Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

2hb januari 2010 saya demam, afif telah bertanya…

‘ibu nape..’sbb dia lihat ibunya kesejukan dan x larat berjalan, sakit seluruh badan. Dlm mempersiapkan diri ke klinik, dia x henti-henti, memegang tangan dan memimpin saya. Cuba bawakan purse saya, pegang tangan, duduk di sebelah sambil tanya…ibu nak afif picit kepala ke.. dan saya angguk. Tapi baru 5 kali picit dia bg tau ‘ ibu, tangan afif ni sakit le bu…’ saya kata..ok le..afif duduk je sebelah ibu, x yah picit…caring kan? Saya lihat anak saya sudah boleh menjadi orang besar…..dan esok dia akan bersekolah. Allah mengurniakan saya nikmat berkeluarga, dan saya himpunkan segala isi kandungan kecintaan saya di dalamnya, dan ia menerbitkan rasa amat bahagia di hati saya. Saya bahagia dengan semua ini.


Afif di sekolah

Saya dan suami telah berpakat hendak menghantarnya ke sekolah lantaran kalau dia duduk di rumah pengasuh dia langsung tiada apa-apa perkara BAIK YANG DI LAKUKAN MELAINKAN MENONTON tv. Kesemua rancangan TV tu dia dah tahu jadual. Wonderpet pukul berapa, jimmy neutron pukul berapa, tah ape2 lagi le. Lantaran daripada perkara tersebut….tanggal 4hb 1 2010, kami menghantarnya ke PASTI yang berhampiran rumah. Mula2 saya rasa dia akan O.K. sebab dia budak yang mudah bergaul…tapikan………

Apa yang berlaku?

Dia x nak duduk atas lantai sama rakan2 lain semasa essembly 1st day…..saya susah hati.

Suruh angkat tangan pon xnak…soh jawab soalan pon tanak….’die takut!!’

Tiba-tiba ada ramai org, ramai ustazah, ishhhh banyak la lagi.

Dah la saya agak segan kerana anak saya x bawa beg sekolah sebagaimana orang lain…dia bawa beg plastic beli barang dari kedai surveniour aquaria semalam. Termalu saya…itulah akibatnya kerana tidak mengechek apa yang anak bawa kesekolah kan???????

Tapi…bila dah masanya msuk kelas masing-masing iaitu budak umur 4 tahun masuk kelas 4 tahun, umur 5tahun masuk kelas 5 tahun dan seterusnya. Dia memula jadi mcm anak ketam bila saya bawanya masuk kelas….alah!!!! jalan ala-ala anak ketam yg sengat2 sebelah badan melekat kat badan ibunya itu!!! tapi bernasib baik sbb….jeng jeng jeng….

Ada sorg budak kecik boy yang comel sebaya die juga berada di kelas itu!!! FUHHH lega makcik….!

Ibu: ni ha kawan afif…ha…nama sape? ‘ saya tanya

Haziq : Haziq. Jawabnya selamba. Dia budak yang O.K sbb maybe dia anak bungsu dan maknya telah membiasakan dirinya dlm persekitaran tersebut. Baginya berpisah dan environment baru adalah seronok……

Ibu: ‘Haziq meh sini gambar ngan Afif….’

Hmmm Haziq telah memakai uniform kerana saya rasa ibunya mempunyai connection dengan sekolah tersebut…dan tenaga pengajar di situ pon kenal si Haziq nih… kalo mcm tu sonang la keje den! Boleh le tinggaikan dia sorg2…..saya pon la lalalala…balik rumah dan tunggu pukul 245ptg utk mengambilnya semula…..

Mlmnya saya dan en daddy sembang tanya afif.

Daddy: seronok x sekolah afif

Afif : seronoklah….

Daddy: Afif makan apa tadi?

Afif: makan makanan yang ibu cakap x elok tu (junk food)

Saya x ajarnya makan makanan mcm tu…kalau saya dapat tahu….abis la peluang anak2…ia terlalu banyak MSG,x elok perkembangan minda anak. Even saya pon x suke makan. Tapi saya rasa x mungkin itu makanan yg d beri oleh pihak sekolah…ianya cuma iras2 junk food je kott! Ok sambung dialog kami.

Daddy: afif makan ke makanan x elok tu?

Sebelum dia jawab, dia lihat saya…dia tengok mood saya ok dan dia jawab

Afif: makan, tapi afif rasa je!! Ustazah bagi…

Ibu: afif rasa je ke afif makan? Kalau rasa…maknanya makan sikit2 je…tapi kalau makan, maksudnya makan banyak2. sekarang ni afif makan banyak ke makan sikit?

Afif: makan banyak sikit la….(waktu ni muke x pandang saya, punggungnya tonggang tonggek kat kusyen…dia takut jawab soalan saya)

Ibu: maksudnya afif makan banyak la…bukan rasa je la kan????

Afif: (diam)


Hari kedua sekolah

Saya hantarnya juga. saya buat ni semua kerana saya seronok dan bahagia apabila menghantarnya. ‘Anak suka ibu percaya…..’, ataupon untuk memberikannya semangat untuk belajar.

Semalam, pulang saja dari sekolah selepas menghantarnya mendaftar diri, saya meluangkan masa untuk membeli botol air. (botol air ayam). Saya nak dia tahu bahawa minum air itu baik untuk otak…saya x belikannya beg baru atau pensel case baru atau whatever yang baru2 untuk kesekolah..kerana……seminggu sblm dia ke sekolah saya pernah cakap sesuatu dengannya berbunyi:

Ibu: ‘nanti kita beli beg afif taw…sbb minggu depan afif dah start sekolah.. ‘ suatu hari yang indah semasa saya cuba memberitahunya bahawa dia akan start belajar secara formal.

Afif: ‘ehhhh…afif dah ada beg spiderman dah….!’ Jawab dia lantang.

HA itu la sebab kenapa saya x belikannya barang2 baru…sampai botol air pon saya terlupa belikan….dan anak saya bawa beg plastic ke sekolah pon saya x perasannnn!!!! X pe jangan ajar die memboros kan? Selamat dah duit saya kan?

Eh, apa yang berlaku pada hari kedua? Dia seronok ke sekolah..kerana telah memakai uniform macam kawannya Haziq.

Even semasa saya menggosokkan bajunya pon dia dah tersenyum2…’EEiiii afif suke la bu!!’

Sampai je kelas…terus buka beg sekolah dan kuarkan botol air ayam tu…tunjuk kengkawan…

Haziq: ‘dah ada beg dah?’

Afif: ‘ afif ada botol air ayam….’ Sambil buka dan tunjuk.

Saya tinggalkan mereka dengan dialog masing2.


Hari ketiga

Tiada apa yang berlaku….ianya seperti biasa. Sbb harini Daddy yang hantarnya. Daddy hantar lewat, sbb motor daddy x boleh start. Manakala kereta x boleh kuar sbb stuck, ada lori parking. MMMmmm pehtu Daddy telah di beri muka baikkkk punya dari pihak sekolah..hihihihi

1 comments:

Jojo said...

memang mcm muka bapak dia sungguh.. dah sekolah dah erk

Post a Comment