Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
Lambatnya post blog!! nasib baik bukan tahun hadapan...
ialah kek afrina
sedang makan-macam sedap benar gayanya
Bukan salah ibu taw, sebab update blog ni lambat. Tapi ni semua salah bos ibu la...bagi ibu banyak keje bagai.....salah daddy la sebab sebok sangat sampai org rumah dan anak-anak dia tutututututut...jadi ibu bagi semua masa ibu untuk anak-anak bila sampai je rumah. Saya ibu yang BZ..ngeh ngeh ngeh.......Walaupun ibu BZ tapi ibu kene spend-kan masa untuk update blog. Khas untuk anak-anak, ibu dan mr. daddy.
senyum kemain lagi giginya

nyanyi dan tiup dulu kek itu

afif tolong adik potongkan yer?
Pada 18hb Februari yang lalu, usia anak dara kami mencecah 2 tahun mengikut kalendar masihi. tetapi jika mengikut kalendar Hijrah usianya mencecah 2 tahun pada....mmmmmm.... 11 safar 1429 (tarikh lahirnya) ialah pada 26hb Januari 2010 (selasa)..cehhh macam pandai jek, padahal baru je saya convert2 kan kalendar tu di kalendar converter here. Saya cuma membelikannya sebiji kek kecil dan beberapa ketul big apple donut. Anak-anak ibu kan suka donut...Kami menyambut hari jadinya di rumah cik Nah. Saya saja mahu sambut di rumah pengasuh sbb nak bagi pengasuh tu 'rasa' dia telah membesarkan salah seorg anak saya selama 2 tahun.mmmmm..... yang penting saya ingin menghargai pengorbanan pengasuh yang sentiasa baik menjaganya.....

Afrina di rumah lebih di kenali sebagai 'adik'. dialah adik yang terbaik buat abangnya, walaupun sekarang ni saya perhatikan mereka semakin suka bergaduh! Sikit-sikit carik pasal.... kadang-kadang tu saya lihat adik yang suka mengacau abangnya dan akhirnya dia yang beriya2 nangis mintak kasihan semua orang...hamboi hamboi......tu yang sakit pala otak di buat anak-anak.

Semenjak dua menjak ni jugak, ibu notice yang adik semakin manja dengan ibu. Tapi yang ibu lagi perasan adalah adik adalah 'pemanis' bagi kami sekeluarga, segala keletahan dia yang pandai bercakap, sampai kengkadang tu ibu dan daddy tak faham apa yang adik cuba nak sampaikan, dan terpaksa merujuk kepada kamus bergerak (afif). Adik adalah segalanya, no.1... bila time die gelak-gelak masa main dengan abang, dia tak ubah seperti seorang budak yang berusia 12 tahun. ketawa bedekah2 bagai....tapi time menangis...Ya Allah...tuhan sahaja yang tahu...macam baby umur 12 hari! makin dia membesar, makin dia manjakan dirinya...sekarang ni dia tidur dalam buaiyan...cuba kawan-kawan bayangkan budak umur 2 tahun tidur dlm buaian...x ke pelik tuh! dulu masa dia baby, kemain lagi eloknya dia tidur atas katil!

Kami akan mengadakan majlis yang agak formal untuk birthday adik dan birthday abang pada 20hb March ni taw!!! xpe kan kek kecil-kecil dahulu..
Comments: (0)
This kind of story touch me a lot. Yes, nobody can't challenge parents LOVE. I read it from my favorite blog SaifulIslam.com.Saya banyak belajar ilmu-ilmu parenting dari dalam artikelnya, dan salah satu artikel yg benar-benar menyentuh perasaan ialah...CINTA TANPA SYARAT. Saya sering mengalami situasi 'betulkah tindakan ibu ini???' apabila sesuatu perkara yang amat menyakitkan hati di lakukan oleh anak-anak. Please scrool down untuk membaca kisahnya.

“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.

Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.

Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.

“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.

Kereta saya berhentikan di tepi jalan.

Cuaca sangat panas.

Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.

“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.

Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.

“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.

Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.

“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.

Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.

Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.

Allahu Akbar!

Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!

Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.

“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.

Saya menelan air liur.

Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.

Marahlah anak.

Tetapi jangan sampai melabelnya.

“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”

Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.

Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.

BUKAN UNTUK BERGAYA

Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.

Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!

Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.

“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.

TRAGIS

“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.

“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.

Tangan meraba-raba poket.

“Eh…” saya kebingungan.

Thahurun Insya Allah…

Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

sumber : Saiful Islam.com

Semalam saya dan kawan sekerja pergi ke TROPICANA Mall. Before we all rushing balik ke site, i take some minute (seminit) for ladies. Mmmmm....nasib baik saya ni jenis pemeriksa sebelum sebarang pembuangan di lakukan. walaupon amat-amat nak terkucil time tuh!!! Fuhhhh...saya masuk dan check air. Wallaweh...terkezut saya sambil berkata-kata dalam hati.
'fittings YES, but where is the outlet? macamana aku nak basuh ni kang...!!! ponin pale den!'
aku check from one toilet to another. semuanya sama. Disebabkan aku ni memang jenis membawa kamera ke serata dunia, jadi aku rakamkan supaya korg x cakap aku ni penipu... Ni ha...tengok!! Baik toilet duduk or cangkung...memang xde air. Saya periksa sama ada ayonye keluo (airnya keluar) kot bowl tu, tapi nampaknya xde sebarang saluran air bawah bowl. Pening tau!! sampaikan kawan saya tu...(hihihihi...die tunggu saya lama sebab saya sibuk buat inspection n take the photo - dah macam wartawan rasanya), kawan saya kata berak batukah saya???? i just found 1 yang ade air dari bawah bowl...itupon toilet org cacat. yang lainnya semua seperti gambar di bawah ini.

cantek kan toilet ni....fuhhhh mcm hotel


Fitting got...tapi telah di 'grout'-so no water come out from the fitting


ini pun same jer...xde air !! adesssssssss

Keluar dari toilet saya senyum2 kambing dan cakap.
saya :' ..ko mesti pehni x nak kuar ngan aku lagi...lame x haku betapa dalam tu?'
my friend: 'ha...itu la, aku baru je nak bg msg kat ko...ko berak batu ke hape?'
saya: 'mmm first time dalam hidup aku masuk toilet xde ayo (air)...'
my friend: '?????!!*^%$#$%^%....???' -
saya: 'kalo ko x caya ko tengok ni...aku dah jadi investigator ni....' - sambil saya tunjukkan gambar dari
kamera.
'Aku kalo pegi oversea aku x kesah kalo ia berlaku di sana. Ni kan 1 malaysia yang di
warwarkan....negara islam konon!!!! Kalau negara Islam, toiletnya mesti ade air...sebab cara
bersuci/taharah dalam islam ialah dengan menggunakan air yg suci lagi menyucikan kan???? ni macam
mana boleh berlaku kat sini???'
Time ni aku terfikir.....
Mana Authority yg meluluskan pembinaan?
Mana Authority yang sibuk membuat joint inspection? and finally it happend?
Mana Authority yang sentiasa memberikan kami yg bekerja di site ni saman everytime kerja melebih2 dari masa yang ditetapkan?
What r u doing guys....!! Makan duit saman je ke yang tau...keje u all mana?????
I x nak salahkan developer or contractor, because diorg ni kebanyakannya terdiri daripada kafir lakhnatullah...tapi yang bagi kelulusan ialah authority yang kebanyakannya beragama ISLAM. kan kan??? i will forward this to them. wait n see ya!
i'm work @ this industry so really particular about all of this. How this thing happend? Ni baru satu yang i highlite....Belum lagi surau yang sempit nan kecil di lain-lain shopping complex. dan i belum lagi searching surau lagi kat tropicana tuh!

Comments: (0)
Saya sangat mengantuk harini, dan di sebabkan masih tercari-cari apa yang akan menyebabkan saya tidak mengantuk...saya fikir lebih baik berblogging. update hingga hari ini...

Saya hantar anak-anak seperti biasa pagi pagi. Semenjak afif ke sekolah di awal pagi, saya mengalami kesukaran untuk mengejutkannya bangun dari tidur. Kalian semua nak tahu cara apa yang saya lakukan? Pukul 7-730pagi saya akan angkat afif dari katil ke kusyen depan, iaitu living room. Sambil saya angkat, saya tahu die telah 'terjaga' tapi masih cuba untuk tidak membuka mata. Dia memanjakan dirinya amat! Lepas tu, saya buat buat x nampak yang dia telah sedar, sedang waktu itu saya bercerita.
'afif harini full day kat sekolah taw!'
'kalau x kesekolah nanti haziq tanya...mana afif??? puteri pun tanya...diorg semua suka kawan ngan afif'
'buku semua ibu dah masukkan dalam beg. pistol ben10 yang afif beli semalam pun ada, boleh main dengan haziq'
'harini ibu dah masakkan yang sedap untuk afif'
'....bla bla bla bla....' bercerita sorang sorang sampai dia buka mata atau pun saya tinggalkannya sendirian. Tapi saya tahu yang dia akan membuka matanya tidak lama selepas itu.
Dan saya teruskan cara itu sehingga ke hari ini. Bercerita dan terus bercerita. Dari hari ke hari cerita saya itu akan saya ubah kepada cerita yang berlainan. Topiknya ialah daripada sekecil-kecil topik seperti bawa buku iqra' sendiri ke sekolah sampailah ke topik yang bukan topik. hihihi...nampaknya berkesan. Saya harap afif akan 'terbiasa ke sekolah!'
Dia akan bangun, dan saya mandikan sambil bercerita yang macam-macam. Sampailah siap berpakaian kami terus bercerita. Dan sehingga saya berinya sarapan pagi pun dia still in good mood. Huh! lega makcik....
Harini pula saya nampak afif sudah boleh sangat jadi abang BESAR. nak tahu kenapa??? Semasa saya dan afrina menghantarnya di tangga sekolah. saya kata..
'afif jangan naik dulu, meh salam ibu n adik dulu..sbb kat atas karang dah x dapat salam'
Sambil dia menyalami tangan adiknya...dia siap bagi nasihat.
'adik makan ubat batuk taw...nanti tak batuk lagi...macam abang!'
wahhhhhh....tak pernah terfikir budak sekecil itu akan nasihatkan adiknya sebagaimana saya selalu nasihatkan dia setiap kali pergi kerja.
'afif belajar baik-baik taw...makanan ni kongsi dengan kawan-kawan, jangan pukul kawan,. baik-baik aje, dengar cakap ustazah yer' mmmmmmm dia sebijik telah ikut cara saya la....!

Comments: (0)

Saya tahu, lately saya terlebih memberi masa menceritakan mengenai perkembangan pembelajaran afif. Saya sangat teruja apabila afif telah mula bersekolah, jadi diary ni menceritakan keterujaan saya itu. Semoga saya tidak jemu sebagaimana saya tidak pernah jemu terhadap anak-anak.
Harini ialah 020210 (selasa). Hari pertama bagi afif bersekolah sepenuh hari di sekolah. Saya menghantarnya ke sekolah yg menyediakan perkhidmatan daycare. Apa perasaan saya? 'sama seperti hari pertama saya menghantarnya ke sekolah. TERHARU! Rasa macam nak nangis. Why? Sebab selama 3 tahun lebih semenjak afif berumur 5 bulan saya menghantarnya ke rumah pengasuh...perasaan kasihan terhadapnya sbb terpaksa tinggal di rumah pengasuh telah terhapus dek kerana 'kebiasaan'. Dan juga saya tahu Afif sudah terlalu biasa dengan persekitaran rumah pengasuh (cik Nah). Tapi kali pertama menghantar anak untuk tinggal di persekitaran lain, saya amat berharap dia akan 'terbiasa'. Terbiasa berpisah dengan adiknya yang sangat di sayanginya itu. mmmm mereka berdua sangat rapat. Keadaan ini yang membimbangkan saya, risau nanti dia tak nak kesekolah. Kalian, ada apa-apa cadangan tak untuk saya membiasakan dia dengan persekitaran baru??? Sebab selama sebulan yang lalu...iaitu bulan January, anak saya ke sekolah dari rumah pengasuh. Umur anak saya baru akan masuk 4 tahun pada 22hb March, dan kelasnya bermula pada pukul 1045pagi-245ptg. Saya sangat risaukan dia tidak dapat menyesuaikan diri dan nak berhenti...bagaimana ya????
MMM... untuk anak ibu yang ibu sayangi. (AFIF)
semoga cepat-cepat biasa ye sayang?? ibu sangat terharu apabila melihat afif duduk makan nasi lemak dan dengar kata-kata arahan dari cikgu di situ. Afif anak ibu yang baik...
selamat belajar sayang...