Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)

Ahad 19042010

Jadual saya malam ni sangat banyak yang harus saya langsaikan. Seharian ahad ini saya tidak banyak membuat perkara yang bertangguh seperti hari ‘ahad biasa’. Saya perlu menyiapkan…banyakkkkkkkkkk sangat to do list within 4hours. Mampukan saya.??

Saya mengidamkan untuk:

  1. update blog saya yang berbahasa English itu
  2. update blog bahasa melayu juga
  3. update blog diary saya….saya kepingin sangat mengepost lambakan draft2 yang tidak terdaya untuk saya mengeposnya
  4. lipat lambakan baju yang pending dari hari khamis. (baju ahad-rabu sudah dilipat pada hari pagi khamis)
  5. iron baju saya dan incik daddy…(oh! Kalau daddy ada mesti dia memberikan tangannya untuk men-setlekan baju2 kami yang telah-lama-saya-berhenti-menggosok-nya itu)
  6. habiskan membaca buku-buku yang saya beli tempohari. (kebanyakan buku saya itu saya spendkan masa untuk membacanya tiap kali menunggu hubby tersayang pulang dari kerjanya di awal pagi. Contohnya, saya akan terjaga pada pukul 1230tghmalam..saya lihat jam didinding menunjukkan pukul 1230tghmalam, sedang incik Hubby berpesan pada saya tadi sekurang-kurangnya dia akan balik pada pukul 12tghmalam….ni dah 1230 xde lagi???? lalu saya akan menelefonnya bertanya pukul berapa si dia akan habis bekerja…dan dia akan memberikan time frame…pukul 3pg,4pg,230pagi atau 130 pagi. Jadi…saya bertindak tidak akan masuk tidur dan menghabiskan masa untuk membuat sesuatu yg saya suka…iaitu membaca….Hmmmmm…banyak dah buku yang saya beli haritu habis di baca, ewahhhhh padahal 1setengah buku saja yang saya baru habiskan..huhuh)- masih ada lagi separuh rindu pohon tin…apabila buku rindu pohon tin itu habis…saya akan menghabiskan secangkir teh pengubat leti pulah…dan bla bla bla……tuttttttttttttttttttt.

Adakah saya akan berjaya membuat keenam-enam checklist itu sedang saya di masih sini, dan ..masih lagi menaip-naip seperti ayam yang sedang mematuk???? Huhuhu…. Dannnn kalian…mengapa saya nak buat semua benda itu sekarang??

Alasan terbaik ialah…anak-anak saya tidur awal. Pukul 8mlm kedua-duanya selamat tidur..siang tadi mereka tidak tidur kerana sibuk bermain dan tengok Cd dengan ibunya dan daddynya cerita Adnan Sempit…wahhhh lawak cerita itew. Dan alasan yang kedua ialah, Incik Daddy tiada. Beliau keluar menjalankan tanggunggajawabnya. Wah wah wah…kalau incik daddy ada…saya akan padam beberapa checklist itu untuk saya lakukan, dan meminta tangan incik daddy untuk selesaikannya terutama checklist nombor 5..Huhuhu…baikkan Incik daddy saya?

‘Pukul berapa cik Daddy mahu pulang yer…..’

Comments: (2)
Salam kalian.....
Saya amat-amat teringin mengepos post ini. Post yang menceritakan segalanya. segala-galanya...tetapi apakan daya

Ada masanya saya seorang yang amat tabah bagi menghadapi ujian dari Allah...tetapi kadang kala...saya seperti sekarang, tidak kuat..memerlukan satu platform untuk bercerita. Bersharing is caring...tapi kadang kala..rasa macam-macam..... Macamana.... apa yang perlu dilakukan...sejauh mana hati saya begitu tabah, saya sangat bersangatan gusar...banyakkk sangat kena fikir dlm satu masa. Ya Allah...ujian yang datang kali ini membuatkan diri hambamu ini sangat daif, berasa sangat kerdil. Jika dugaan yang Kau berikan kepadaku ini adalah salah satu platform untuk aku menjadi insan cemerlang, aku redha...kuatkan imanku, tabahkan hatiku....

Saya rasa ingin menangis..menangis...kerana terlalu dalam saya telah 'terjatuh'. Terlalu berat, sangat berat...

Aku sentiasa berdoa
Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah...Jangan bebani aku dengan beban yang tidak layak untuk aku memikulnya, tambahkan imanku, jangan Kau kurangi ia Ya Allah, dekatkan hatiku dengan sentiasa mengingatiMu, aku mohon petunjuk dariMu, permudahkan jalan dalam setiap dugaan yang Kau berikan padaku ini, tabahkan hatiku, lembutkan hatiku, ampuni dosaku, insan yang terlalu banyak membuat dosa kepadamu,.....

Kalian...doakan diriku. Aku seperti kamu semua, kadangkala jatuh dan perlukan menangis...menangis....kerana tangisan dapat meredakan gelodak di hati....moga ia cepat berlalu.