Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's


Saya tahu, lately saya terlebih memberi masa menceritakan mengenai perkembangan pembelajaran afif. Saya sangat teruja apabila afif telah mula bersekolah, jadi diary ni menceritakan keterujaan saya itu. Semoga saya tidak jemu sebagaimana saya tidak pernah jemu terhadap anak-anak.
Harini ialah 020210 (selasa). Hari pertama bagi afif bersekolah sepenuh hari di sekolah. Saya menghantarnya ke sekolah yg menyediakan perkhidmatan daycare. Apa perasaan saya? 'sama seperti hari pertama saya menghantarnya ke sekolah. TERHARU! Rasa macam nak nangis. Why? Sebab selama 3 tahun lebih semenjak afif berumur 5 bulan saya menghantarnya ke rumah pengasuh...perasaan kasihan terhadapnya sbb terpaksa tinggal di rumah pengasuh telah terhapus dek kerana 'kebiasaan'. Dan juga saya tahu Afif sudah terlalu biasa dengan persekitaran rumah pengasuh (cik Nah). Tapi kali pertama menghantar anak untuk tinggal di persekitaran lain, saya amat berharap dia akan 'terbiasa'. Terbiasa berpisah dengan adiknya yang sangat di sayanginya itu. mmmm mereka berdua sangat rapat. Keadaan ini yang membimbangkan saya, risau nanti dia tak nak kesekolah. Kalian, ada apa-apa cadangan tak untuk saya membiasakan dia dengan persekitaran baru??? Sebab selama sebulan yang lalu...iaitu bulan January, anak saya ke sekolah dari rumah pengasuh. Umur anak saya baru akan masuk 4 tahun pada 22hb March, dan kelasnya bermula pada pukul 1045pagi-245ptg. Saya sangat risaukan dia tidak dapat menyesuaikan diri dan nak berhenti...bagaimana ya????
MMM... untuk anak ibu yang ibu sayangi. (AFIF)
semoga cepat-cepat biasa ye sayang?? ibu sangat terharu apabila melihat afif duduk makan nasi lemak dan dengar kata-kata arahan dari cikgu di situ. Afif anak ibu yang baik...
selamat belajar sayang...

0 comments:

Post a Comment