Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Dah hampir 2 bulan saya terlalu kurang mengajarnya mengaji. Faktor utama ialah kesihatan diri yang tak mengagumkan. Kasihan kan pada anak-anak saya yang memperolehi ibu seperti saya ni? Ada harinya saya rasa sangat-sangat sakit dibahagian perut sehinggakan nak berjalan dari dapur ke depan pun terpaksa berpaut di dinding-dinding...adakalanya saya rasa badan sangat letih dan memerlukan tidur yang cepat...dan sangat-sangat banyak adakalanya dalam senarai saya.

Saya tidur dalam keadaan yang sedih kerana hari-hari biasa tidak dapat mendidik anak-anak seperti yang saya mahukan. Sentiasa berada dalam keadaan bersalah....Saya tidak mahu menjadi ibubapa 'terbiasa' yang menyerahkan pendidikan anak-anak secara bulat-bulat ke atas ustazah dan che egu.

Afif baru bertatih-tatih belajar Iqra' 3, itupun kebanyakan masanya di ajar oleh ustazah di sekolah. Kalau nak harapkan saya ibunya, tah bila dia nak sampai ke situ pun tak tahu. Cumanya saya akan mengajarnya bila 'ada masa'. Ada ke patut...

2hari berturut-turut ni saya rasa badan mampu untuk meluangkan masa mengajarnya. Alhamdulillah Allah memberikan saya kesempatan. Lalu saya ajarnya cara membaca sebagaimana yang 'sepatutnya' semasa membaca alQuran, kerana kaedah ustazah ajar agak 'berlainan'. Saya mengajar dengan menyebut satu perkataan menjadi perkataan tetapi pihak sekolah menyebut satu persatu huruf, contohnya kalau dalam bahasa melayu untuk menyebut 'kamera'.
sekolah ajar huruf by huruf iaitu...'ka........me.........ra.......' setiap satu sebutan akan berhenti. Tetapi apa yang saya ajar ialah...'kamera'. Sama tapi tak serupa. saya mahukan anak cepat membaca. Tak salah cara sekolah ajar kerana ia cuba memberitahu anak-anak setiap jenis bunyi yang ada, Cuma saya sukakan kaedah pantas supaya dia bergerak laju.....dan mungkin sekolah kekurangan masa untuk mengajar mereka kerana anak-anak murid yang ramai.

'alamak....afif asek tersilap je la bu....' dia merungut sebab terpaksa mengeja dan menyebut dengan laju. Baris atas terbunyi baris bawah....yang sepatutnya 2 harkat tiba-tiba takde panjang..
'hmmmm.....takpe, lama-lama nanti afif akan tahu...ibu tahu anak ibu pandai'
saya cuba memberikannya masa, padahal rasa macam nak marah tu ade, rasa hangin dalam badan apetah lagi...Dari tadi dia buat aksi akrobatik pegang penunjuk ke sana kesini, sembang ngan si adik, aksi nak berenang pun ade, spiderman pun ade, cicakman pun ade....hmmmm saya cuma minta Allah berikan saya kesabaran untuk mengajo aje. Kalau saya tak sabau, saya takkan dapat menghasilkan saham 'emas' di akhirat.
semalam saya mengajarnya hampir 40minit. Sebab ape lama sangat??????? Sebab dia dah malas dan dia tak nak dengar cakap! Saya termarah sampai berair mata anak membaca. Harini performance agak o.k. dan semalam punya ayat dia masih ingat.....

'adoi....ngapele afif asyek lupe je bu...' rungutnya sambil memegang dahi.
'ibu dah kata, jangan makan jajan...jajan dan gula-gula tu tak elok...asek buat lupa je. tak pandai' jawab saya.
'tak la....abang rasa kat dahi abang ni ade banyak sangat minyak motor ngan minyak kete ni...tu sebab abang selalu lupa....' tingkahnya cuba menidakkan jajan tak elok.
'bukannya pasal minyak motor dan minyak kete....kalau abang nak jadi cepat ingat abang kenela selalu makan kismis ngan madu....' saya jawab sambil terfikir, ngape pulak alasan si anak minyak motor ngan kereta kat dahi plak ni.......ermmmmmm, oho! saya pernah bagi tahunya masa isi minyak haritu supaya jangan buka tingkap ngan pintu sebab nanti bau minyak masuk kete...bau minyak tu x elok untuk otak, banyak plumbum...boleh buat cepat lupa...tapikan, saya bagi tahu sekali jer. Apasal yang sekali tu dia ingat tapi yang berkali-kali saya bagi tahu pasal ketidakelokan jajan tu dia x hengat-hengat hah!!!
'nanti ibu belikan la madu...abang nak cepat hafal dan pandai' afif sengih.
'dalam peti sejuk tu hape? jus tok guru tu madula....tu sebab kena minum hari-hari...' saya membalas.
'o....baru abang tahu' jawabnya
'mmm...ibu cakap puluh2 kali dah jangan makan jajan, tapi abang tu ha, asek beli jer....dah tu, sambung balik baca' saya cuba memotong. Itu sebab kami mengaji akan mengambil masa yang lama, sebab si abang banyak sangat argument...

Hari-hari saya cuba terapkan dalam fikirannya sesuatu yang tak elok takkan menjadi elok sampai bila-bila. Dan percubaan saya itu harapnya suatu hari nanti akan melekat di fikirannya. Saya cuba jadikan mereka ikan di lautan, walaupun air laut masin, tapi daging mereka tidaklah semasin air laut. Agar anak-anak sentiasa bereksplorasi menggunakan otaknya untuk menentukan keadaan. Saya payah untuk mengawal pemakanan anak-anak, kerana anak saya di jaga dan di awasi oleh 'orang lain' semasa saya bekerja. Jadi apa yang dapat saya lakukan ialah, doa dan harapan agar anak-anak mendengar, ekspolasi dan menerima hakikat...Insya Allah....


Kalaulah saya ditakdirkan menjadi suri rumah......


Comments: (0)

Saya buat-buat kerja sambil buat kerja. Hah? Apetu!!! Ye la...saya buat kerja opis sambil mata memandang-mandang blogger. Sambil tangan saya ligat menyiapkan kerja-kerja di ofis, mata dan tangan saya juga ligat menulis blog. 2 kerja di lakukan dalam satu masa. Kalau agak2 boring buat kerja ofis, saya akan tulis blog, sambung balik perkataan yang sepatutnya saya tulis...boleh ke gitu? Teknik apakah yang dipakai? Namanya teknik ibu mengandung....hehehehe

Encik-encik bos saya kadang-kadang call
'Syima...have you sent the letter?'
'Not yet bos.....or, harini bos!'
'Syima...do you know bla bla bla bla bla.....?'
'Not sure bos...'
'Syima...bla bla bla bla....'

Kalau korang la dapat pekerja macam haku ini...ape yang korang nak bagi...Pelempang gamaknya. Tapi semalam saya dah selamatkan kompeni...selama 5tahun berturut-turut saya selamatkan ISO kompeni dengan BMTRADA untuk bahagian site. Fuhhh!!! penat den nak menjawab soalan dan nak menyediakan bahan-bahan untuk itu ISO. Nak terberanak pun ade rasanya. Dari seawal pagi sampai pukul 330ptg baru siap...

'Bila you punya due?' tanya si auditor sebab saya termengah-mengah mencari documen.
'bulan 7..lama lagi tapi saya ni memang lembek...' dalam hati hanya tuhan yang tahu...jangan tanya lebih2 boleh tak??
Nasib baik cik Zurriana ade membantu...nasib nasib sungguh baik.....Thank you very much dear!!!


Mengandung kali ni banyak cabaran. Mengandung anak yang berbeza maka berbezalah cabarannya. Kali agak payah berbanding 2kandungan sebelum. Adakalanya saya terpaksa melalui hari-hari yang sukar, adakalanya tak begitu sukar. Kadangkala terasa 'amat perit' untuk membawa badan dari parking kereta ke site office...kekadang rasa macam xde ape masalah....kadang-kadang call incik daddy

'Abang bolah balik awai tak? Harini betoi2 tak larat nak jaga anak.....'
'Abang...boleh tak belikan food......' Sebab saya tak larat masak
'Abang kat mana? balik pukul berapa? harini rasa macam nak pengsan...'

Boleh dikatakan setiap hari saya mahukan dia berada disisi. Supaya saya boleh balik berehat sambil belunjur kaki....sambil suara saya sahaja yang kedengaran dari atas katil atau kerusi.

'Daddy...tolong bancuhkan susu adik...'
'Alah...mintak tolong daddy ajela....'
'Ibu baru nak baring....ibu tak larat....'
'Sayang-sayang ibu main baik-baik boleh tak...kan adik beradik...'
Hah...gitulah.....tapi tu semua impian jer...kenyataannya adalah...Incik Daddy berkhidmat untuk negara. Tapi Incik Daddy harus ingat...bukan incik daddy sahaja yang memberi khidmat untuk negara...kami ber-4 pun sama berjuang juga ya... Ewah...nak jugak nama.
Ia adalah minggu ke 29. Berat = 71kg! wah....kenaikan yang sangat membanggakan

Anak kecilku ini selalu bergerak pada waktu tengah malam sampai ibu tak dapat tidur. Ibu akan terjaga pukul 330pagi, lepas tu tak tau nak buat ape...nak tidokan mata memang tak boleh. Kang pegi keje mengantuk ngantuk kat meja....adesss......

Tapi saya begitu hairan...walaupun kemengandungan kali ini agak 'berat=susah' berbanding sebelumnya, saya masih menaikkan berat badan seperti kemengandungan-kemengandungan sebelumnya. Cuba puan puan semua bayang kan, sebulan=2kilo, 9bulan=18kilo...itu ialah minimum. Bacaan maksimum pula bagaimana?

Haishhh...sedang merangka jadual penurunan berat badan untuk 2 bulan akan datang.....haishhhhhh!!!!
Comments: (0)
Lama dahulu yang saya terlupa bulan berapa cerita saya ni...yang penting ia adalah awal tahun 2010. Saya dan anak-anak dalam perjalanan balik dari mengambil mereka sebaik pulang sahaja dari kerja. Afif saya hantarkan ke rumah ustazah yang mengajarnya di sekolah, sebab saya x payah nak ulang alik sekolah ambilnya, manakala Afrina meneruskan kehidupannya di rumah Cik Nah. Pengasuh yang x pernah bertukar semenjak saya menghantar Afif sejak berusia 5bulan.

Afif: Ibu, napa kita x pegi umah ibu tu dulu? - sambil tangannya menunjukkan arah jalan rumah sewa kami dahulu. Rupa-rupanya dia sangat mengenali setiap pelusuk jalan area kami tinggal..dan tiap kali lalu depan rumah lama dia akan cakap...ni umah ibu!!! Dan saya akan reply,
Ibu: O...umah kecik kecik ni umah ibu...yang kita tinggal sekarang ni umah sapa?
Afif: Umah afif la....
Si adik cuma memasangkan telinganya sahaja tanpa sebarang komen. Pendengar setia.
Ibu: Nape afif tanya? afif nak balik ke umah tu ke?
Afif: X nak lah!! tapi nape hah ibu? kita x pegi umah tu lagi?
Ibu: Tu rumah sewa... dan kita dah pindah kerumah kita sendiri, x payah sewa-sewa lagi. Walaupun rumah kita tu masih bukan milik kita sepenuhnya, tapi sekurang2nya nama loan rumah itu tertera nama ibu!

Actually jarak di antara rumah kami, rumah sewa, rumah pengasuh anak2 adalah dekat2 belaka...dalam 3-5minit sahaja. Sebab dah terbiasa tinggal di kejiranan itu dan x jammed. Boleh saya cakap gitu?? ke KL dekat, ke Putrajaya dekat, ke Shah Alam dekat, mana-manalah..dan sangat convenient walaupun padat.

Sampai sahaja rumah, saya terus kedapur, buat2 baik nak masak konon..hehehe.. ni time ade mood. Sebab hubby selalu balik lewat, dan dia x makan di rumah. Walaupun saya di dapur, saya tetap jenguk2 ke depan untuk melihat apa yang anak2 tengah buat..sbb derang bedua ni banyak pojek 'mega'. Saya lihat afif tengah baring, sambil kakinya di angkat vertical ke dinding, sebelah tangan sedang memicit2 kepala. Dan saya kembali ke dapur tanpa menghiraukannya. Sedang saya sibuk2 di dapur, Afif menjerit dari depan...

Afif: Ibu!!!!!! UMAH SEWA TU APE???????
Hah! tu dia...saya dah jumpe nape anak saya pening2 lalat kat depan...rupanya dia x tau ape ke jadahnya umah sewa. Saya terbaca artikel keibu bapaan dalam 'aku terima nikahnya' - ustaz tu bagi tahu jawab soalan anak-anak sebagaimana kita menjawab soalan orang dewasa yang lain. Jangan sesekali menganggap anak- anak ialah anak kecil dan x faham. Kerana anak-anak akan membesar, dan jika mereka ingat jawapan yang di beri adalah salah, mereka mungkin berkata ibubapa suka menipu, atau ibu bapa x pandai, atau ibu bapa selalu buat tak kisah atas apa yang di soalkan...yang penting sekali ibu bapa x kisahkan mereka. Padahal jawapan yang diberikan sebagaimana orang besar itulah yang bakal merembeskan otak anak-anak untuk jadi seorang yang memahami dan bagaimana cara mereka berfikir.

Mmm... jadi saya tutup api dapur, dan duduk di sisi anak yang sedang berbaring di depan. Saya beritahunya dari A-Z. Rumah sewa ialah rumah yang bukan milik kita. Kita cuma pinjamnya sahaja dan pemilik akan mengenakan bayaran yang di panggil duit sewa. Pemilik rumah kita tu alah seorang kakak yang kadang2 dia akan datang kerumah kita dan tanya O.K ke tak... Kakak tu la yang punya rumah tu...bukan kita, kita cuma duduk sekejap je. Tapi rumah yang kita duduk sekarang ni adalah milik kita, cumanya Daddy kene bayar jugak tiap bulan, tapi bukan pada pemilik rumah, sekarang ni kene bayar pada bank pula..sebab kita pinjam bank untuk dapatkan rumah ni. Saya terangkan satu satu satu dan persatu...dan anak saya dengar dengan penuh hati-hati. Macam orang faham. tapi selepas lama saya terangkan...dia reply.

Afif: Ibu, kakak (tuan rumah sewa) yang rumah tu pakai baju warna apa hah???? - dan saya rasa macam nak gelak tapi jawab
Ibu: pakai baju warna oren
Afif: Ada gambar katun tak?
Ibu: Ada...gambar garfield...dan saya bangun terus ke dapur...tapi senyum selebar mungkin! HAHAHAH

'Duhai anak-anak.. suatu hari nanti dikau akan lebh pandai dari ibu, dan ilmu adalah harta terbaik yang dapat ibu berikan kepadamu....'
Comments: (0)
Masih ingatkah kawan kawan seangkatan degree ku kepada kak Aishah? oh....kak aisyah yang mandarin tu....hmmm alah...kak aishah yang selalu translate cite-cite mandarin ke melayu tu...hahaha..kak aisyah yang suatu ketika dulu kami selalu gunakan untuk mentranslate-kan semua yg F4 taiwan cakap...(Beli CD tapi x faham sepatah haram yang derang cakap?) Sampai gitu punya demam meteor garden suatu ketika dahulu.

Saya selalu ingat dia. dan saya selalu cerita pada kawan-kawan sekerja..
Dulukan masa akak belajo2 dulu ade sorg kawan akak sanggup drop paper hanya kerana nak sambung belajo bahasa mandarin kat Mainland of China (Beijing). Dia balik je dari study...dia terus sambung balik degree nya yang pernah terhenti.

Tapi tu cerita dulu. Bagi saya...saya sukakan caranya. Sebab saya sukakan bahasa. Kalaulah saya di beri peluang...saya tentu akan buat sepertinya. Sebagaimana sifu Encik Tn. Haji Hasrizal (Penulis Buku Aku Terima Nikahnya) belajar bahasa Turki, Arab,English sehingga menjadi sangat fasih. Masih ingat lagi saya ketika menghabiskan pembacaan bukunya yang bertajuk secangkir teh pengubat letih.. kadang kadang tersenyum dan ketawa sendiri apabila membaca bait-bait kata yang dihujahkannya. Bagaimana dia cuba menterjemahkan kumbang yang mencari bunga di dalam bukunya itu...Bagi orang turki, kumbang adalah sangat hodoh untuk digunakan sebagai peribahasa, dan dia cuba mencari haiwan lain sebagai ganti...dan apa yang dijumpainya adalah kelebet (rama-rama)...Haaha... masih ingat..masih sangat ingat. Dan ingatan saya masih ingat dengan ceriteranya yang menceritakan mengapa ayam turki mempunyai nama yang berbeza di setiap negara.. Hmmm negara kita guna nama ayam itu sebagai ayam belanda, negara barat memanggilnya Turkey, Negara turki panggilnya apa?? Ayam Rome.. Hahah...kenapa panggil nama ayam tu di pelbagaikan untuk setiap negara? Oh... bila di hayati dan dilihat dari aspek sejarah...lihat lah bagaimana susahnya Barat (Empayar Rome) ingin menguasai Turki suatu ketika dahulu...mereka berperang yang amat dasyat untuk mendapatkan Turki..tetapi Turki memberikan tentangan yang amat garang...begitu juga negara kita...sebagaimana pihak belanda yang datang ke Melaka menjajah kita dengan merampas segala apa yang ada, anak bini, tanah, harta, hasil pertanian..semuanya diorang nak ambil..sampai ada pepatah yang mengatakan 'dah macam Belanda dapat tanah......'


Ok...berbalik kepada Kak Aisyah. Baru-baru ni saya telah terjumpanya di One Utama. Waktu tu saya refreshment di Popular. Hmm...rupanya banyak jugak buku yang saya ketinggalan semenjak tidak berada di site Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur. Dulu saya selalu menghabiskan masa membaca dari muka ke muka dari sebuah buku ke sebuah buku semasa menunggu dan berada di dalam train. Sekarang, saya tidak naik train lagi...dan masa saya, saya habiskan dengan mendengar lagu....Ohoh!!!!

Sekarang ni kan kawan-kawan....Kak Aisyah dah kerja dengan Media Prima. Sebagai translator di 8TV. Kalau korang semua tengok cerita pukul 830mlm yang sepatutnya orang Korea cakap tapi telah dimandarinkan tu...translatornya adalah kakak kiter!!!!! AHAH! Kakak kita telah mentranslatekan bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu untuk SATU MALAYSIA lah.... Wah wah wah.....dia cakap nanti Syima tengok kat hujung2 cerita yang tunjuk nama translator tu..Aishah binti Abd RAhim...Tu akak lah....hahahah...sukenye saya.....

Kak Aishah tetap maintain cute gitew. Dan expected for 3rd baby...just 2 month. I'd asked her Fb...tapi dia kata dia tak active...alah kak aisyah ni...kalu ade FB kan syiok...boleh bertukar2 maklumat kalo. Dan saya tanyanya...tidak mahukah dia belajar bahasa Korea...Dia jawab nak jugak...teringin jugak katanya...alah kak Aisyah...saya ni tengah bertatih-tatih...Doakan saya yer!

Dan lagi die tanya, awak masih Enginiurkah...saya jawab...iyer..saya! Tapi satu hari nanti saya ingin menjadi Ingeniur kek.hahaha...sebagaimana akak..saya pun mempunyai sesuatu yang saya suka....Saya suka kek, bahasa, dan kawasan2 yang sewaktu dengannya...

Greedy i am??? YEZZA!!

I AM GREEDIEST, STINGIEST FOR THE KNOWLEDGEd....

Regards
Syima
Pstt: Kak Aishah kata saya masih maintain sama dolu2 walaupun sula ala lua olang anak...hahaahahahahahahahah HAIPPP!!!
Comments: (0)
Macamana korang nak buat sesuatu bende yang korang x suke? Adehh...itu lah masalahnya....
Masalah sendiri...
Bukan susah pun
Tapi dah delay seminggu
Tapi masalahnya saya malas
Semua benda lain saya dah selesaikan termasuk lah kemas2 semua meja...
Semata-mata nak running that kind of task
Tapi....semenjak semalam semua kerja d ofice yg tertangguh saya dah selesaikan hanya untuk kosong hari utk selesaikan tugas itu
Tapi......masih x jalan2
Sekarang....saya buntu
Mereka bertanya
Ada yang betanya
Sudah siap belum?
Adehhhh....masalahnya saya MALAS
Afrina: Dedi...buleh x adik jadi pulis?
Daddy: tak...daddy x kasi
Saya dan afif duduk di hadapan sambil mengadap TV..cite ape ntah? Tapi memerlukan penumpuan sepenuhnya...huhu, Lepas tu saya terdengar..ngiung ngiung ngiung...gitu2 la kat telinga...oleh x ibu?- lebih kurg mcm tu sbb x ambik peduli punye pasal. dan saya jawab..
Ibu: Boleh
Terdengar jeritan daddy dari bilik.
Daddy: Nape ibu cakap boleh??? dia nak jadi polis la tu...dia tanya...
Ibu yang x ambik peduli tadi dengan mata terbuntal mengalihkan pandangan...
Ibu: Hah??? Ape? Adik nak jadi pulis? xleh...adik xleh jadi pulis...adik kene jadik Doktor.
(kataku, fullstop!)
Tiba-tiba si Afrina/adik terus bertanya.
Afrina: Ibu sakit apa?
Ibu: Hah??? (dalam hati terus aku dapat menangkap...cepatnya faham!)
Ibu: Ibu sakit perut...
Afrina: Ibu buka mulut
Ibu: A.....(menganga)
Sambil afrina memasukkan jari telunjuk 2-3 saat kat kuarkan
Afrina: Eii...manasy (panas)! ibu demam ke?
Ibu: Amboi...pandainya......
Tiba-tiba abang yang sedang asek bermain game jerit...
Afif: Ibu! abang plak nak jadi ape?
Ibu: Abang kene jadi pilot.
dan tiba-tiba si abang bertanya
Abang: Ibu nak g mana??
Ha haha...aku sker, otak yang sangat cepat menangkap.....!!
Comments: (0)


Jatuh bangun adalah sebuah kehidupan. Cehhh! Itu kata mereka...tapi kengkadang aku pun guna ayat yang sama...Tapi kejatuhan yang satu ni aku memang x boleh nak terima. Selama aku berkecimpung dalam bidang pembuatan kek ni, sebijik kek pun yang aku buat x jadi. Kebanyakannya ia akan jadi. MENJADI. Sebab semangat yang amat kental, walaupun bukan lahir dan mempelajari bidang tersebut, tapi aku tetap yakin, dengan kredibility yg ada dalam diri aku...senang je nak tepis semua tu. Dan moto hidup aku ialah...LIFE IS EASY, just make it SIMPLE n brigth, semua masalah pun akan hilang dengan senangnya...WAhhhh, kalau rasa stress, pasang lagu kuat2 nyanyi suka hati dalam kereta tanpa peduli kereta sebelah anda yang menjeling...hehehehe

Ia berlaku 2 hari lalu. Aku dah publish pun dalam FB, kek yang x lawa, x puas hati itu telah di tayangkan ke umum.. Malu kalo EDNA DE Cruz nampak anak sedara (anak murid) webnya buat kek cenggitu....! sungguh malu..., malu dia nak ngaku anak murid..huhuh

Kebiasaannya saya akan bangun seawal 3pagi untuk mendecorate-kan kek, dan tak pernah berlaku sebagaimana 'hari itu' saya decorate dan ianya tidak menjadi... SEDIH sangat rasanya sampai ke hari ini tetap sedih. Baru saya tahu, jika anda berlari sejauh mana sekalipun jika Allah tidak membenarkannya untuk terjadi, ia tetap akan tidak jadi... YA Allah...dugaan yang hebat rasanya. Dari seawal 3 pagi sampai 8mlm, saya stress out to that cake. x siap even tho masa hubby balik umah nak buat penghantaran. Apa yang saya rasa??? PENAT! nak NANGIS! nak MUNTAH...mengeluh sendirian

Ni hasil pertama kali ia dibuat, macam kek yang terjatuh kat dalam buttercream icing kan??? macam hampeh! Hopefully next time Allah x uji dengan ujian ini lagi, boleh ke saya buat pilihan sebegitu? Tentulah tidak....selagi masih hidup di atas mukabuminya saya masih layak untuk di uji....dan Ya Allah...tabahkan hati ini untuk menghadapi dugaan yang mendatang....