

Pada 24hb December 2009, usia perkahwinan kami mencapai 5 tahun. Ramai yg mengatakan, kebiasaannya bila dah 5 tahun mula lah macam2 perangai keluar…ia ke? Ia ke mcm tu? Boleh terima ke? Pada saya totally different. Saya x percaya semua itu. Mengapa??? Tadi dalam perjalanan saya ke HQ) di jalan sungai besi, saya telah mendengar satu rancangan dari radio IKIM.fm. menerangkan bagaimana menjalinkan hubungan yang sentiasa berseri di antara suami dan juga isteri. Bagaimana untuk kedua-dua pasangan sentiasa rasa dirinya diperlukan di hargai dan menghargai. Bagaimana keluarga yang dikatakan sentiasa mencintai dan di cintai…..MMMM panjang. Dan bab ini saya ingin menghuraikan dengan panjang lebarnya. Panjang dan tiada sebarang alasan lain melainkan saya sangat menyayangi, mencintai dan menghormati suami saya selepas Allah dan Nabi Muhammad.
Saya dan suami saling mengenali semenjak kami di tingkatan 4. saya berpindah ke sekolahnya iaitu sekolah menengah dato’ seri maharaja lela kerana sekolah saya tidak menawarkan sains tulen. Saya tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana sekolah asrama penuh atau teknik kerana saya telah terlambat mengisi kesemua borang tersebut. Kami dari keluarga yang daif, jadi kebanyakannya kami tidak mengetahui bagaimana cara untuk melepaskan diri saya ke sekolah baik itu. Atau, inilah jalan yang telah Allah buka kepada kami untuk berjumpa. Apa yang saya tahu pada waktu itu, dia ialah Mohamad Niza Fakarudin, my classmate. Itu je, selalunya saya datang ke kelas, belajar dan jalan balik asrama. Rutin berlaku seperti biasa. Saya memang x ambek port pun pasal dia datang sekolah ke, dia tidur kat kelas ke, die mengorat anak org ke, die main hoki pemain sekolah terhandal ke, ape ke…bla bla bla ke…semua x ambil tahu. Mmmmmm conclusionnya, saya cuma tahu dia adalah rakan sekelas apabila di dalam gambar kelas wujudnya dia. Bagus x??? huhuhu…
Hubungan kami terputus begitu sahaja. Kami tidak mengontek ke hape ke sampailah saya dalam tahun pertama melanjutkan pelajaran dalam degree. Itupon dalam keadaan yang amat terkejut kerana saya sangka org yang tiba2 berhenti di tepi jalan di Teluk Intan adalah seorg
Dari awal perkenalan dengan mana-mana lelaki saya amat berhati-hati. Saya
Saya telah memberitahu bahawa pilihan saya adalah Muhamad Niza Fakarudin. Seminggu selepas saya memberitahu, En. Daddy terus menghantar rombongan merisik, 5 bulan (1/5/2004) selepas itu kami bertunang dan 7 bulan selepas itu kami berkahwin (24/12/2004). Sepanjang perhubungan sebelum kami berkahwin, kami hanya berjumpa 2-3 kali sahaja. Kerana dia telah dihantar bekerja di
(saya telah menerima beberapa panggilan dari rakan-rakan, buku yang mana satu? ini dia bukunya saya update.sila klik di sumber untuk membeli pada tuannya sendiri melalui online. saya pengikut setianya ya!)
tulisan ustaz Hasrizal yang sangat baik (sumber)
Dan hari ini apabila telah genap 5 tahun perkahwinan, dia tetap ‘sama’. Malah lebih baik dari hari pertama saya mengenali serta tahun pertama kami bergelar suami isteri. 5 tahun berkahwin membuat ikatan kemesraan semakin erat. Kalau mana-mana pasangan mesti akan berkata. ‘5 tahun perkawinan mesti ada sesuatu berlaku’ tetapi tidak bagi kami. Tiada yang berlaku dan ia semakin utuh. Kami membina keluarga dengan menginginkan restu Allah. Sepanjang perkahwinan ini, Encik daddy telah berhenti merokok.
Saya mendoakan kami bahagia selamanya bersama untuk hari ini, esok, lusa dan selamanya hingga akhirnya. Saya sayang abang selepas Allah, Muhammad. Saya amat sayang abang kerana Allah dan tiada kata yang boleh meluahkanya.
0 comments:
Post a Comment