Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's


Saya buat-buat kerja sambil buat kerja. Hah? Apetu!!! Ye la...saya buat kerja opis sambil mata memandang-mandang blogger. Sambil tangan saya ligat menyiapkan kerja-kerja di ofis, mata dan tangan saya juga ligat menulis blog. 2 kerja di lakukan dalam satu masa. Kalau agak2 boring buat kerja ofis, saya akan tulis blog, sambung balik perkataan yang sepatutnya saya tulis...boleh ke gitu? Teknik apakah yang dipakai? Namanya teknik ibu mengandung....hehehehe

Encik-encik bos saya kadang-kadang call
'Syima...have you sent the letter?'
'Not yet bos.....or, harini bos!'
'Syima...do you know bla bla bla bla bla.....?'
'Not sure bos...'
'Syima...bla bla bla bla....'

Kalau korang la dapat pekerja macam haku ini...ape yang korang nak bagi...Pelempang gamaknya. Tapi semalam saya dah selamatkan kompeni...selama 5tahun berturut-turut saya selamatkan ISO kompeni dengan BMTRADA untuk bahagian site. Fuhhh!!! penat den nak menjawab soalan dan nak menyediakan bahan-bahan untuk itu ISO. Nak terberanak pun ade rasanya. Dari seawal pagi sampai pukul 330ptg baru siap...

'Bila you punya due?' tanya si auditor sebab saya termengah-mengah mencari documen.
'bulan 7..lama lagi tapi saya ni memang lembek...' dalam hati hanya tuhan yang tahu...jangan tanya lebih2 boleh tak??
Nasib baik cik Zurriana ade membantu...nasib nasib sungguh baik.....Thank you very much dear!!!


Mengandung kali ni banyak cabaran. Mengandung anak yang berbeza maka berbezalah cabarannya. Kali agak payah berbanding 2kandungan sebelum. Adakalanya saya terpaksa melalui hari-hari yang sukar, adakalanya tak begitu sukar. Kadangkala terasa 'amat perit' untuk membawa badan dari parking kereta ke site office...kekadang rasa macam xde ape masalah....kadang-kadang call incik daddy

'Abang bolah balik awai tak? Harini betoi2 tak larat nak jaga anak.....'
'Abang...boleh tak belikan food......' Sebab saya tak larat masak
'Abang kat mana? balik pukul berapa? harini rasa macam nak pengsan...'

Boleh dikatakan setiap hari saya mahukan dia berada disisi. Supaya saya boleh balik berehat sambil belunjur kaki....sambil suara saya sahaja yang kedengaran dari atas katil atau kerusi.

'Daddy...tolong bancuhkan susu adik...'
'Alah...mintak tolong daddy ajela....'
'Ibu baru nak baring....ibu tak larat....'
'Sayang-sayang ibu main baik-baik boleh tak...kan adik beradik...'
Hah...gitulah.....tapi tu semua impian jer...kenyataannya adalah...Incik Daddy berkhidmat untuk negara. Tapi Incik Daddy harus ingat...bukan incik daddy sahaja yang memberi khidmat untuk negara...kami ber-4 pun sama berjuang juga ya... Ewah...nak jugak nama.
Ia adalah minggu ke 29. Berat = 71kg! wah....kenaikan yang sangat membanggakan

Anak kecilku ini selalu bergerak pada waktu tengah malam sampai ibu tak dapat tidur. Ibu akan terjaga pukul 330pagi, lepas tu tak tau nak buat ape...nak tidokan mata memang tak boleh. Kang pegi keje mengantuk ngantuk kat meja....adesss......

Tapi saya begitu hairan...walaupun kemengandungan kali ini agak 'berat=susah' berbanding sebelumnya, saya masih menaikkan berat badan seperti kemengandungan-kemengandungan sebelumnya. Cuba puan puan semua bayang kan, sebulan=2kilo, 9bulan=18kilo...itu ialah minimum. Bacaan maksimum pula bagaimana?

Haishhh...sedang merangka jadual penurunan berat badan untuk 2 bulan akan datang.....haishhhhhh!!!!

0 comments:

Post a Comment