Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

03/01/2010

Hari jadi abang! Hepi besday tu you…hepi best dey tu you… Allah selamat kan kamu, Allah selamatkan kamu….’ditujukan untuk En Daddy’

Hari ini adalah hari ketiga cuti. Start 1hb pada jumaat, disambung 2hb pada sabtu dan hari ini 3 hb pada ahad. Pada hari jumaat En Daddy telah jatuh demam, ia disambung pula pada hari sabtu saya pula telah demam, dan ahad alhamdulillah kami dan anak-anak telah sihat sepenuhnya. Saya Cuma sakit tekak, kerana kalenjar saya bengkang. Manakala En Daddy selsema. Pagi hari kami telah membuat rumah kami sebegini

Sebenarnya projek ni dari hari pertama cuti. Tetapi ia telah postponed kerana kami jatuh sakit pula. Jadi pagi-pagi sebelum anak-anak bangun, kami telah membuat ini.

Petang pukul 4ptg…baru kami berpeluang untuk berjalan sekitar KL. Tempat yg dipilih ialah…AQUARIA…. Dah 2 tahun saya rasa ingin kesini.Walaupun selama 2 tahun itu saya bekerja di site glomac tower @ Jalan P.Ramlee yang sangat hampir (jalan kaki je) dengan aquaria tapi x pernah plak berkesempatan ke sini. Tapi baru hari ini berkesempatan.

Wah…ikannya besar2 belaka, duit nak masuk pon besar. RM72 hengget untuk kami sefamily. Di awal pintu masuk mereka menunjukkan pelbagai jenis reptilia, tetapi dah masuk dalam, ada bbbbanyakkkk ikan. Tiba dalam terowong lagi banyak ikan…besarnya jerung!!!!!!!!!! Besar pari!!! Besarnya kerapu!! Besarnya bawal dan kawan-kawan!!!! Masak golai pon sodap!! Tapi semasa di dalam terowong, afif terjerit2. dia takut amat!

Tengok gambar orang yang tengah nangis dalam stroller itu,

adiknya relax… jer! Sebab dia ingat ikan jerung, kerapu, pari yang dekat dengan kami tu akan gigit saya, daddy, dan adiknya, jadi dia jerit. ‘Ibu…jaga adik!!!!’ Ibu…jalan dekat sini!!!” Daddy….pegi ikut ibu tuh!! Iishhhh macam2 le…bingit dan kelakar plak rasanya….

Dan…ia ‘percutian yang hebat’!! mengapa saya kata hebat? Kerana….hari ini orang x ramai, mereka semua x keluar KL, sebab masing-masing sibuk dengan persiapan menghantar anak-anak kesekolah esok! Tengok gambar2 di bawah..x ramai orang kan? Kami boleh bergambar sesuka hati, boleh bising2 sesuka hati, boleh minta tolong awek pintu masuk ambilkan gambar….mmmmmm konklusinya ia adalah percutian hebat di Kuala Lumpur kan? Semasa di kedai surveniour, saya belikan anak pelekat peti sejuk dan pensel case untuk afif, kerana yang lain mahal amat! Saya beritahu…afif kene beli pensel case sebab esok afif start pegi sekolah tau!!

Balik dari aquaria pukul 6ptg, kami rushing balik sbb, kami x solat lagi. Kami solat di petronas tepi jalan, dan meneruskan ketempat yang saya suka. Saya suka kedai itu…kan abang kan? Nanti saya cari kedai yang ala-ala lebih kurang kedai tu.ekekek. balik rumah, solat makan dan En Daddy pergi kerja pula. Bukankah saya sudah cakap yang En Daddy saya seorg yang sangat sibuk dengan tugasnya menjaga keharmonian masyarakat.Selepas menghantar Daddy di muka pintu, saya masuk dalam rumah dan terkujat amat… anak saya sudah pandai melukis gambar ikan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! menjerit sekuat hati saya dengan bakat yang di tunjukkan oleh afif. Walaupun semasa di aquaria tadi dia terjerit2 bagai sebab takut saya, daddy, dan adiknya di makan oleh sang jerung, tapi dia boleh ingat rupa jerung itu.!! Ini gambar pertama afif lukis yang ada bentuk selain dari bentuk bulat2 ‘biasa’. Jadi ibu masukkan di dalam blog ibu ni.

0 comments:

Post a Comment