Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Dah hampir 2 bulan saya terlalu kurang mengajarnya mengaji. Faktor utama ialah kesihatan diri yang tak mengagumkan. Kasihan kan pada anak-anak saya yang memperolehi ibu seperti saya ni? Ada harinya saya rasa sangat-sangat sakit dibahagian perut sehinggakan nak berjalan dari dapur ke depan pun terpaksa berpaut di dinding-dinding...adakalanya saya rasa badan sangat letih dan memerlukan tidur yang cepat...dan sangat-sangat banyak adakalanya dalam senarai saya.

Saya tidur dalam keadaan yang sedih kerana hari-hari biasa tidak dapat mendidik anak-anak seperti yang saya mahukan. Sentiasa berada dalam keadaan bersalah....Saya tidak mahu menjadi ibubapa 'terbiasa' yang menyerahkan pendidikan anak-anak secara bulat-bulat ke atas ustazah dan che egu.

Afif baru bertatih-tatih belajar Iqra' 3, itupun kebanyakan masanya di ajar oleh ustazah di sekolah. Kalau nak harapkan saya ibunya, tah bila dia nak sampai ke situ pun tak tahu. Cumanya saya akan mengajarnya bila 'ada masa'. Ada ke patut...

2hari berturut-turut ni saya rasa badan mampu untuk meluangkan masa mengajarnya. Alhamdulillah Allah memberikan saya kesempatan. Lalu saya ajarnya cara membaca sebagaimana yang 'sepatutnya' semasa membaca alQuran, kerana kaedah ustazah ajar agak 'berlainan'. Saya mengajar dengan menyebut satu perkataan menjadi perkataan tetapi pihak sekolah menyebut satu persatu huruf, contohnya kalau dalam bahasa melayu untuk menyebut 'kamera'.
sekolah ajar huruf by huruf iaitu...'ka........me.........ra.......' setiap satu sebutan akan berhenti. Tetapi apa yang saya ajar ialah...'kamera'. Sama tapi tak serupa. saya mahukan anak cepat membaca. Tak salah cara sekolah ajar kerana ia cuba memberitahu anak-anak setiap jenis bunyi yang ada, Cuma saya sukakan kaedah pantas supaya dia bergerak laju.....dan mungkin sekolah kekurangan masa untuk mengajar mereka kerana anak-anak murid yang ramai.

'alamak....afif asek tersilap je la bu....' dia merungut sebab terpaksa mengeja dan menyebut dengan laju. Baris atas terbunyi baris bawah....yang sepatutnya 2 harkat tiba-tiba takde panjang..
'hmmmm.....takpe, lama-lama nanti afif akan tahu...ibu tahu anak ibu pandai'
saya cuba memberikannya masa, padahal rasa macam nak marah tu ade, rasa hangin dalam badan apetah lagi...Dari tadi dia buat aksi akrobatik pegang penunjuk ke sana kesini, sembang ngan si adik, aksi nak berenang pun ade, spiderman pun ade, cicakman pun ade....hmmmm saya cuma minta Allah berikan saya kesabaran untuk mengajo aje. Kalau saya tak sabau, saya takkan dapat menghasilkan saham 'emas' di akhirat.
semalam saya mengajarnya hampir 40minit. Sebab ape lama sangat??????? Sebab dia dah malas dan dia tak nak dengar cakap! Saya termarah sampai berair mata anak membaca. Harini performance agak o.k. dan semalam punya ayat dia masih ingat.....

'adoi....ngapele afif asyek lupe je bu...' rungutnya sambil memegang dahi.
'ibu dah kata, jangan makan jajan...jajan dan gula-gula tu tak elok...asek buat lupa je. tak pandai' jawab saya.
'tak la....abang rasa kat dahi abang ni ade banyak sangat minyak motor ngan minyak kete ni...tu sebab abang selalu lupa....' tingkahnya cuba menidakkan jajan tak elok.
'bukannya pasal minyak motor dan minyak kete....kalau abang nak jadi cepat ingat abang kenela selalu makan kismis ngan madu....' saya jawab sambil terfikir, ngape pulak alasan si anak minyak motor ngan kereta kat dahi plak ni.......ermmmmmm, oho! saya pernah bagi tahunya masa isi minyak haritu supaya jangan buka tingkap ngan pintu sebab nanti bau minyak masuk kete...bau minyak tu x elok untuk otak, banyak plumbum...boleh buat cepat lupa...tapikan, saya bagi tahu sekali jer. Apasal yang sekali tu dia ingat tapi yang berkali-kali saya bagi tahu pasal ketidakelokan jajan tu dia x hengat-hengat hah!!!
'nanti ibu belikan la madu...abang nak cepat hafal dan pandai' afif sengih.
'dalam peti sejuk tu hape? jus tok guru tu madula....tu sebab kena minum hari-hari...' saya membalas.
'o....baru abang tahu' jawabnya
'mmm...ibu cakap puluh2 kali dah jangan makan jajan, tapi abang tu ha, asek beli jer....dah tu, sambung balik baca' saya cuba memotong. Itu sebab kami mengaji akan mengambil masa yang lama, sebab si abang banyak sangat argument...

Hari-hari saya cuba terapkan dalam fikirannya sesuatu yang tak elok takkan menjadi elok sampai bila-bila. Dan percubaan saya itu harapnya suatu hari nanti akan melekat di fikirannya. Saya cuba jadikan mereka ikan di lautan, walaupun air laut masin, tapi daging mereka tidaklah semasin air laut. Agar anak-anak sentiasa bereksplorasi menggunakan otaknya untuk menentukan keadaan. Saya payah untuk mengawal pemakanan anak-anak, kerana anak saya di jaga dan di awasi oleh 'orang lain' semasa saya bekerja. Jadi apa yang dapat saya lakukan ialah, doa dan harapan agar anak-anak mendengar, ekspolasi dan menerima hakikat...Insya Allah....


Kalaulah saya ditakdirkan menjadi suri rumah......


0 comments:

Post a Comment