Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Ini ialah salah satu dialog adik. Belum lagi yang lain-lain. Yang mencabar otak ibu daddy dia nak jawab. Pagi tadi lepas saja menghantar afif ke sekolah, kami menuju ke rumah pengasuh pula. Tapi di depan sekolah si abangnya tadi ade 2 khemah telah di pasang untuk sambutan hari ibu yang akan di buat pada esok hari iaitu Jumaat ( 13/05/2011).

'Nape ade ramai2 orang ni bu?' soal afrina seusai saya melambai-lambai tangan pada afif setelah dia masuk ke sekolahnya.
'Oh... ni esok, sekolah abang nak buat sambutan hari ibu dan hari guru..'
'Hari adik takde?' tanyanya
'Hari adik tak penah wujud...' jawab saya, biasanya saya akan menghuraikan apakah yang di maksudkan dengan hari ibu dan hari guru...tapi pagi ni badan saya sangat penat sebab tidur yang tak cukup di malam hari.
'Alah...adik nak hari adik, hari daddy, hari abang.....mane boleh hari ibu je yang ade..' jawab afrina sambil matanya jeling-jeling ke saya.
'dalam dunia ni tak pernah wujud hari abang, ngan hari adik...hari daddy ade la, tapi di panggil hari bapa atau fathers day' terang saya. Masih lagi tidak mampu untuk merangkan kepadanya apakah kepentingan Mothers day n fathers day itu....ahhh biarlah...bila dia besar nanti dia akan faham sendiri....rungut saya sendiri.
'alah...adik nak jugak hari adik...adik nak jugak...' pintanya.
'iye...nanti nanti ibu buatkan hari adik ok!' jawab saya acuh tak acuh...sebab malas...hahahaha

Adik...sebenarnya ibu penat nak jawab soalan adik yang bertalu-talu tu di waktu pagi sebab waktu pagi ibu selalu gopoh gapah ke sana ke mari menyiapkan kalian dalam keadaan badan ibu yang memberat ni...lain kali kalau diberikan masa ibu akan terangkan pada adik macam biasa yer dik.......

0 comments:

Post a Comment