Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Ahad yang lalu, saya telah meluangkan masa untuk ke pesta buku. Memang ia program tahunan yang di tunggu-tunggu kerana saya pecinta buku. Ia adalah satu pesta yang membolehkan saya membeli sebanyak mana buku yang sangat2 teringin di sepanjang tahun... Huhuhu...betulkah???

Dan jeng jeng jeng...walaupon tahun ni tak berpeluang untuk meluangkan masa sendirian ke sana seperti tahun sebelumnya...(saya pegi sorang-sorang tau tahun lepas! 2 kali saya pergi...sebab banyakkk sangat yang saya nak singgah dan terujakan.) Kalau ajak hubby, sian lak kat anak sebab sabtu memang hari jagaan hubby pada anak-anak manakala saya kerja. tapi saya menggunakan peluang bekerja pada sabtu itu untuk keluar lunch awal sket dan pergi ke pesta buku. Itu lah yang berlaku pada tahun lepas....sangat puas hati.

Oh! apakah perkara jeng jeng jeng itu??? Saya pergi bersama dengan boifrend kecik. Muhammad Afif bin Mohamad Niza Fakarudin. Hmmm dia betul-betul lagak seorang boifrend kecik...best la bawak budak kecik ni g shopping......berdua-duaan.... Kami di drop by oleh Incik Daddy di PWTC, sebab Afrina baru saja tidur...dan saya pula memang sudah ada buku dalam kotak fikiran yang mana satu untuk di beli. Cuma beri saya masa 1/2 jam untuk sampai ke tempat tersebut...ambil dan bayar!

Kedai yang di pilih ialah....GALERI ILMU SDN BHD. Di situlah semua buku yang baik-baik dan yang menghabiskan duit saya beli. Dalam otak saya ada 4 buah buku...sepatutnya saya beli 4-4 buah buku yang di tulis oleh Ustaz Hasrizal Jamil.....tapi nape tah dalam kesibukan itu saya terbeli 3 sahaja bukunya...sebab otak saya tak dapat nak berfikir apa lagi satu bukunya yang saya belum beli. Ia adalah Aku Terima NIkahnya2 (Bercinta Sampai Kesyurga), Murabbi Cinta, Rindu Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Saya terlupa tajuk buku yang last itu...secangkir teh pengubat letih itu...setelah anak mata melihat buku-buku lain yang pernah berada di kotak minda saya dan juga pernah bernanah di hati saya...HAHAHHA...bernanah??? -Bertahta la...yang saya agak berkeinginan untuk membelinya suatu ketika dahulu. Saya telah terbelikan buku Kembara Afiq Wasif. Mata saya sangat-sangat-sangat-bersangatan keliru nak beli...rasa macam nak beli bbbbaaaanyakkkkkkkkkkk sangat buku... GREEDY X SAYA??????

YUP! buku Syumail Muhammad tahun lepas pun x abis baca lagi...(sebab mak pinjam, pehtu saya terlupa minta balik). Haritu mata saya macam pening sana sini tengok buku-buku yang saya sangat suka itu...U turn ke jalan lurus, Bawa Hatimu kepada Tuhan, I Love u too, satu cinta dua rasa....Ya Allah...banyak buku!!!!

Orang kata, banyak membaca membuatkan kita banyak ilmu. betulkah??? Cuba Cik Daddy bagi komen kejap.

Ehem...ni lagi satu yang menarik...usai saja saya bayar buku2 Utz Hasrizal itu saya di beritahu penulisnya ada duduk di suatu tempat....kalau nak dapatkan Autograf..boleh direct pegi minta. Saya yang x sabo2 neh...dengan berkasut tinggi bagai (sebab baru balik dari kenduri), menolak...ewah! x la...saya minta laluan dengan baik lah! Saya sambil memimpin tangan sikecil kesayangan pergi ke arah ustaz, kerana sangat berusaha untuk mendapatkan autograf dan tangkap satu gambar afif bersama ustaz.

Saya cakap: Ustaz, boleh x saya ambil gambar ustaz dengan anak saya??
Afif gambar ngan ustaz sekejap ye sayang??? -saya cuba beritahu anak. Dan hasilnya ialah......

Oh! Sekarang saya sukakan penulis buku kan?? Bukan kah hebat kalau saya suka penulis buku semenjak azali lagi??? Maksud saya...masa sekolah. Mesti saya pandai bangat waktu tu kan?? Huhuhu

Kalian....buku tulisan hasrizal ni sangat bagus. Jalan cerita yang cuba di lontarkan amat dekat dengan kita. Corak cerita yang bersahaja tetapi tetap meletakkan diri sebagai hamba Allah dan sangat sangat memberi pedoman kepada kita yang sedang tercari-cari jalan pulang kepadaNya. Cuba kalian baca satu...mesti jatuh cinta untuk semuanya. Sebagaimana saya cintakan buku dan suami saya!

Incik Daddy... I love u Tooooooooo!

2 comments:

Norulhuda Mohd Nor said...

i nak sgt buku bercinta smpai ke syurga tu.. dah vol2 rupanya.. nak google ler carik mana i blh dptkan dua2 nya dan beli online

syima said...

nurul...adela dalam website saifulislam.com tu. boleh beli online dengan harga yang murah dari harga di luar serta dapat sign autograf dari si penulisnye sendiri... yang pasti i dah penah jumpe penulisnya...sangat puas hati...sebab selama ni i x penah suke pada seorg penulis yang betul2 penulisannya memberi kesan

Post a Comment