuk dengan tugasnya menjaga keharmonian masyarakat.Selepas menghantar Daddy di muka pintu, saya masuk dalam rumah dan terkujat amat… anak saya sudah pandai melukis gambar ikan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! menjerit sekuat hati saya dengan bakat yang di tunjukkan oleh afif. Walaupun semasa di aquaria tadi dia terjerit2 bagai sebab takut saya, daddy, dan adiknya di makan oleh sang jerung, tapi dia boleh ingat rupa jerung itu.!! Ini gambar pertama afif lukis yang ada bentuk selain dari bentuk bulat2 ‘biasa’. Jadi ibu masukkan di dalam blog ibu ni.

Comments: (0)

0 tahun
0 tahun
5 tahun berikutnya

Pada 24hb December 2009, usia perkahwinan kami mencapai 5 tahun. Ramai yg mengatakan, kebiasaannya bila dah 5 tahun mula lah macam2 perangai keluar…ia ke? Ia ke mcm tu? Boleh terima ke? Pada saya totally different. Saya x percaya semua itu. Mengapa??? Tadi dalam perjalanan saya ke HQ) di jalan sungai besi, saya telah mendengar satu rancangan dari radio IKIM.fm. menerangkan bagaimana menjalinkan hubungan yang sentiasa berseri di antara suami dan juga isteri. Bagaimana untuk kedua-dua pasangan sentiasa rasa dirinya diperlukan di hargai dan menghargai. Bagaimana keluarga yang dikatakan sentiasa mencintai dan di cintai…..MMMM panjang. Dan bab ini saya ingin menghuraikan dengan panjang lebarnya. Panjang dan tiada sebarang alasan lain melainkan saya sangat menyayangi, mencintai dan menghormati suami saya selepas Allah dan Nabi Muhammad.

Saya dan suami saling mengenali semenjak kami di tingkatan 4. saya berpindah ke sekolahnya iaitu sekolah menengah dato’ seri maharaja lela kerana sekolah saya tidak menawarkan sains tulen. Saya tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana sekolah asrama penuh atau teknik kerana saya telah terlambat mengisi kesemua borang tersebut. Kami dari keluarga yang daif, jadi kebanyakannya kami tidak mengetahui bagaimana cara untuk melepaskan diri saya ke sekolah baik itu. Atau, inilah jalan yang telah Allah buka kepada kami untuk berjumpa. Apa yang saya tahu pada waktu itu, dia ialah Mohamad Niza Fakarudin, my classmate. Itu je, selalunya saya datang ke kelas, belajar dan jalan balik asrama. Rutin berlaku seperti biasa. Saya memang x ambek port pun pasal dia datang sekolah ke, dia tidur kat kelas ke, die mengorat anak org ke, die main hoki pemain sekolah terhandal ke, ape ke…bla bla bla ke…semua x ambil tahu. Mmmmmm conclusionnya, saya cuma tahu dia adalah rakan sekelas apabila di dalam gambar kelas wujudnya dia. Bagus x??? huhuhu…

Hubungan kami terputus begitu sahaja. Kami tidak mengontek ke hape ke sampailah saya dalam tahun pertama melanjutkan pelajaran dalam degree. Itupon dalam keadaan yang amat terkejut kerana saya sangka org yang tiba2 berhenti di tepi jalan di Teluk Intan adalah seorg India yang cuba meragut beg tangan atau seorg peragut. Fuhhh, lega bila pasti itu adalah kawan sekelas. Bermula dari situ, dia cuba mengontek, tapi nombor rumah kampong sahaja, kerana saya tidak memakai hp. Pendek kata apabila saya bercuti dia akan menelefon saya sekali, dan saya cuma menganggapnya kawan yang saja ambek peduli pasal saya, apakah saya bengap beno??? X paham2 ke hapeke entah le. Selepas menghabiskan ijazah, saya telah menjadi seorg penganggur yang berjaya. Yeahhh!! Pada waktu itulah baru saya terfikir nak mempergunakan kawan-kawan saya yang telah bekerja untuk mendapatkan kerja bagi saya, dan dia salah seorg dari kawan saya itu. Pada masa itu dia telah memasuki pusat latihan polis iaitu PULAPOL. Saya minta sapa2 yang ada contact dengan tempat lama hendaklah memberi info dan saya akan menghantar resume, dia salah seorg dari kawan saya itu. Saya sebenarnya tidak pernah memberi nombor hp saya kepada org lain kerana saya tidak suka d ganggu, atau dengan kata lain, ape ye….mmmm saya sudah ada boipren. Ha…hahhahaa. Tapi padai. Dan waktu itu saya terpaksa memberikan nombor saya juga kerana, untuk kepentingan saya sendiri. Tetapi rupa2nya saya bukannya dapat kerja yang saya minta, sebaliknya saya ‘bertemu’ dengan bakal suami saya.

Dari awal perkenalan dengan mana-mana lelaki saya amat berhati-hati. Saya cuba untuk tidak menyakiti hati mereka dan amat berharap bahawa itulah yang pertama dan dia jugalah buat selamanya. Keperitan itu berlaku juga apabila saya harus memilih lagi. dia atau dia. Dan paling layak saya bertanya adalah siDia yang maha Esa. Istakharah dilakukan sebanyak mungkin dan cuma berserah kepadaNya, semoga jalan hidup saya akan bergerak sempurna. Perit apabila memilih. Perit membuat keputusan. Serba salah amat, kejam…tapi hidup mesti di teruskan. Jalan hidup ini Allah yang tentukan, jadi harus pandang kehadapan. Saya melakukannya dengan jaya.

Saya telah memberitahu bahawa pilihan saya adalah Muhamad Niza Fakarudin. Seminggu selepas saya memberitahu, En. Daddy terus menghantar rombongan merisik, 5 bulan (1/5/2004) selepas itu kami bertunang dan 7 bulan selepas itu kami berkahwin (24/12/2004). Sepanjang perhubungan sebelum kami berkahwin, kami hanya berjumpa 2-3 kali sahaja. Kerana dia telah dihantar bekerja di Sarawak selepas sahaja saya dirisik. Kami tiada masa untuk bercinta seperti pasangan lain, dan ia sangat bagus. Maksudnya kami tidak di beri peluang untuk berdosa. Saya berserah sepenuhnya kepada Allah, bahawa dia adalah pasangan saya sehingga akhirnya. Betul pilihan yang Allah beri untuk saya. Dialah yang terbaik. Dan dari saat pertama saya mengenalinya, dia sangat berlembut dengan saya, memahami apa yang saya mahukan dan keluarga kami mahukan. Dia suami saya, saya sangat menyayanginya. Kami membina keluarga adalah atas dasar yang telah ditetapkan iaitu NO pegang-pegang, NO jumpa selalu, NO macam-macam lagi. Kepada kawan-kawan yang saya sayangi, saya nasihatkan, binalah keluarga anda atas dasar restu Ilahi, kerana perkahwinan kita akan di jagaNya, jagalah solat kalian, banyakkan mengaji Al Quran, carilah ilmu kekeluargaan, kerana hidup bekeluarga amat payah, syaitan ada di mana-mana, sentiasa mencari peluang. Dan kalau boleh spendkan masa anda untuk membaca buku ‘aku terima nikahnya- dari hasrizal’ ia buku yang terbaik pernah saya jumpa.

(saya telah menerima beberapa panggilan dari rakan-rakan, buku yang mana satu? ini dia bukunya saya update.sila klik di sumber untuk membeli pada tuannya sendiri melalui online. saya pengikut setianya ya!)

tulisan ustaz Hasrizal yang sangat baik (sumber)

Dan hari ini apabila telah genap 5 tahun perkahwinan, dia tetap ‘sama’. Malah lebih baik dari hari pertama saya mengenali serta tahun pertama kami bergelar suami isteri. 5 tahun berkahwin membuat ikatan kemesraan semakin erat. Kalau mana-mana pasangan mesti akan berkata. ‘5 tahun perkawinan mesti ada sesuatu berlaku’ tetapi tidak bagi kami. Tiada yang berlaku dan ia semakin utuh. Kami membina keluarga dengan menginginkan restu Allah. Sepanjang perkahwinan ini, Encik daddy telah berhenti merokok. Ada banyak sebab mengapa kita jangan merokok. Effect kepada org sekeliling yang anda harus bayar di akhirat nanti. Sudah berapa banyak org yang anda hembuskan asap sepanjang merokok. Pernah x anda terfiikir ada diantara mereka suffer dengan perbuatan anda. Contohnya ‘saya’. Saya pesakit asma. Soal suffer…oh…sangat tak tahan. Memang suffer. Itu baru satu…yang lain-lain bagaimana pula? Contohnya effect kepada diri sendiri anak-anak, pembaziran. Fikirkan.

Saya mendoakan kami bahagia selamanya bersama untuk hari ini, esok, lusa dan selamanya hingga akhirnya. Saya sayang abang selepas Allah, Muhammad. Saya amat sayang abang kerana Allah dan tiada kata yang boleh meluahkanya.

Comments: (0)
Bila saya ingin menutupi titik titik terakhir setiap akhir tahun, saya akan mengkaji, melihat, menilai, apa pencapaian terBAIK yang telah saya lakukan sepanjang tahun? Apa contribution yang terbaik yang pernah saya lakukan sepanjang hidup saya yang amat pendek ini? Mmmmm banyak persoalan. Kengkadang termenung memikio kan sampai terlelap, terkadang pula sampai terlupa si anak…huhuhu.

Dan, saya melihat setiap detik kejadian di dalam kamera kecil saya itu. Wahhhh…. Banyaknya kejadian yang saya tak sempat nak tulis dalam blog yer…. Sudah malas kah saya untuk berblogging? Ngape mcm gini? Ini x buleh jadi..nanti bila anak2 saya besar, anak2 akan bertanya…ibu, dulu masa afif umur 3 tahun, afif buat apa masa tu? Apa yang afif suka? Afif makan apa? Kita kemana? Sapa tu? Sapa ni? afrina pula akan tanya; macam mana lampin kain afrina ni glamour? Macamana ibu boleh terfikir nak jual lampin? Dulu afrina kecil2 afrina suka makan apa? Buat apa? Perangai afrina dulu macammana HAHAHHA…banyak kan? En daddy kesayangan saya pon selalu cakap…’ibu cerita la banyak stori yang ibu simpan dalam kamera ibu tu, nanti diorg dah beso2 nanti tengok…banyaknye pengalaman ibu semasa jaga diorg kecil2. cerita la sejarah contengan adik dan abang tu, adik berenti hisap jari, abang yang terlalu pandai bercakap, abang yang boleh di harap untuk menjaga adik, abang yang sibuk main ps2, pengalaman kerja econpile, ceritera kelakar mr bos yang banyak…kawan kawan..perniagaan kita mcmana bermula, pasar malam, geng niaga, tragedi pahit kita sekeluarga, tahun ni banyak kejadian tau ayang? nanti dah agak dewasa boleh baca..best tau YANG’ (daddy beri galakan).

Dan dengan semangat yang waja, saya pada hari ini bangun seawal 430 pagi untuk menulis semua kejadian. Sementelahan en.daddy sibuk dengan tugasannya menjaga keamanan negara di luar sana, saya di rumah bangun untuk menulis diary keluarga. (padahal saya takut tidur).Dan saya akan detailkan setiap satu perkara yang berlaku. Saya bukannya x nak tulis, saya cuma tunggu waktu sesuai. Ekekek… tak lah, sebenarnya kalian, saya takut untuk berada di hall atau mana-mana bahagian rumah saya ni..saya masih trauma dan takutkan lembaga jahat itu. Jadi saya berhibernasi di dalam bilik tidur secukupnya. Kalau en daddy ada dirumah baru saya agak berani untuk bangun dan jalan kesana ke mari. Sampai mcm tu sekali??? Ha….memang saya TAKUT.(full stop). Kalau setakat jin dan syaitan saya x kisah…baca je ayat2 yang Allah turunkan itu…tapi kalau manusia???? Ishhhhh….cukup2 jangan fikir…nanti x sempat saya nak cerita diari tahun ni.

Awal Tahun (Tahun Baru Cina) 2009

Kami sekeluarga telah menspendkan masa bersama-sama ke sungkai hot spring. Mula-mula saya mengajak en.daddy ke suatu tempat makan angin sambil bercuti dengan aman damai. Tapi nampaknya en daddy x setuju. Dia kata ‘lebih baik pegi dari rumah, makan-makan dan lepas tu balik’ mmmm…saya ajak sebab kami sekeluarga x pernah bercuti bersama. Alahhhh ala-ala bercuti dengan senang lenangnya hati. Sebab jadual kami sangat padat, sampai saya rasa semakin kurangnya masa bersama anak-anak. Bila tiba hujung minggu biasanya kami akan drive kereta dengan laju untuk balik kampung (sambil berniaga), dan apabila time x balik kampong, kami akan tidur dan berhibenasi d rumah. Oooooh sungguh x seronok jadual kami itu. Tapi proposal saya nampaknya telah d tolak. Mmmm x pelah. Lain kali cuba lagi. Saya akan cuba persuade en daddy lagi. Dia sememangnya dari semenjak kahwin x berminat aktiviti bercuti, saya x faham. Tapi xpe…bagi dia masa.

Mmm ni antara gambar-gambar di sungkai (gambar tengah sibuk mandi, oh! gambar gigi afrina pun ada????). Time ni org lain semua tengah sengkek x berduit…huhuhuh, tetapi poket saya penuh sebab econpile bagi bonus dan duit angpau. Mmmm jadi saya contribute pada semua untuk percutian sehari kami ini. Anak-anak mandi manda dengan seronoknya. Suka saya melihat si abang bermain air sehingga matanya merah.

3hari sebelum ni kami baru lepas terkena jangkitan cirit birit. Entah kenapa tiba-tiba si adik muntah-muntah dan cirit birit air selama 2 hari. Kemudian keadaan itu telah terkena kepada si abangnya pula, dan akhirnya aku pon terkena jangkitan. Aku x penah terpikir akan terkena cirit birit yang sebegini hebat.

Gambar adik tengah sakit cirit birit sian benar rupanya.

Mula-mula kena aku rasa cirit birit biasa, tapi……cukup 2 jam lepas ke tandas yang pertama……ia semakin mengganas. Keadaan aku masa tu sangat worse, 3-5 helai baju bertukar2. x sempat masuk toilet tiba-tiba keluar. Sambil aku baring2, secara x sedar ia keluar sendiri. Sakit perut yang sangat x dapat x d ceritakan, badan terasa amat lemah. 2 anak yang terkena jangkitan langsung aku x ambik tahu. Sehari lebih kami d rumah tanpa berbuat apa-apa melainkan ke toilet. Aku ke toilet pada hari itu labih kurang 30 kali. Setiap 2-5 minit aku akan berlari ke toilet. Sampaikan en daddy terkena tempias, kalau dia tengok aku berlari mcm di kejo hantu ke belakang tu maksudnya….aku dah masa le tu…Fuhhhh! Ini rekod sakit yang aku x pernah buat sepanjang hidup. Si afif pon sama. Siannnn sangat pada dia. Tapi waktu ni dia masih berpampers, jadi bile dia dah terberak banyak kali baru kami menyalin pampersnya. Xde lah memberi masalah…Cuma mukanye penyek macam muka aku. Dah la sakit perut, nak makan kang kuar balik…adeh…sian…si adik dah sihat time aku dan afif sedang sakit. Dan amat bernasib baik en daddy x terkena sakit itu. Sangat bernasib baik apabila dia sepenuh masa menjaga kami bertiga yang sakit.. aku rasa, aku telah menggajikan seorang nurse lelaki yang hensem….alangkah bahagianya..huhu

Saya? Aku??? Ahhh biokan le.

Kejadian Yang menyayat hati 2009

Rumah kami di masuki perompak. Sedih, trauma semuanya ada di sini. Banyak yang kami pelajari. Dan kedua-dua report ini (saya akan upload kemudian) aku scan sebagai bukti betapa pedihnya perkara pahit yang berlaku kepada keluarga kami. Dugaan yang datangnya dari Allah. Dia tidak akan memberi dugaan kepada hamba yang dia tidak mampu boleh menanggungnya,sesuai dengan ketetapan Allah. Maha besar Allah. Kejadian ini telah membuka peluang perniagaan yang lebih hebat kepada kami.

Mungkin di sebabkan kejadian ini pintu rezeki kami telah dibukakan olehNya. Kami telah ‘berjumpa’ peluang meniaga lampin kain. Direct from China. Dan kami akan berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya. Walau sesusah mana sekalipun kami tetap akan berusaha.

Saya telah membuka 3 blog untuk saya berblogging sesuka hati saya disini. Satu blog butik afrina (menjual lampin kain, beg, brooch, tudung dan Islamic product dalam bahasa melayu), cloth diaper (lampin kain blog dalam bahasa inggeris), dan satu lagi one stop method statement yang menyediakan pelbagai jenis method statement for construction, dan sedang berjinak-jinak dengan ebay. Kalian…doakan kami berjaya…kerana kami x putus2 berusaha.

Kami telah berniaga di 2-3 tempat di pasar malam area kg dato’ harun ni demi kerana ingin memperkenalkan kepada umum tentang baiknya penggunaan lampin kain berbanding lampin pakai buang yang membazir. Kami ingin membuka mata mereka…marilah semua bersama menjaga alam sekitar demi anak-anak2 yg di sayangi. Lampin pakai buang itu boleh menghancurkan bumi…kerana ianya hanya akan terurai selama 500 tahun…kalian…sila buka mata….macam tu la. Dan sangat berbaloi kerana ia dapat di pakai untuk baby kita itu dan adik2nya boleh kongsi sekali. Begitu lah agenda perniagaan kami.

Berbalik kepada tragedy pahit yang amat menyayat hati itu. Rumah kami telah di masuki pencuri pada bulan julai 2009, dan tak sempat kami bangun dari kejatuhan…sedang berkira-kira untuk bangun, sekali lagi kami berdua telah dikejutkan dengan lagi satu kejadian kecurian yang berlaku pada 1 oktober 2009. selang masa diantara dua kejadian tersebut ialah sebanyak 2 bulan lebih je.

Pada hari kejadian ke2 iaitu hari Jumaat, kami berdua (saya dan suami) pulang kerumah bersama. Memang kebiasaannya saya tidak membawa kereta ke tempat kerja. Mengapa??? Saya punya opis di tepi KLCC, parking rate area situ ialah RM5 ke atas, dan RM5 hanya boleh didapati pada awal pagi, kalu lambat…maksudnya melepas. Cuba bayangkan kos membawa kereta sebulan (RM5 + tol pegi balik (RM5.50) = RM10.50 x 20 hari) = RM210. itu belum campur duit minyak. Duit minyak dalam RM200 lebih. Abis tu macamana nak kaya kalau saya bawa kereta kan? Jadinya saya akan tumpang hubby ke tempat kerja dan balik rumah sendiri naik lrt dan d sambung dengan komuter. Pegi keje En Daddy anto, balik keje sendiri RM3.60…mmmm duit minyak xde, duit parking xde…jimat dan masa yang di ambil adalah lebih kurang dengan jammed membawa kereta jugak. Cumanya saya terpaksa mengecilkan diri didalam tube ‘tong sardin’ ciptaan Malaysia (lrt putra la…). Kereta saya parking di depan rumah pengasuh, rumah pengasuh dekat je ngan stesen komuter dato’ harun. Kalau org2 opis tempat keje saya tanya saya parkir kereta d mana saya akan jawab, ‘I park my car @ baby sitter’s house’ – diorg akan blur. Manakala saya buat bodoh2 x faham apa yg mereka blurkan.

Eh?? Cerita saya meleret kah??? Belum abis lagi cerita kecurian tu. Balik sahaja ke rumah, En.Daddy membuka pintu manakala saya masuk parking kereta matikan enjin dan dukung anak2 masuk dalam rumah. Selangkah sahaja saya nak masukkan anak2 dalam rumah, En daddy jerit ,’JANGAN!’ saya blur….ape pasal tetiba laki aku garang semacam? Saya tanya…nape bang? Dia x jawab sambil tunjuk bumbung kami telah terbuka. ‘pencuri masuk melalui bumbung dan melarikan diri melalui pintu dapur!!!!!!!!! Sedih, amat sedih. Terlalu banyak barang yang hilang. Duit modal untuk bangun dari 'kejatuhan' bisness kami telah berjaya dicuri. Kami baru sahaja mengeluarkannya beberapa hari dan dan dan dan……….. ia telah diambil.. YA allah…pada masa itu hanya Dia sahaja yang tahu pedihh sangat bagai di tusuk2 kejadian tu berlaku kembali. Sangat sedih dan pedih.

Sebelum kejadian saya telah memberitahu En daddy supaya memasukkan kembali wang yang banyak itu, tetapi….apakan daya. Allah yang menentukan perjalanan hidup kami, kami cuma merancang. Allah juga yang pasti mengetahui mengapa di memberi kami dugaan sebegini. Jadi kami pasrah…tetapi kami tetap akan bangun dan masih mecuba nasib kami. Setiap kejadian mempunyai hikmah sebaliknya kan? Jadi jangan risau. Allah sentiasa ada di samping kita. Kami sedang bangun Ya Allah.

Anak-anak 2009

Sepanjang tahun 2009 ini, saya banyak amat cerita mereka, tapi…alah…dah terlupa kebanyakannya. Bila saya scroll gambar-gambar, wahhhhhhh banyak bangat cerita mereka yang saya tinggalkan.

Semenjak pindah kerumah ini pada…x ingat apa tarikh.bulan January..tapi x ingat tarikh. Anak-anak amat sukakannya. Lihat! Ibunya x berhajat menanam bunga…tetapi nasib baik ada juga bunga tumbuh meliar di simen itu! Afrina dan Afif tengah berekperimentasi dengan bunga tersebut! Jakunkah anak-anakku?

(AFRINA dan bunga)

Tahun ini cukup umur Afrina cukup 1 tahun pada 18th Feb. manakala afif pula genap 3 tahun pada 22nd March

Di antara gambar birthday afif ialah......

Dia menghisap jari dan mempunyai selimut musyuk. Selimut musyuk gambar Kemana saja dengan jari dan selimutnya itu. tapi semenjak 2 minggu lalu kami cuba memberhentikan habitnya menghisap jari…kerana ia akan membuatkan giginya ke depan dengan kata yang lebih dasyat ‘jongang’. Nanti Afrina x boleh jadi kiut. Huhuhu. Pengasuh telah menggesel sejenis daun yang pahit amat ke tangannya, dan semenjak dari itu dia tidak pernah lagi ingin memasukkan jari kemulut. Tapi pada hari pertama dia x nak jari….sehingga ke pukul 3 pagi jugalah kami menidurkannya. Dia x selesa dan x tahu bagaimana dia nak tidur, beralih kesana salah, beralih kesini salah…dan akhirnya menangis sekuat hati.

Ini adalah di antara kenangan gambar afrina semasa menghisap jari dan selimut musyuknye


Sampai lah saya menggantungkannya buaian…tapi tetap x mahu tidur. En. Daddy yang balik kerja lewat pon x boleh tidur kerana bertukar shift dengan saya yang menjaganya. Lama ke lamaan saya dodoikannya dengan lagu baru ciptaan saya sebagai ibu yang memang rasa macam nak nangis, tersentuh dengan kesusahan dirinya (Kuatkan hatinya Ya ALLAH, tabahkan hatinya Ya ALLAH, permudahkan dia ya ALLAH, cerdikkanlah ia ya Allah, solehah kan ia ya ALLAH, baikkan dirinya ya ALLAH, cukupkan baginya ya ALLAH, sempurnakan imannya ya ALLAH, tabahkan hati YA ALLAH) berulang kali saya nyanyikan untuknya. Berselang seli dengan bacaan surah al insyira’ akhirnya dia tidur. Dia memang tabah. Amat tabah. Bukan senang nak berenti weiii!!! Esok dan lusa saya tetap nyanyikan lagu itu untuk dia. Dan abangnya berkata kepada saya ‘ ibu, afif suka la lagu yang ibu nyanyi ni.’ Hah! Ada bakat saya rupanyanye? Hahah

Dari pemerhatian kasar, afrina cepat belajar, kerana dia mempunyai idola (abangnya). Apa yang abang buat, dia sama akan buat. Abang main transformer dan kereta lumba, dia pon sama. Bila saya belikannya doll, dia x berminat langsung!! Jadi akhirnya doll itu terperok di merata. Tapi saya cuba berada di tengah antara kedua mereka, jadi saya beli permainan masak-masak. Nampaknya menjadi. Tapi yang lebih menjadi apabila mereka masak di sinki saya. Habis semua kain baju basah sebab main air. Adeh!

Mereka berdua banyak projek. Projek secara sulit mahupun projek terang-terangan. X boleh di biarkan diam-diam senyap sunyi sepi beruda-duaan, kerana ia mengundang bahaya kepada saya contohnya membuang bedak sehingga habis seluruh bilik dan bertukar jadi musim salji. Banyak kerja kan? Menenyeh tanah liat ke atas permukaan tikar karpet buluh (yang bawah buluh tu ade karpet), sampai saya rasa macam nak buang tikar tu, sbb dah bertukar pelbagai warna, merah, oren, kuning.. bukannya senang nak removed tanah liat tuh! Memang banyak projek. Manakala projek secara sulit mereka pula ialah…projek yang saya x sedar langsung. Contohnya conteng kaki ibunya ketika ibu sedang tidur mati. Kesan contengan yang di buat mereka pada mlm hari. Saya cuma tersedar apabila esok pagi saya sedang bersiap ingin memakai stokin masuk site. Saya lihat… HUALAMAK!!! Kaki saya di conteng anak2 malam tadi la….!!!!! Saya tidur mati sampai x sedar apa barang pon. Keletihan amat. Manakala anak2 yang saya suruh mereka masuk tidur rupa2 x tidur, mereka membuat projek senyap. Saya terus ambil gambar dan mms En Daddy, saya kata…’ini dia kesan org yg tidur mati semalam’

Afrina juga adalah model CD saya. CD AFRINA. Jadi modelnya haruslah bernama AFRINA kan? Ibu harap perniagaan ibu dan Daddy dalam menjual CD AFRINA ni berjaya.

AFIF pula sangat dapat di harap. Dia boleh take care adiknya, ibunya dan daddynya. Kalau adiknya menangis terjatuh atau terperangkap di dalam wardrobe (sbb mereka suka main wardrobe mcm naik bas kesekolah) dia akan berhenti dari bermain dan akan pujuk adiknya. ‘nape…adik nape…ni abang ade ni…takut yer….xpe xpe…ni abang ade’ sambil tangan topok2 si adik. Adiknya pon apelagi…ngengada manja le…. Pada kejadian tersebut saya ada di situ sedang solat, manakala afif tengah main kereta lumba, dan adiknya masuk dlm wardrobe dan x tau mcmana nak keluar.