Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Saya sangat mengantuk harini, dan di sebabkan masih tercari-cari apa yang akan menyebabkan saya tidak mengantuk...saya fikir lebih baik berblogging. update hingga hari ini...

Saya hantar anak-anak seperti biasa pagi pagi. Semenjak afif ke sekolah di awal pagi, saya mengalami kesukaran untuk mengejutkannya bangun dari tidur. Kalian semua nak tahu cara apa yang saya lakukan? Pukul 7-730pagi saya akan angkat afif dari katil ke kusyen depan, iaitu living room. Sambil saya angkat, saya tahu die telah 'terjaga' tapi masih cuba untuk tidak membuka mata. Dia memanjakan dirinya amat! Lepas tu, saya buat buat x nampak yang dia telah sedar, sedang waktu itu saya bercerita.
'afif harini full day kat sekolah taw!'
'kalau x kesekolah nanti haziq tanya...mana afif??? puteri pun tanya...diorg semua suka kawan ngan afif'
'buku semua ibu dah masukkan dalam beg. pistol ben10 yang afif beli semalam pun ada, boleh main dengan haziq'
'harini ibu dah masakkan yang sedap untuk afif'
'....bla bla bla bla....' bercerita sorang sorang sampai dia buka mata atau pun saya tinggalkannya sendirian. Tapi saya tahu yang dia akan membuka matanya tidak lama selepas itu.
Dan saya teruskan cara itu sehingga ke hari ini. Bercerita dan terus bercerita. Dari hari ke hari cerita saya itu akan saya ubah kepada cerita yang berlainan. Topiknya ialah daripada sekecil-kecil topik seperti bawa buku iqra' sendiri ke sekolah sampailah ke topik yang bukan topik. hihihi...nampaknya berkesan. Saya harap afif akan 'terbiasa ke sekolah!'
Dia akan bangun, dan saya mandikan sambil bercerita yang macam-macam. Sampailah siap berpakaian kami terus bercerita. Dan sehingga saya berinya sarapan pagi pun dia still in good mood. Huh! lega makcik....
Harini pula saya nampak afif sudah boleh sangat jadi abang BESAR. nak tahu kenapa??? Semasa saya dan afrina menghantarnya di tangga sekolah. saya kata..
'afif jangan naik dulu, meh salam ibu n adik dulu..sbb kat atas karang dah x dapat salam'
Sambil dia menyalami tangan adiknya...dia siap bagi nasihat.
'adik makan ubat batuk taw...nanti tak batuk lagi...macam abang!'
wahhhhhh....tak pernah terfikir budak sekecil itu akan nasihatkan adiknya sebagaimana saya selalu nasihatkan dia setiap kali pergi kerja.
'afif belajar baik-baik taw...makanan ni kongsi dengan kawan-kawan, jangan pukul kawan,. baik-baik aje, dengar cakap ustazah yer' mmmmmmm dia sebijik telah ikut cara saya la....!

0 comments:

Post a Comment