Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Lambatnya post blog!! nasib baik bukan tahun hadapan...
ialah kek afrina
sedang makan-macam sedap benar gayanya
Bukan salah ibu taw, sebab update blog ni lambat. Tapi ni semua salah bos ibu la...bagi ibu banyak keje bagai.....salah daddy la sebab sebok sangat sampai org rumah dan anak-anak dia tutututututut...jadi ibu bagi semua masa ibu untuk anak-anak bila sampai je rumah. Saya ibu yang BZ..ngeh ngeh ngeh.......Walaupun ibu BZ tapi ibu kene spend-kan masa untuk update blog. Khas untuk anak-anak, ibu dan mr. daddy.
senyum kemain lagi giginya

nyanyi dan tiup dulu kek itu

afif tolong adik potongkan yer?
Pada 18hb Februari yang lalu, usia anak dara kami mencecah 2 tahun mengikut kalendar masihi. tetapi jika mengikut kalendar Hijrah usianya mencecah 2 tahun pada....mmmmmm.... 11 safar 1429 (tarikh lahirnya) ialah pada 26hb Januari 2010 (selasa)..cehhh macam pandai jek, padahal baru je saya convert2 kan kalendar tu di kalendar converter here. Saya cuma membelikannya sebiji kek kecil dan beberapa ketul big apple donut. Anak-anak ibu kan suka donut...Kami menyambut hari jadinya di rumah cik Nah. Saya saja mahu sambut di rumah pengasuh sbb nak bagi pengasuh tu 'rasa' dia telah membesarkan salah seorg anak saya selama 2 tahun.mmmmm..... yang penting saya ingin menghargai pengorbanan pengasuh yang sentiasa baik menjaganya.....

Afrina di rumah lebih di kenali sebagai 'adik'. dialah adik yang terbaik buat abangnya, walaupun sekarang ni saya perhatikan mereka semakin suka bergaduh! Sikit-sikit carik pasal.... kadang-kadang tu saya lihat adik yang suka mengacau abangnya dan akhirnya dia yang beriya2 nangis mintak kasihan semua orang...hamboi hamboi......tu yang sakit pala otak di buat anak-anak.

Semenjak dua menjak ni jugak, ibu notice yang adik semakin manja dengan ibu. Tapi yang ibu lagi perasan adalah adik adalah 'pemanis' bagi kami sekeluarga, segala keletahan dia yang pandai bercakap, sampai kengkadang tu ibu dan daddy tak faham apa yang adik cuba nak sampaikan, dan terpaksa merujuk kepada kamus bergerak (afif). Adik adalah segalanya, no.1... bila time die gelak-gelak masa main dengan abang, dia tak ubah seperti seorang budak yang berusia 12 tahun. ketawa bedekah2 bagai....tapi time menangis...Ya Allah...tuhan sahaja yang tahu...macam baby umur 12 hari! makin dia membesar, makin dia manjakan dirinya...sekarang ni dia tidur dalam buaiyan...cuba kawan-kawan bayangkan budak umur 2 tahun tidur dlm buaian...x ke pelik tuh! dulu masa dia baby, kemain lagi eloknya dia tidur atas katil!

Kami akan mengadakan majlis yang agak formal untuk birthday adik dan birthday abang pada 20hb March ni taw!!! xpe kan kek kecil-kecil dahulu..

0 comments:

Post a Comment