Advertise Here

Diary Anak-Anak dan Ibu

- Another Blogger Blog's

Mmmm…apa persiapan beranak selain kain baju? Banyak…..sangat banyak checklist walaupun ia adalah anak yang ketiga.

Selain kain baju yang bertemakan anak gegirl…saya sudah mula agak risau..

No. 1: Senarai keperluan saya selepas bersalin ialah...senarai merah sangat merisaukan hatiku

a. Ubat-ubatan dalam pantang – done alamak!! Bedak panas takde? Ottuke???

b. Tungku – ni perkara wajib sebab kalau xde badan akan angin…semua urat saraf akan mudah masuk angin walaupun 2 minggu pertama anda dilarang untuk bertungku di bahagian peranakan…saya akan bertungku di kawasan lain dahulu. - Not yet taken from kampung

c. Bengkung – untuk cepat mengempiskan perut (ada dirumah adik ipar)

No. 2 : Beg untuk dibawa ke hospital

a. Checklist barang-barang keperluan semua telah dimasukkan, kecuali….air zam zam. Bila saya mahu ambil air ni. Nak pegi beli pun x sempat lagi

b. Jangan lupa bawa kurma sekali ye syima…untuk menambahkan tenagamu di sana nanti dan juga menambahkan susu.

No. 3 : Supplement

a. Kurma – untuk penambahan susu dan tenaga semas didalam pantang

b. Spirulina – supaya mata tidak akan mengantuk sahaja sebab experience kedua-dua anak…mereka suka berjaga malam

c. Madu – mengembalikan tenaga yang hilang serta menambahkan susu dan menyembuhkan

d. Pati ikan haruan – mengembalikan luka (not yet buy…sebab tak tahu jenama apa nak makan)

No. 4 : Ini ialah nombor yang saya suka. Dan lelaki2 lain pun suka sebab diorg boleh kahwen sampai empat. Huhuuuu…..

a. Saya sudah ada set of breast pump – persiapan untuk anak.

ni set untuk anak..dari lahir sehingga usianya 2 tahun

Fuhh….. syoknya rasa bila breast pump sudah berada disisi, akhirnya untuk yang ketiga ni insyaAllah jika diperkenankan olehNya saya akan memberikan si anak susu secara exclusive. Semua peralatan untuk itu saya sudah beli…dan saya sangat bersedia…walaupun ada beberapa item berwarna merah di atas.

Encik daddy bertanya..bagus sangatkah yang saya beli itu? Saya kata ia umpama membeli kereta brand mewah. Janji ianya sangat bagus kerana selama 2 kali saya mengalami kesukaran untuk memberikan susu kepada anak-anak… Doakan Ibu yer incik daddy…harga untuk sesuatu barang itu tidaklah mahal jika dibandingkan anda membeli susu formula sehingga anak berumur 2 tahun… Cuba bayangkan sebulan =RM200. Setahun = RM200 x 12bulan =RM2400. 2 tahun? = RM4800, jadi adakah breast pump yang saya beli dan kasih sayang yang terjalin diantara anak dan si ibu itu bolah dijual beli seperti di atas kan??

ialah medela freestyle - pump

MAM feeding bottle

milk storage- untuk d bekukan d dalam peti sejuk

supplement untuk membanyakkan susu - milkmaid tea n pil asi

ialah cooler storage untuk memastikan susu sentiasa fresh sebelum transfered to peti sejuk

ialah warmer - untuk mensuamkan susu tetap pd suhu 40celcius. kalau panas kat atas dapur nanti semua zat akan mati sebab suhu tidak dapat di kawal

Wah…nasib baik Incik Daddy sangat-sangat memberikan supportnya kepada saya. Terima kasih Allah kerana mengurniakan diri hambamu ini seorang suami yang tidak sesekali pun berkata yang tak sepatutnya sebelum dia bertanya. Terima kasih abang kerana menjadi suami dan daddy terbaik sepanjang jaman ini untuk anak-anakmu. Yang sorang ni pun harapnya menjadi anak daddy seperti yang sorang itu..

dulu masa adik baby-baby, daddy yang mengandungkan adik’ kata afrina semasa kami bersembang-sembang, manakala afif tergelak dan hampir terburai gelaknya bila adiknya berkata begitu.

‘ibu…mana ada orang lelaki boleh mengandungkan ibu?’ kata afif tergelak..

Duhai anak, kami ibu bapamu sentiasa menyayangi kalian sebelum kalian wujud di muka bumi ini…ketahuilah!

1 comments:

Hamidah Abdul Latiff said...

bagus saya amat menyokong penyusuan ibu secara ekskusif...based on my experiance anak disusukan dengan susu ibu sehingga 2 tahun...seronoh sangat tapi agak banyak pengorbanan perlu dilakukan..berhenti pun setelah saya dihantar berkursus 3 minggu...balik dari kursus merajuk kot terus tak nak dah...

Post a Comment