Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Lama dahulu yang saya terlupa bulan berapa cerita saya ni...yang penting ia adalah awal tahun 2010. Saya dan anak-anak dalam perjalanan balik dari mengambil mereka sebaik pulang sahaja dari kerja. Afif saya hantarkan ke rumah ustazah yang mengajarnya di sekolah, sebab saya x payah nak ulang alik sekolah ambilnya, manakala Afrina meneruskan kehidupannya di rumah Cik Nah. Pengasuh yang x pernah bertukar semenjak saya menghantar Afif sejak berusia 5bulan.

Afif: Ibu, napa kita x pegi umah ibu tu dulu? - sambil tangannya menunjukkan arah jalan rumah sewa kami dahulu. Rupa-rupanya dia sangat mengenali setiap pelusuk jalan area kami tinggal..dan tiap kali lalu depan rumah lama dia akan cakap...ni umah ibu!!! Dan saya akan reply,
Ibu: O...umah kecik kecik ni umah ibu...yang kita tinggal sekarang ni umah sapa?
Afif: Umah afif la....
Si adik cuma memasangkan telinganya sahaja tanpa sebarang komen. Pendengar setia.
Ibu: Nape afif tanya? afif nak balik ke umah tu ke?
Afif: X nak lah!! tapi nape hah ibu? kita x pegi umah tu lagi?
Ibu: Tu rumah sewa... dan kita dah pindah kerumah kita sendiri, x payah sewa-sewa lagi. Walaupun rumah kita tu masih bukan milik kita sepenuhnya, tapi sekurang2nya nama loan rumah itu tertera nama ibu!

Actually jarak di antara rumah kami, rumah sewa, rumah pengasuh anak2 adalah dekat2 belaka...dalam 3-5minit sahaja. Sebab dah terbiasa tinggal di kejiranan itu dan x jammed. Boleh saya cakap gitu?? ke KL dekat, ke Putrajaya dekat, ke Shah Alam dekat, mana-manalah..dan sangat convenient walaupun padat.

Sampai sahaja rumah, saya terus kedapur, buat2 baik nak masak konon..hehehe.. ni time ade mood. Sebab hubby selalu balik lewat, dan dia x makan di rumah. Walaupun saya di dapur, saya tetap jenguk2 ke depan untuk melihat apa yang anak2 tengah buat..sbb derang bedua ni banyak pojek 'mega'. Saya lihat afif tengah baring, sambil kakinya di angkat vertical ke dinding, sebelah tangan sedang memicit2 kepala. Dan saya kembali ke dapur tanpa menghiraukannya. Sedang saya sibuk2 di dapur, Afif menjerit dari depan...

Afif: Ibu!!!!!! UMAH SEWA TU APE???????
Hah! tu dia...saya dah jumpe nape anak saya pening2 lalat kat depan...rupanya dia x tau ape ke jadahnya umah sewa. Saya terbaca artikel keibu bapaan dalam 'aku terima nikahnya' - ustaz tu bagi tahu jawab soalan anak-anak sebagaimana kita menjawab soalan orang dewasa yang lain. Jangan sesekali menganggap anak- anak ialah anak kecil dan x faham. Kerana anak-anak akan membesar, dan jika mereka ingat jawapan yang di beri adalah salah, mereka mungkin berkata ibubapa suka menipu, atau ibu bapa x pandai, atau ibu bapa selalu buat tak kisah atas apa yang di soalkan...yang penting sekali ibu bapa x kisahkan mereka. Padahal jawapan yang diberikan sebagaimana orang besar itulah yang bakal merembeskan otak anak-anak untuk jadi seorang yang memahami dan bagaimana cara mereka berfikir.

Mmm... jadi saya tutup api dapur, dan duduk di sisi anak yang sedang berbaring di depan. Saya beritahunya dari A-Z. Rumah sewa ialah rumah yang bukan milik kita. Kita cuma pinjamnya sahaja dan pemilik akan mengenakan bayaran yang di panggil duit sewa. Pemilik rumah kita tu alah seorang kakak yang kadang2 dia akan datang kerumah kita dan tanya O.K ke tak... Kakak tu la yang punya rumah tu...bukan kita, kita cuma duduk sekejap je. Tapi rumah yang kita duduk sekarang ni adalah milik kita, cumanya Daddy kene bayar jugak tiap bulan, tapi bukan pada pemilik rumah, sekarang ni kene bayar pada bank pula..sebab kita pinjam bank untuk dapatkan rumah ni. Saya terangkan satu satu satu dan persatu...dan anak saya dengar dengan penuh hati-hati. Macam orang faham. tapi selepas lama saya terangkan...dia reply.

Afif: Ibu, kakak (tuan rumah sewa) yang rumah tu pakai baju warna apa hah???? - dan saya rasa macam nak gelak tapi jawab
Ibu: pakai baju warna oren
Afif: Ada gambar katun tak?
Ibu: Ada...gambar garfield...dan saya bangun terus ke dapur...tapi senyum selebar mungkin! HAHAHAH

'Duhai anak-anak.. suatu hari nanti dikau akan lebh pandai dari ibu, dan ilmu adalah harta terbaik yang dapat ibu berikan kepadamu....'